Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Safee ghairah'

Posted: 21 Apr 2012 01:58 PM PDT

NIAT penyerang sensasi negara, Safee Sali cuma satu - menjaringkan gol membantu skuad Harimau Malaya merakamkan kemenangan ke atas Sri Lanka dalam siri persahabatan antarabangsa pada 28 April ini.

Tambahan, dia berselera untuk kembali beraksi di gelanggang keramat iaitu di Stadium Shah Alam yang sudah lama tidak dijejaki selepas berpindah ke kelab Indonesia, Pelita jaya.

Bekas penyerang Selangor juga meminta peminat setia turun beramai-ramai ke gelanggang memberi sorakan padu kepada pasukan kebangsaan yang menagih sokongan untuk mendapat semangat baru mendaki semula ke tahap terpuji dalam ranking dunia.

Safee akan pulang ke tanah air, Khamis ini selepas Pelita Jaya bertemu Persela Lamongan, Selasa ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

maimoon

Hujan emas di negeri orang hujan batu dinegeri sendiri........fikir fikir kan doanggg

azim

Ranking x penting...tp nk player Msia main kat eropah..diorg nk rank 70 ke atas..Ranking x penting.......

apiz_rocker

selamanya, selamanya. Selamanya harimau malaya. Berjuanglah habis2 san. Kami akn memberikan sokongan padu kepada anda semuanya.
-peace no war-

faz

Safee trskn maju skund kembgsaan untk negra.

Melighani

Boleh bersorak untuk perlawanan HM lwn S Lanka tapi tak boleh dijadikan pengukur kemampuan HM..,untuk mencuba pemain HM bolehlah..,memang akan menang tapi janganlah di bangga2kan sangat macam menang dengan Singapura...,

wan

Klau menang dgn sri langka nanti. tengok lah lagak si 'Raja G' tu. mcm menang piala dunia. perasan hebat la konon. Nanti terganga luaslah hidung FAM. betapa hebatnya si 'Raja G'. BOIKOT FAM

Sabah Sabak

Natasha ichiro

Tak perlu sibuk hal peribadi la. Komen secara professional.

mang hamazaki

maleysia boleh

Mohd Jamil

Malaysia Boleh.... Harimau Malaya keluarkan kuku Dan taringmu demi maruah nagara. Ngauman anda amat diperlukan rakyat MALAYSIA !!!!!!

walter

Menangpun lawan Sri Lanka taklah sepuas kalau menang lawan Singapura yang selalu mengecewakan M'sia.

Natasha ichiro

Bez sgt ke safee sali? Apasl aidil zuquan & adha xfamous dh ye? Sbuk famous hal kwin dgn selebriti ja ke...

Giliran skuad Mat Zan kena 'sembelih'

Posted: 21 Apr 2012 01:39 PM PDT

Sukan

REPUTASI 'Pembunuh Gergasi' terus dibuktikan pasukan Liga Perdana, Sime Darby FC yang kali ini menjadikan Terengganu sebagai mangsa apabila menumbangkan penyandang juara itu 2-1 pada separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Jurulatih skuad penyu, Mat Zan Mat Aris beranggapan ketiadaan Ismail Faruqi menjadi punca barisan tengah skuadnya kurang berfungsi sekali gus memberi ruang kepada pelawat untuk melakukan serangan.

"Kami tiada perancang yang boleh membuat hantaran, tetapi peluang ke final masih terbuka. Ada 90 minit lagi aksi dan kami akan bermati-matian berjuang untuk layak," katanya selepas tamat perlawanan. Ketiadaan Ismail Faruqi mengemudikan barisan tengah dan pertahanan kiri Zubir Azmi yang digantung perlawanan menyaksikan pasukan pelawat, Sime Darby lebih banyak menguasai permainan pada babak masa pertama.

Selepas buntu pada babak pertama, tuan rumah meningkatkan asakan namun pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Patrick Ronaldinho pada minit ke-52 hasil gerakan serang balas sebelum Terengganu mencetus sorakan penyokong mereka dengan gol penyamaan minit ke-65 menerusi Francis Forkey Doe.

Ketika permainan tampak berkesudahan dengan keputusan seri, pemain gantian, Syukur Saidin meledak gol kemenangan pelawat pada masa kecederaan untuk memberi bekalan selesa kepada Sime Darby menjelang perlawanan kedua di Stadium Selayang 1 Mei ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan