Harian Metro: Arena |
Posted: 23 Mar 2012 12:24 PM PDT LEWIS Hamilton memberi amaran awal bakal mendominasi perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia selepas mengungguli sesi ujian bebas pertama dan kedua di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam. Bersama jentera Vodafone McLaren Mercedes, Hamilton nyata berada dalam kelas tersendiri apabila mencatat masa terpantas 1 minit 38.021 saat untuk mengungguli sesi latihan bebas pertama sebelum mencatat 1:38.172s pada sesi kedua di pusingan ke-19.
"Saya akan cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan penyelarasan terbaik pada sesi kelayakan esok (hari ini). "Sememangnya bermula di barisan depan adalah kedudukan terbaik untuk perlumbaan sebenar dan inilah yang mahu saya lakukan pada sesi kelayakan," kata Hamilton.
Sementara itu, rakan sepasukan Hamilton, Jenson Button yang muncul juara di Albert Park sekadar menduduki tempat ketiga dengan catatan 1:38.535s pada sesi latihan kedua, ketinggalan 0.363 di belakang Hamilton tetapi lebih baik berbanding catatan sesi pertama iaitu 1:39.323s untuk menduduki tempat kesembilan.
Ia jauh lebih teruk berbanding sesi latihan pertama yang menyaksikan pemandu dari Jerman itu menduduki tempat kedua di belakang Hamilton dengan catatan 1:38.535s.
|
Posted: 23 Mar 2012 12:21 PM PDT TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa sudah menjawab surat pertuduhan semalam dengan memberikan hujah berhubung kenyataannya mengenai skuad negara, minggu lalu. Katanya, hanya dua tuduhan yang dikenakan terhadapnya iaitu membuat kenyataan akhbar tanpa kebenaran dan melanggar titah seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bukannya tiga seperti dilapor media sebelum ini.
"Bagi titah Tengku Abdullah pula, beliau berkata ia bukan keputusan mesyuarat, ia cuma ucapan alu-aluan. Kandungan titah ucapan dengan kenyataan saya tidak bercanggah. Saya tidak mempertikai dasar atau keputusan FAM manakala pandangan saya adalah mengenai skuad negara," katanya.
Mengenai pertimbangannya untuk mengupah peguam, Annuar berkata: "Terpulang kepada keadaan, pagi tadi (semalam) pun saya ada berbincang dengan peguam yang mempunyai pengalaman luas dalam AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) dan Fifa (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) yang banyak memberikan nasihat dan pandangan.
Menurutnya lagi, keutamaan baginya adalah menjalankan tugas dengan cara terbaik untuk bola sepak yang difikirkan betul mengikut peraturan sedia ada.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan