Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kedah benam T-Team

Posted: 27 Mar 2012 02:45 PM PDT

Sukan

 PEMAIN Kedah, Khairul Helmi (tengah) berjaya menyelamatkan keadaan dengan menanduk bola keluar   di depan pintu gol Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

PEMAIN Kedah, Khairul Helmi (tengah) berjaya menyelamatkan keadaan dengan menanduk bola keluar di depan pintu gol Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

DUA kejutan berlaku apabila pasukan tangga ketiga tercorot Liga Super, Kedah berjaya menyingkirkan T-Team manakala kelab Liga Perdana, Sime Darby memalukan Johor FC pada aksi suku akhir kedua Piala FA, malam tadi.

Kedah mara ke separuh akhir untuk bertemu Kelantan dengan agregat 2-1 selepas menewaskan T-Team di Kuala Terengganu manakala Sime Darby mara dengan agregat 5-3 selepas menewaskan Johor FC 2-1 di Pasir Gudang untuk berdepan juara bertahan, Terengganu.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, penyerang import dari Ghana, Hamidan Mohammed muncul wira apabila dua jaringannya membantu kemaraan Kedah. Aksi separuh pertama dikuasai Kedah tetapi kekebalan barisan pertahanan T-Team dikemudikan pemain import, Bojan Petric berjaya menyekat asakan barisan serangan pasukan pelawat itu

Kedah akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-64 apabila Hamidan tenang melakukan rembatan kaki kiri menewaskan Syamsuri Mustafa tetapi ia hanya bertahan empat minit apabila T-Team menyamakan kedudukan hasil tolakan Azrul Hazran Amiludin Baki depan pintu gol Kedah.

Namun, Hamidan memastikan Kedah menempah slot ke separuh akhir dengan menanduk masuk hantaran lintang Abdelfatah Safi pada minit ke-80 untuk gol kemenangan pasukannya.

Di Stadium Pasir Gudang, Sime Darby bimbingan Ismail Zakaria selesa mendahului 2-0 hasil dua jaringan penyerang import dari Liberia, Patrick Ronaldinho Wleh pada minit kedua dan ke-20 sebelum Johor FC mendapat gol sagu hati menerusi sepakan penalti Fauzi Shaari pada minit ke-77.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

man

thaniah sime darby ....teruskan perjuangan anda terbaik....


Kelantan tepati ramalan layak separuh akhir

Posted: 27 Mar 2012 02:44 PM PDT

Sukan

FINALIS tahun lalu, Kelantan berjaya menepati ramalan melangkah ke separuh akhir apabila mudah mengetepikan cabaran pasukan kelab dari Liga FAM, SPA FC dengan kemenangan 2-0 pada suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Selepas mengatasi lawan 3-0 pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, kejayaan anak buah Bojan Hodak itu menyaksikan mereka melangkah ke separuh akhir dengan agregat, 5-0.

Walaupun memiliki bekalan selesa namun The Red Warriors masih bernafsu untuk terus mencari gol dan pada minit ke-9 mereka hampir menjaringkan gol pertama tapi gagal disudahkan dengan baik Norfarhan Mohamad. Selepas 16 minit aksi separuh masa pertama, tuan rumah berjaya mengukuhkan apabila bola muntah Nwoha yang terkena tiang sebelah kanan gawang SPA FC berjaya disempurnakan dengan baik Norfarhan untuk menewaskan M Nuraizat Abdul Aziz.

Selepas rehat, Nwoha berpeluang mencatat namanya sebagai penjaring namun sepakan penalti ke sebelah kiri sekali lagi singgah di tiang gol.

Bagaimana pun, pada minit ke-71 penyerang kontroversi Kelantan itu cepat menutup kegagalannya apabila berjaya menjaringkan gol kedua tuan rumah sekali gus mengukuhkan kedudukan agregat 5-0.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan