Harian Metro: Arena |
Posted: 13 Mar 2012 10:45 AM PDT SEPERTI dijangka, skuad hoki negara tidak berdepan sebarang masalah untuk melaksanakan tugas 'wajib menang' ke atas Ukraine pada perlawanan ketiga kempen kelayakan Sukan Olimpik di Dublin, Ireland semalam. Namun kemenangan 5-1 ke atas lawan yang menduduki ranking ke-29 dunia itu sebenarnya mencetuskan sedikit kerisauan kerana mereka hanya mampu menembusi gawang lawan pada baki 10 minit sebelum berakhir babak pertama.
Tidak seperti ketika dibelasah Ireland 0-12, Ukraine mempamerkan aksi lebih baik ketika menentang skuad negara semalam sehingga mampu untuk menjaringkan gol.
Bersambung babak kedua, Muhammad Razie Abd Rahim meletakkan skuad negara dikedudukan lebih selesa dengan menambah gol ketiga m-42 hasil pukulan sudut penalti.
Ketika skuad negara rancak melancarkan serangan, Ukraine berjaya memperoleh gol pertama menerusi pukulan sudut penalti m-57 yang disempurnakan dengan baik oleh Viacheslav Paziuk. Pakar pukulan sudut penalti negara, Muhamad Amin Rahim menambah gol keempat 10 minit sebelum tamat perlawanan.
|
Posted: 13 Mar 2012 10:35 AM PDT "Datuk Karim Ibrahim tidak akan terkecuali untuk disiasat oleh panel khas yang ditubuhkan oleh MOM (Majlis Olimpik Malaysia) membabitkan petisyen 58 atlet terhadap beliau." Itu tegas Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi. Selain Karim yang menjadi subjek utama dalam petisyen berkenaan, beberapa atlet dan jurulatih turut tidak terlepas daripada disoal siasat oleh panel siasatan.
"Saya rasa Karim tidak perlu direhatkan kerana petisyen itu dihantar kerana dia didakwa melakukan kesalahan ketika memegang jawatan pengerusi kejurulatihan dan kini dia sudahpun meletakkan jawatan itu. "Mengenai tugas sebagai timbalan, ia adalah jawatan yang dipilih oleh ahli dalam KOM kerana dipilih oleh ahli lembaga ," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan