Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Ferguson hati-hati

Posted: 03 Mar 2012 12:51 PM PST

MANCHESTER: Penyerang Manchester United, Wayne Rooney pulih daripada jangkitan tekak tepat pada masanya untuk mengepalai jentera serangan pada pertemuan menentang Tottenham Hotspur yang dilabel pengurus United, Alex Ferguson sebagai aksi paling penting musim ini.

Juara Liga Perdana Inggeris yang ketinggalan dua mat di belakang Manchester City menuju ke Spurs yang kini menduduki tangga ketiga malam ini hanya memikirkan cabaran merebut gelaran dan tidak mengendahkan kemungkinan melenyapkan impian Tottenham.


Misi mengekalkan rekod cemerlang ke atas pasukan London utara itu yang kali terakhir menewaskan United pada Mei 2001 dibantu kehadiran penjaring terbanyak, Rooney yang terlepas dua perlawanan berikutan masalah kesihatan.

"Kami sedar pentingnya mengekalkan cabaran kami Ahad ini, kami tidak berminat misi pasukan lain tetapi untuk mengekalkan cabaran pasukan, kami perlu menang," kata Ferguson.


"Ia perlawanan paling penting buat kami setakat ini. Jika dinilai baki aksi musim ini, pertembungan menentang City April ini mungkin perlawanan menentukan kejuaraan tapi ini adalah perlawanan paling sukar di tempat lawan sebelum itu. Kami harap mampu menanganinya." Spurs yang berazam meraih kemenangan pertama ke atas United dalam tempoh 10 tahun, menyedari mereka perlu berada di tahap terbaik selepas tumbang kepada Arsenal, hujung minggu lalu.


Spurs bakal memiliki semula khidmat pemain tengah, Gareth Bale, penyerang Rafael van der Vaart dan pertahanan Kyle Walker yang pulih daripada kecederaan untuk menentang United.

Pengurus Spurs, Harry Redknapp perlu menjana semula semangat anak buahnya selepas tewas 2-5 kepada Arsenal di Emirates, Ahad lalu tapi hilang khidmat kapten baru England, Scott Parker yang digantung perlawanan.


Ditanya sama ada Tottenham memiliki peluang terbaik untuk menewaskan United, Redknapp mengaku ia masih sukar.

"Manchester United masih pasukan yang hebat. Kami boleh jangkakan apa yang bakal dihadapi malam ini.


"Kami perlu berada pada tahap terbaik jika ingin mencipta keputusan terbaik. Prestasi mereka pada masa ini cukup hebat.


"Bagaimanapun kami tetap berpeluang mencipta kejutan kerana mempunyai pasukan yang baik. Mereka pasukan terbaik, kamipun begitu juga. Pastinya pertarungan ini hebat." - Reuters



Lupakan sejarah silam

Posted: 03 Mar 2012 12:48 PM PST

LONDON: Pengurus Newcastle, Alan Pardew memberi amaran kepada anak buahnya supaya tidak mengharapkan ulangan kemenangan besar ke atas Sunderland, 5-1 apabila kedua-dua pasukan itu bertemu hari ini.

Black Cats kecundang pada kunjungan terakhir ke Tyneside pada 31 Oktober 2010 dan kesannya masih dirasai bekas pengurus, Steve Bruce hingga kini.


Kali ini, tiba giliran pengganti Bruce, Martin O'Neill untuk mengakhiri penantian 12 tahun Sunderland dan menang di Tyneside.

Namun Pardew yang tiba di St James Park pada Disember 2010 selepas kejayaan jurulatih Chris Hughton dalam perlawanan itu gagal memastikannya kekal di kelab itu sedar kejayaan seperti itu tidak mungkin berulang lagi.


"Saya tidak fikir ia penting. Ia keputusan yang hebat tetapi kami tidak mungkin mengecapinya sekali lagi," katanya.


"Tetapi kami harap mampu mempamerkan tahap permainan yang konsisten. Semangat dan perasaan pasukan ketika dikendali Chris dalam perlawanan itu adalah sesuatu yang ingin kami contohi." Ogos lalu Newcastle berjaya menumpaskan Sunderland di gelanggang mereka.

"Saya kini rela jika kami menang tipis, asalkan kami menang." - Agensi



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan