Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Button, Hamilton kekal rentak

Posted:

Button, Hamilton kekal rentak

Button, Hamilton kekal rentak

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my

DARI kanan, Button, Hamilton dan Schumacher akan bermula di barisan hadapan pada perlumbaan F1 di Litar Sepang petang ini.


MCLAREN meneruskan rentak cemerlang dalam perlumbaan Formula Satu (F1) 2012.

Buat kali kedua berturut-turut, McLaren berjaya mendominasi dua petak hadapan pada sesi kelayakan.

Selepas bermula cemerlang di Melbourne minggu lalu, kedua- dua pemandu McLaren, Lewis Hamilton dan Jenson Button mencatat masa terpantas di Litar Sepang semalam.

Hamilton mengulangi pencapaian pada Grand Prix (GP) Austra- lia apabila mencatat masa 1 minit 36.219 saat pada sesi kelayakan ketiga (Q3), manakala Button ketinggalan 0.149.

Pemandu Britain tersebut yang gembira dengan kejayaan kedua itu mengakui, dia masih perlu berwaspada dengan cabaran daripada Mercedes dan Red Bull Racing pada perlumbaan hari ini.

"Saya turun pada sesi kelayakan masa ini tanpa sebarang tekanan tetapi lebih memberi tumpuan kepada konsistensi jentera di sini.

"Sangat penting untuk bermula di petak hadapan esok (hari ini) kerana saingan pasti sukar, ter- utamanya daripada Mercedes dan Red Bull. Kami akan buat sehabis baik untuk mencatat kejayaan kedua," jelas Hamilton pada sidang media semalam.

Michael Schumacher pula mempamerkan aksi terbaiknya dalam kelayakan masa setakat ini dengan merekodkan masa ketiga terpantas buat Mercedes (1:36.- 391s), hanya 0.172s di belakang Hamilton.

"Sejujurnya, cukup bagus apabila memenangi petak ketiga pada perlumbaan esok. Hari ini saya gembira dengan prestasi jentera dan ia satu usaha yang baik dari- pada para jurutera kami.

"Saya harap konsistensi enjin ini akan berterusan pada saingan esok (hari ini). Sekiranya ia dapat bertahan, saya rasa situasi mungkin akan berubah esok," kata Schumacher.

Mark Webber pula akan bermula di petak keempat buat Red Bull hari ini, mengatasi Kimi Raikkonen yang akan dikenakan penalti lima petak ke belakang kerana mengganti kotak gear jente- ranya.

Juara dunia 2010 dan 2011, Sebastian Vettel pula yang membuat keputusan untuk menggunakan tayar keras akan bermula di petak keenam buat Red Bull.

Buat kali kedua berturut-turut, pemandu Ferrari, Felipe Massa gagal mara ke sesi Q3 kerana ha- nya mampu mencatat masa ke-12 terpantas pada sesi Q2.

Seorang lagi pemandu Ferrari, Fernando Alonso yang juga juara dunia dua kali, bermula di petak kesembilan setelah mencatat masa 1:37.566s, 1.3 saat di belakang Hamilton.

Leopard, Tiger ke separuh akhir

Posted:

Leopard, Tiger ke separuh akhir

Leopard, Tiger ke separuh akhir

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


KETUA jurulatih perseorangan lelaki negara, Rashid Sidek (kanan) memberikan kata-kata semangat kepada Liew Daren di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur semalam.


DUA pasukan negara, Malaysia Leopard dan Malaysia Tiger mengesahkan slot ke separuh akhir lebih awal pada Kejohanan Badminton Piala Axiata 2012 semalam.

Kedua-dua pasukan ini mara selepas berjaya mencatat kemenangan kedua pada perlawanan masing-masing.

Malaysia Leopard yang dibarisi pemain skuad bawah 21 tahun (B-21) mencipta kejutan apabila menewaskan Vietnam 2-1 pada aksi Kumpulan J di Stadium Tenis Tertutup Senayan, Jakarta.

Juara remaja dunia, Zulfadli Zulkifli berkata, semangat berpasukan tinggi yang dipamerkan barisan pemain muda negara menjadi elemen penting terhadap kejayaan menumbangkan Vietnam semalam.

"Kami (pemain-pemain B-21 negara) memang sentiasa memberi sokongan sepenuhnya antara satu sama lain. Kami mempamerkan persembahan dan tampil dengan corak permainan yang baik," kata Zulfadli.

Pada aksi menentang Vietnam itu, pemain perseorangan pertama, Misbun Ram- dan Misbun gagal dalam misi menyumbangkan mata awal buat skuad negara apabila tewas di tangan Nguyen Tien Minh 10-21, 15-21.

Namun, Malaysia Leopard berjaya menyamakan kedudukan hasil kemenangan beregu negara, Ow Yao Han-Chooi Kah Meng yang mengetepikan cabaran Bui Bang Duc-Dao Manh Thang 21-8, 21-8.

Zulfadli muncul wira apabila menghadiahkan mata kemenangan buat Malaysia Leopard selepas membenam cabaran Ngu- yen Hoang Nam 21-19, 16-21, 21-14.

"Saya sangat berpuas hati dengan corak permainan saya hari ini (semalam) kerana ia jauh lebih baik berbanding perlawanan semalam (kelmarin) ketika menentang pemain Singapura (Huang Chou).

"Saya menang dari segi mental kerana saya lebih tenang dan fokus untuk mengutip mata. Pihak lawan pula mahu cepat mendapatkan mata. Sebab itu dia banyak melakukan kesilapan," jelas Zulfadli.

Malaysia Leopard akan menentang Indonesia Garuda pada aksi terakhir bagi menentukan siapa akan bergelar juara dan naib juara Kumpulan J.

Bagaimanapun, kegembiraan Yao Han membantu skuad negara mencatat kemenangan ke atas Vietnam bertukar dukacita apabila pemain itu menerima perkhabaran yang bapanya meninggal dunia semalam.

Perkara itu disahkan oleh Pengurus Besar BAM, Kenny Goh dan menjelaskan bahawa badan induk itu akan melakukan persiapan untuk menghantar Yao Han pulang secepat mungkin.

Sementara itu, Malaysia Tiger turut cemerlang apabila menewaskan Thailand 3-0 pada aksi kedua Kumpulan K di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur.

Mata pertama Malaysia Tiger disumbangkan menerusi Muhammad Hafiz Ha- shim yang menundukkan Boonsak Ponsana 21-19, 21-16

Persembahan tidak menentu beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong ternyata mencemaskan sebelum memasti- kan kemenangan awal buat skuad negara apabila mencatat kemenangan ke atas Maneepong Jongjit-Patiphat Chalardchalaem 25-27, 21-9, 21-15.

Perseorangan kedua negara, Liew Daren melengkapkan kemenangan skuad negara selepas menang ke atas Suppanyu Ravihingsanon 21-14, 21-18.

Tampil aksi menarik

Posted:

Tampil aksi menarik

Tampil aksi menarik

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


PEMAIN Sarawak, Zamri Morshidi melompat bagi melepasi penjaga gol Harimau Malaya, Syed Adney pada aksi persahabatan di Kuching, Sarawak malam tadi.


SKUAD kendalian Datuk K. Rajago- bal perlu diberi pujian meskipun sekadar seri 1-1 dengan Sarawak pada aksi persahabatan di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching malam tadi.

Bermain tanpa beberapa tonggak utama, skuad Harimau Malaya tetap mempamerkan satu persembahan yang cemerlang, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah sejak Februari lalu.

Skuad 'eksperimen' ini tampil tanpa kelibat Norshahrul Idlan Talaha, Ashaari Samsudin dan Abdul Manaf Mamat.

Dalam pada itu, Sarawak yang dibimbing Robert Rene Alberts juga perlu diberikan perhatian kerana berjaya mempamerkan satu persembahan yang memberangsangkan.

Pada aksi separuh pertama malam tadi, Sarawak tampil garang dengan melancarkan beberapa gerakan berbahaya ke mengasak gawang Harimau Malaya.

Begitupun, tiada percubaan tepat yang dilakukan bagi menguji penjaga gol negara, Mohd. Farizal Marlias.

Sarawak yang menguasai sebahagian besar perlawanan kerap menguji kewibawaan benteng pertahanan Harimau Malaya tetapi menamatkan aksi babak pertama dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Bersambung pada separuh masa kedua, skuad kendalian Rajagobal akhirnya berjaya mendahului menerusi pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Venice Delphi Danny Kaya menghukum pertahanan Sarawak apabila berjaya menolak bola ke dalam gawang pada minit ke-65.

Bujang Senang yang tersentak dengan jaringan tersebut bingkas mengatur serangan dan akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menyamakan kedudukan dua minit kemudian.

Gol penyamaan itu diperoleh menerusi pemain import, Joel Epalle untuk menewaskan penjaga gol gantian, Syed Adney Syed Hussein.

Perlawanan semakin sengit apabila kedua-dua pasukan memburu gol kemenangan tetapi tiada jaringan berjaya dilakar, sekali gus menyaksikan keputusan tersebut kekal sehingga akhir perlawanan.

Selepas bertemu Sarawak, Harimau Malaya akan menentang Singapura pada 8 dan 12 Jun depan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan