Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Hamilton sambar petak depan

Posted:

Hamilton sambar petak depan

Oleh AIZAWATI AHMAD dan ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


AKSI pemandu McLaren, Lewis Hamilton ketika memecut pada sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang semalam dalam laluan mencatat masa terpantas dan memulakan Grand Prix Formula Satu Petronas Malaysia hari ini dari petak pertama. - MINGGUAN/ASWAD YAHYA dan DJOHAN SHAHRIN SHAH.


SEPANG - Lewis Hamilton menyambar petak depan buat kali kedua berturut-turut untuk mengetuai penguasaan McLaren pada kelayakan Grand Prix Formula Satu (F1) Petronas Malaysia 2012 di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.

Hamilton mencatat masa terpantas 1 minit 36.219 saat, manakala rakan sepasukan dan senegaranya dari Britain, Jenson Button menamatkan cabaran di tempat kedua dengan kepantasan 1:36.368s pada sesi kelayakan yang berlangsung dalam cuaca cerah.

Namun, di sebalik kecemerlangan McLaren, kejayaan juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher dari pasukan Mercedes AMG Petronas memulakan perlumbaan hari ini di petak ketiga mencuri tumpuan peminat sukan tempatan.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Malaysia Tiger, Leopard mara ke separuh akhir

Posted:

Malaysia Tiger, Leopard mara ke separuh akhir


KOO Kien Keat (belakang) dan Tan Boon Heong meraih mata kemenangan Malaysia Tiger selepas menewaskan beregu Thailand pada Piala Axiata di Stadium KLBA, semalam. - Mingguan/Abdul Razak Latif


KUALA LUMPUR - Skuad badminton negara memahat keputusan cemerlang dalam kejohanan lumayan Piala Axiata bernilai AS$1 juta (RM3.1 juta) apabila kedua-dua wakilnya, Malaysia Tiger dan Malaysia Leopard mara ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua, semalam.

Malaysia Tiger yang diwakili pemain utama negara menundukkan Thailand 3-0 dalam Kumplan J di Stadium Badminton Cheras, manakala skuad remaja yang beraksi di Jakarta, mengetepikan Vietnam 2-1 dengan mata kemenangan disumbangkan juara remaja dunia, Zulfadli Zulkifli.

Musuh tradisi Malaysia, Indonesia kini menjadi penghalang utama kedua-dua pasukan negara untuk muncul juara kumpulan dan mengelak pertemuan sesama sendiri di separuh akhir.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan