Harian Metro: Arena |
Azzuddin lepas, Annuar sangkut Posted: 27 Mar 2012 10:19 AM PDT SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad terselamat daripada sebarang dakwaan apabila Jawatankuasa Tatatertib memutuskan beliau berhak membuat kenyataan berpandukan kepada peruntukan yang termaktub dalam peraturan badan induk bola sepak tanah air itu. Namun nasib berbeza buat Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa apabila dua pertuduhan ke atasnya kerana kesalahan mengeluarkan kritikan secara terbuka akan dibicarakan pada 4 April ini selepas jawatankuasa itu yang dipengerusikan Datuk Taufek Abdul Razak menerima permohonan penangguhan perbicaraan kes itu.
"Kami sudah berbincang dan meneliti kenyataan yang dibuat Datuk Azzuddin dan ternyata kenyataannya tidak melanggar kod Tatatertib 4.5.8 FAM.
Bagaimanapun kes Annuar tetap dibicarakan dengan pihak Jawatankuasa Tatatertib sedia menangguhkan hari perbicaraan yang sepatutnya diadakan esok bagi memberi ruang kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan itu membuat pembelaan.
"Sebenarnya kami boleh meneruskan perbicaraan itu tanpa memanggilnya kerana beliau sudah menjawab surat pembelaan namun kami masih bertimbang rasa dan tetap memberi peluang kepadanya untuk hadir pada hari perbicaraan," kata Taufek.
|
Posted: 27 Mar 2012 10:12 AM PDT PEMAIN import dari Ghana, Hamidan Mohammed membuktikan khidmatnya masih diperlukan Kedah apabila meledak dua gol untuk membantu pasukannya menewaskan T-Team, 2-1 pada suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam. Kedah yang berputih mata kerana mensia-siakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri ketika seri tanpa jaringan pada pertemuan suku akhir pertama sebelum ini memulakan asakan menerusi percubaan pemain tengah Mohd Faizal Abu Bakar namun rembatan leretnya di awal permainan sedikit tersasar.
Zairo hampir meletakkan pasukan tuan rumah di depan jika tidak kerana ketangkasan penjaga gol Kedah, Mohd Helmi Eliza Elias yang menepis bola sepakan percuma pada minit ke-37.
Kelebihan satu gol itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila pemain tengah, Azrul Hazran Amiludin Baki yang tidak dikawal, mudah menolak bola ke dalam gawang Kedah untuk menyamakan kedudukan empat minit kemudian.
Agregat 2-1 sudah memadai untuk membawa Kedah ke separuh akhir menentang Kelantan pada 21 April ini selepas pasukan gergasi Pantai Timur itu menewaskan KL SPA menerusi agregat 5-0.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan