Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Jijoe, Fatehah yakin raih pingat

Posted: 23 Apr 2012 01:26 PM PDT

Sukan

  AHMAD Said (tiga dari kiri) bersama (dari kanan)  Khairul Anuar Mohamad, Nurul Syafiqah Hashim, Fatehah,   Azizul   dan ibu Mohamad Azwar Bakor@Ibrahim, Hasmat Mamat  pada majlis penyampaian insentif khas anak Terengganu ke Olimpik London 2012   di Seri Iman, semalam.

AHMAD Said (tiga dari kiri) bersama (dari kanan) Khairul Anuar Mohamad, Nurul Syafiqah Hashim, Fatehah, Azizul dan ibu Mohamad Azwar Bakor@Ibrahim, Hasmat Mamat pada majlis penyampaian insentif khas anak Terengganu ke Olimpik London 2012 di Seri Iman, semalam.

Dua prospek negara sudah sedia hadapi cabaran kelompok terbaik dunia

DUA prospek negara - Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa menyuarakan keyakinan untuk membawa pulang pingat Sukan Olimpik di sebalik hakikat bakal menerima cabaran daripada kelompok terbaik dunia di London, Julai ini.

Azizulhasni atau Jijoe berkata andai di temasya Beijing 2008 dia beraksi untuk menimba pengalaman tapi di London misi dibawa adalah mengejar status podium memenangi pingat untuk kontinjen negara

"Kali ini memang saya sasar pingat, lebih-lebih lagi pingat emas," kata anak kelahiran Dungun itu yang berazam memecahkan dominasi sukan badminton yang sering membawa pulang pingat pada acara sukan paling berprestij itu. Dia menyuarakan pandangan itu selepas majlis penyampaian insentif khas anak Terengganu ke Olimpik London 2012 oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, semalam.

Sementara itu, Fatehah turut melahirkan hasrat sama tapi menyuarakan pelumba dari negara Itali adalah pencabar utama dalam mengejar pingat emas di sukan itu.

"Apapun saya akan cuba sedaya mungkin untuk membawa pulang pingat nanti, saya bersyukur memandangkan inilah kali pertama saya menyertai sukan itu," kata anak kelahiran Kuala Berang itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

khairul anuar bin abd manap

moga berjaya. yang paling penting semagat yang tinggi untuk berjaya....amin...

MOHAMMAD ZAINULHAFZAN BIN AHMAD SHUHAIMI

buat yang terbaik di london nanti ok......

abikhsan

Selamat berjuang untuk wira-wira negara... semoga berjaya.... Bukan merendahkan peluang Jijoe... acara keirin terlalu teknikal dan walaupun ada daya pecutan, tapi kalau strategi salah dan kena kepung maka sukar untuk juara...

Saya lebih realistik utk badminton dan terjun untuk sumbang pingat, selain konsistensi perlu berjuang bermati-matian di gelanggan tanpa perlu ada sabotaj pihak lawan..

Melighani

Tahniah Kerajaan Trg...,tahniah Olympian Trg dan tahniah MB Trg..,bila semua pihak ada 'rasa tanggungjawab' kapada sukan negara..,akan meningkatlah sukan negara.,Azizulhasni & Fatehah telah buktikan mereka bukan d ranking terkebawah dalam senarai pengayuh basikal dunia...,Untuk MB Trg.,di tuntut berperanan dalam membaik pulih PBSNT..,Untuk sukan bolasepak negara & rakyat Trg...,biarpun penulis ini bukan org Trg..,cinta kan sukan untuk Nagara..


‘Ranking bukan ukuran tepat’

Posted: 23 Apr 2012 01:22 PM PDT

Sukan

"KEDUDUKAN ranking bukan satu ukuran tepat mengenai Sri Lanka," kata Datuk K Rajagobal, semalam.

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya itu mencetus firasat berkenaan menjelang cabaran menentang lawan berkenaan dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Jelasnya, walaupun kedudukan Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) lebih baik namun beliau enggan membuat sebarang rumusan awal mengenai pasukan lawan itu. "Kedudukan ranking tidak menunjukkan mereka atau sesebuah pasukan itu lemah. Walaupun ia hanya membabitkan aksi persahabatan, tapi saya tetap menghormati Sri Lanka dan kami tidak boleh memandang rendah keupayaan mereka.

"Sebelum aksi sebenar, tidak ada sesiapa pun boleh membuat rumusan mengenai keputusan perlawanan. Bagi saya inginkan kemenangan, saya juga mahu lihat ada peningkatan dalam pasukan saya," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad negara di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Dalam kedudukan ranking terbaru yang dikeluarkan FIFA, Malaysia berada di tangga ke 156 manakala Sri Lanka pula menghuni di tangga 181 dunia.

Dalam masa yang sama, Rajagobal menegaskan dia tidak mahu isu ranking terus melemahkan pasukannya sehingga pemain tidak dapat beraksi dengan baik.
"Mana lebih penting, peningkatan ranking atau pun peningkatan prestasi permainan? Tidak ada siapa yang mahu kalah dan untuk perlawanan ini sudah pasti kami juga mahukan kemenangan. Saya sudah ada bayangan siapa yang bakal diturunkan sebagai kesebelasan utama. Tapi saya akan terus membuat penilaian terhadap pemain saya untuk mencari gandingan terbaik," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan