Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kayuhan magis Serpa

Posted:

Kayuhan magis Serpa

Kayuhan magis Serpa

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.kosmo.com.my

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kanan) menyerahkan trofi LTdL 2012 kepada Serpa di Kuala Terengganu semalam.


JOSE SERPA sekali lagi membuktikan kehebatannya pada Le Tour de Langkawi (LTdL) apabila memenangi Jersi Kuning selaku juara keseluruhan selepas perlumbaan berstatus 2.0 Hors edisi ke-17 itu melabuhkan tirainya di Kuala Terengganu semalam.

Ini kali kedua pelumba pasukan Androni Giocattoli itu dinobatkan sebagai juara selepas dia turut memenangi Jersi Kuning pada edisi 2009 dengan kehebatannya menawan peringkat pendakian paling sukar ke puncak Genting Highlands.

Serpa, 33, memenangi Jersi Kuning kali ini dengan mengatasi rakan sepasukannya, Jose Rujano dengan kelebihan 30 saat dan kejayaannya menawan puncak Genting juga menyaksikan dia memenangi Jersi Merah selaku Raja Bukit.

"Kejayaan memenangi dua jersi pada LTdL kali ini adalah sesuatu yang istimewa bagi saya dan juga kepada pengurus serta rakan-rakan sepasukan.

"Saya tidak terfikir akan memenangi Jersi Kuning sekali lagi, apatah lagi untuk menyarung dua jersi. Namun hasil kerjasama yang luar biasa daripada rakan-rakan sepasukan, saya mahu hadiahkan kejayaan ini kepada mereka," kata Serpa yang turut muncul pelumba kedua dinobatkan juara sebanyak dua kali selepas Paolo Lanfranchi (1999 dan 2001).

Begitupun, tumpuan pada peringkat terakhir LTdL 2012 dari Dataran Tasik Kenyir ke Kuala Terengganu semalam lebih tertumpu kepada pelumba pasukan Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini yang dinobat sebagai pemenang Jersi Biru selaku Raja Pecut.

Guardini, 23, turut mencipta sejarah dengan muncul pelumba pertama memenangi 11 peringkat perlumbaan LTdL selepas menjuarai peringkat terakhir semalam yang juga kejayaan keenamnya pada edisi kali ini.

"Sudah tentu saya berasa gembira kerana mencatat rekod sejarah baharu dalam LTdL. Ini kali kedua saya beraksi di Malaysia dan kejayaan memenangi gelaran Raja Pecut akan saya pertahankan pada tahun depan.

"Saya juga amat berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan saya yang tidak pernah berputus asa membantu saya sepanjang perlumbaan di sini.

"Mereka banyak memberi kerjasama yang menakjubkan dan mereka semua adalah pelumba yang hebat," kata Guardini yang mengatasi pelumba Astana, Valentin Iglinskiy dengan kelebihan 9 mata dalam persaingan Jersi Biru tersebut.

Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia pula menjadi milik pelumba Kazakhstan dari pasukan Astana, Alexandre Dyachenko yang mengatasi pelumba Iran dari Tabriz Petrochemical, Ghader Mizbani.

Chong Wei waspada ancaman lawan

Posted:

Chong Wei waspada ancaman lawan

Chong Wei waspada ancaman lawan

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


CHONG WEI tampil selaku penyandang juara pada Seluruh England 2012.


JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tidak menganggap laluannya untuk mara ke pentas final kejohanan badminton Seluruh England mudah.

Chong Wei berkata, biarpun tidak perlu berdepan dengan dua bintang utama China - Lin Dan dan Chen Long pada pusingan awal, namun dia tetap menganggap pemain-pemain lain mampu menghadirkan kejutan.

Jelasnya, setiap pemain pasti akan memberikan aksi terbaik mereka memandangkan Seluruh England yang bermula esok menawarkan mata Sukan Olimpik 2012 di London, Julai depan.

"Saya tidak fikir saya berpeluang cerah untuk ke final hanya kerana tidak perlu menentang Lin Dan dan Chen Long di pusingan awal.

"Bagi saya, semua pencabar perlu dianggap serius kerana Sukan Olimpik sudah semakin hampir dan Seluruh England menjadi detik-detik terakhir bagi mengutip mata," kata Chong Wei.

Bagaimanapun, Chong Wei yang juga pemain No. 1 dunia itu memberi jaminan bahawa dia akan memberikan aksi terbaiknya pada edisi kali ini.

Namun, Chong Wei enggan memberikan tekanan terhadap dirinya dengan terlalu memikirkan mengenai kemenangan, sebaliknya mahu fokus dalam setiap perlawanan yang akan dihadapinya nanti.

"Apa jua situasi sekalipun, saya akan memberikan aksi terbaik saya. Saya tidak mahu beraksi dalam keadaan tertekan kerana ia hanya akan mengundang risiko kepada diri saya," jelas Chong Wei.

Sebagai rekod, Chong Wei hadir di Birmingham, England dengan reputasi tinggi apabila memegang status selaku juara dua kali berturut-turut - edisi 2010 dan 2011.

Selepas berjaya membantu skuad negara mara ke pusingan akhir Piala Thomas 2012 di Wuhan, China, tahap keyakinan pemain kelahiran Pulau Pinang itu ternyata tinggi.

Sebelum itu, Chong Wei membuka kalendar 2012 dengan penuh bergaya apabila melakar dua kejuaraan berturut-turut iaitu Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia pada Januari lalu.

Justeru, Chong Wei dilihat berada pada tahap prestasi terbaik dalam misi melakar hatrik pada Seluruh England kali ini.

Chong Wei akan membuka tirai saingan di bumi Birmingham dengan menentang bintang muda China, Wang Zhengming pada aksi pusingan pertama Rabu ini.

Bukan rezeki Gergasi Merah

Posted:

Bukan rezeki Gergasi Merah

Bukan rezeki Gergasi Merah

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

TIADA REZEKI.Pendek sahaja jawapan pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim (gambar) selepas anak-anak buahnya dijinakkan Kedah dengan keputusan 0-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.

Meskipun dilihat menguasai sebahagian besar perlawanan, Gergasi Merah terpaksa akur dengan kehebatan skuad Kenari yang berjaya mengutip tiga mata berharga menerusi gol tunggal penyerang import, Abdel Fateh Safi menerusi sepakan penalti kira-kira tujuh minit sebelum perlawanan tamat.

Tidak mahu barisan pemainnya meratapi kekalahan tersebut, Irfan sebaliknya mahu mereka kembali fokus ketika berkunjung ke Stadium Pasir Gudang bagi menentang Johor FC dalam aksi pusingan kedua Piala FA, Sabtu ini.

Menurut Irfan, kredibiliti bekas pengendali Selangor, K. Devan yang kini membimbing Johor FC tidak boleh dipandang sebelah mata jika mahu mengulangi pencapaian layak ke separuh akhir Piala FA musim lepas.

"Cakap banyak tak guna apabila kami tewas walaupun menguasai sebahagian besar permainan semalam (kelmarin).

"Pendek kata, barang yang lepas usahlah dikenang, jadi saya mahu pemain kembali fokus ketika menentang Johor FC pada pusingan kedua Piala FA nanti (Sabtu ini)," kata Irfan kepada Kosmo! semalam.

Dengan kekalahan itu, Selangor kini tergelincir ke tangga kelapan liga dengan mengutip 12 mata, dua mata di depan Kedah.

Dalam pada itu, Irfan juga bertindak 'kunci mulut' ketika ditanya mengenai keputusan pengadil yang menghadiahkan dua sepakan penalti kepada Kedah, selain melayangkan kad merah kepada tonggak import dari Lubnan, Ramez Dayoub kelmarin.

"Seperti yang saya katakan tadi, yang sudah itu sudahlah. Sudah tidak ada rezeki hendak buat macam mana, bukan?

"Yang pasti, saya akan melakukan sedikit rombakan di bahagian pertahanan ketika menentang Johor FC nanti selepas kehilangan Dayoub dan saya berdoa semoga rezeki akan berpihak kepada kami pula selepas ini," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan