Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Bukan sekali Annuar langgar peraturan

Posted: 31 Mar 2012 12:57 PM PDT

DEBARAN 4 April kian terasa menjelang keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan terhadap Timbalannya, Tan Sri Annuar Musa.

Sekalipun bergelar timbalan presiden FAM dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Annuar perlu bersedia menerima apa jua bentuk hukuman nanti kerana dia tertakluk kepada peraturan yang sudah ditetapkan badan induk itu.

Tetapi berdasarkan rekod, Annuar yang cemerlang mengangkat The Red Warriors selaku gergasi bola sepak tempatan, pernah beberapa kali 'melanggar' peraturan FAM. Cuma dia terlepas daripada sebarang tindakan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

izam

Assalamualaikum..Saya suka kritik yang membina.Pandangan orang lain perlu untuk memperbaiki diri.

abdul.rahman bin bakar

tukar presden baru pula.susah jika sultan jadi presden.nak tegur tuanku.

aprIl boi

biarpun berkali2 tapi tujuan Tsam utk memajukan bolasepak negara...fikir2kan..papepun jumpe 4april nanti...gelombang 404

aminslama

letak jawatan je Tan Sri, x guna duduk kerusi Timbalan Presiden tu..kalau kritik/ bagi pandangan sikit pun kena tindakan tata tertip...macam ditaktor pula..letak jawatan..tumpukan pd Kelantan..

Zaidi

"Tetapi berdasarkan rekod, Annuar yang cemerlang mengangkat The Red Warriors selaku gergasi bola sepak tempatan, pernah beberapa kali 'melanggar' peraturan FAM"
ayat tu umum sangat jadi macam mana yang dikatakan beberapa kali melanggar peraturan FAM, bila dan di mana kenyataan dan tindakan tersebut dinyatakan/dibuat. Kenyataan ni seperti baling batu sembunyi tangan je...

Roti Planta

Sepatutnya pemimpin FAM yang telah 25 tahun GAGAL memertabatkan bolasepak negara berundur segera dan perlu ingat jawatan di persatuan sukan bukannya untuk diwarisi. Peminat sukan bolasepak sudah bosan.

jalak lenteng

Untuk memajukan sesuatu bidang, kritikan di perlukan agar pihak pengurusan dapat menilai pencapaian semasa. Kita perlu bermuhasabah utk menilai diri kita. Renungkanlah
.

man

kepada seluruh rakyat malaysia yang cintakan bola sepak tanah air sama-sama lah kita menyokong perjuangan TSAM.hidup TSAM

kamanuk

Nampaknya FAM takut sangat kena kritik

wan

macam mana bola Malaysia nak maju. Kritik pun tak boleh. Bukannya Tan Sri kritik pasal management FAM. Tapi pasal cara manage skuad kebangsaan. Betul la, kalau kita asyik lawan persahabatan dengan skuad negeri macam mana mutu dpt di tingkatkan. Rangking lagi la tak naik. Peraturan lapuk FAM boleh di pinda. Inikan negara demokrasi berpelembagaan.

annacomel

Peminpin tidak boleh melanggar peraturan..beliau mesti menjadi contoh kepada masyarakat.Cuma yang hairannya mengapa memaklumkan beliau telah beberapa kali melanggar peraturan dan tidak pula di ambil tindakan? Jika tidak di ambil tindakkan pelanggaran itu akan berulang kali.Mengapa pula kerana kerana jasanya telah menaikkan pasukan negeri ketahap yang cemerlang membolehkan beliau melanggar peraturan?Kesan dari peristiwa ini masyarakat akan menbuat kesimpulan sesiapa yang telah berjasa boleh berbuat apa sahaja tanpa dihukum? Salah siapa yang menyebabkan kesalahan ini berlarutan?Pendedahan seperti ini memalukan badan induk itu sendiri.

Rajawali menyambar

Posted: 31 Mar 2012 12:37 PM PDT

Sukan

PASANGAN Ee Yi dan   Wei Keat yang tewas  15-21 dan 22-20 kepada Alvent Yulianto Chandra dan Hendra Aprida Gunawan, petang semalam.

PASANGAN Ee Yi dan Wei Keat yang tewas 15-21 dan 22-20 kepada Alvent Yulianto Chandra dan Hendra Aprida Gunawan, petang semalam.

HANYA selangkah lagi, pasukan yang dibarisi pemain pelapis Indonesia Rajawali bakal mengesahkan tempat ke final Piala Axiata apabila mengutip mata penuh pada pusingan pertama separuh akhir bagi merebut hadiah bernilai AS$1 juta (RM3.1 juta).

Indonesia Rajawali yang diketuai Tommy Sugiarto, anak kepada legenda Icuk Sugiarto, sebelum ini mengejutkan skuad elit negara, Malaysia Tigers apabila menang 2-1 bagi menjuarai peringkat Kumpulan K dan melangkah ke separuh akhir.

Kemenangan mutlak 3-0 ke atas Malaysia Leopards di Stadium Badminton Kuala Lumpur semalam, meletakkan mereka sebagai pilihan untuk menjuarai kejohanan yang julung kali dianjurkan itu. "Saya tidak tahu lagi siapa lawan kami esok (hari ini). Tetapi siapa juga pemainnya, kami pemain generasi kedua Indonesia akan memberi tentangan sengit untuk layak ke final," kata Tommy.

Pertama kali bertemu Misbun Ramdan Misbun yang juga anak kepada jaguh badminton Misbun Sidek, Tommy yang menduduki ranking 16 dunia berkata, pemain 21 tahun itu mempunyai potensi besar untuk lebih meningkat.

"Dia (Misbun Ramdan) masih muda dan saya rasa dia mempunyai bakat sebagai pemain badminton yang bagus satu hari nanti," katanya yang menewaskan Misbun Ramdan 21-17, 21-16.

Seorang lagi perseorangan Rajawali, Dionysius Hayom Rumbaka juga tidak menyangka memperoleh kemenangan mudah ketika membenam juara remaja Asia dan dunia, Zulfadli Zulkifli 21-11, 21-4.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan