Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Demi semangat kesukanan

Posted:

Demi semangat kesukanan

Demi semangat kesukanan

SEBAHAGIAN penyokong Terengganu melakukan tunjuk perasaan di hadapan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Ismail Shah Kuala Terengganu minggu lalu.


DEMI semangat kesukanan, peminat dan penyokong skuad bola sepak Terengganu diminta bersabar dan tidak bertindak mengikut perasaan ketika usaha sedang dijalankan bagi mengembalikan prestasi pasukan negeri itu yang dilihat kurang memberangsangkan kebelakangan ini.

Demikian tegas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said (gambar kanan) yang mengharapkan sokongan dan kerjasama peminat dan penyokong Terengganu agar keadaan tidak menjadi bertambah rumit.

"Saya minta peminat bola sepak Terengganu bersabar. Saya hanya boleh menasihatkan pihak berkenaan agar memperbaiki mutu pasukan," katanya di Kuala Terengganu semalam.

Satu perjumpaan antara beliau dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) serta jurulatih akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara tersebut.

Sekumpulan peminat dan penyokong bola sepak Terengganu yang berang dikatakan telah menyerang kediaman pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh baru-baru ini setelah Terengganu tewas kepada kelab Sime Darby 2-1 dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA Sabtu lalu.

Ahmad berkata, tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut tidak akan menyelesaikan keadaan malah memalukan arena bola sepak negeri Terengganu.

Kemerosotan turut dilihat berlaku dengan sebuah lagi pasukan dari Terengganu iaitu kelab T-Team.

Skuad hoki wanita sudah bersedia

Posted:

Skuad hoki wanita sudah bersedia

Skuad hoki wanita sudah bersedia

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


SKUAD hoki wanita negara mahu membuktikan yang mereka memiliki kualiti untuk layak ke Sukan Olimpik 2012 di London.


SKUAD hoki wanita negara dilihat sudah bersedia untuk menggalas misi besar pada kempen kelayakan Olimpik 2012 di Kakami- gahara, Jepun bermula hari ini hingga 5 Mei depan.

Selepas menjalani tiga perlawanan ujian di Korea Selatan, skuad kendalian Mohd. Nasihin Nubli itu akan turun memulakan kempen kelayakan dengan menentang Azerbaijan petang ini.

Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), S. Shamala menjelaskan, Malaysia yang berada di ranking ke-23 dunia mampu memberi tentangan kepada Azerbaijan (15) berdasarkan peningkatan dalam tiga aksi ujian baru-baru ini.

Dalam aksi tersebut, Malaysia berjaya menewaskan pasukan Universiti Sukan Korea 3-2 dan tewas 1-6 kepada skuad kebangsaan Korea Selatan sebelum mempamerkan peningkatan ketika tewas tipis 1-2 kepada pasukan yang sama pada perlawa- nan ujian terakhir.

"Selepas menyaksikan peningkatan prestasi pemain kita dalam tiga siri ujian ini, saya rasa skuad kita sudah bersedia untuk memberi saingan dalam kempen Kelayakan Olimpik ini," jelas Shamala semalam.

"Saya anggap siri persahabatan kita di Korea Selatan ini memberi hasil yang positif meskipun kita tewas dua kali dan menang sekali.

"Namun, aksi ketika tewas tipis 1-2 pada perlawanan kedua dengan skuad kebangsaan Korea Selatan sedikit melegakan kerana jelas sekali pemain kita sebenarnya mampu memberi tentangan kepada pasukan No. 8 dunia itu yang menurunkan skuad utama mereka," katanya lagi.

Pada kempen kelayakan ini, tuan rumah Jepun (9) dan lawan Malaysia petang ini, Azerbaijan dilihat sebagai pilihan untuk me- menangi satu slot yang menjadi rebutan ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Meskipun sedar tugas kali bukan mudah, namun Shamala menjelaskan bahawa juru- latihnya, Nasihin yakin anak-anak buahnya akan berjuang bermati-matian menentang Azerbaijan petang ini.

"Saya akui tugas kita di Kakamigahara kali ini bukannya mudah, terutamanya halangan yang bakal ditempuhi berdepan Azerbaijan petang esok (hari ini).

"Namun, Nasihin telah menjelaskan kepada saya bahawa skuad kita mampu menang dan layak ke final sekiranya mereka mempamerkan aksi yang sama ketika kalah tipis kepada Korea Selatan baru-baru ini.

"Walau apa pun, saya anggap misi kita baru saja bermula kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi di atas padang nanti. Kita tunggu saja keputusannya esok (hari ini)," ujar Shamala lagi.

Selepas bertemu Azerbaijan hari ini, skuad negara dijadualkan berdepan Jepun (27 April), diikuti Belarus (29 April), Chile (1 Mei) dan Austria pada 3 Mei.

Misi menebus maruah

Posted:

Misi menebus maruah

Misi menebus maruah

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


MAT ZAN (kanan) bersama Bhuong (kiri) ketika hadir pada sidang media di Kuala Terengganu semalam.


TEKANAN hebat yang kini membelenggu kem pasukan Terengganu sedikit pun tidak menjejaskan moral para pemainnya yang dalam misi memburu slot ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Malam ini, skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu yang berdepan cemuhan penyokong tempatan ekoran prestasi hambar dalam kempen liga domestik akan turun menentang kelab Vietnam, Song Lam Nghe An pada di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Seandai nya kemenangan diraih, skuad Penyu bakal mencatat sejarah baharu dengan melangkah ke pusingan kedua pada penampilan sulung di pentas kejohanan berprestij itu.

Bagi Mat Zan, beliau mengakui yang para pemainnya kini berdepan tekanan hebat daripada para penyokong menjelang aksi Kumpulan F malam ini.

Justeru katanya, hanya kemenangan ke atas kelab dari Vietnam itu sahaja yang mampu mengembalikan maruahnya dan para pemain selepas dikritik hebat sebelum ini.

"Semua tahu apa yang berlaku ke atas pasukan ini sejak beberapa hari lalu dan ia sesuatu yang perlu kami terima.

"Esok (malam ini), kami akan turun pada perlawanan yang sangat penting bagi memastikan peluang kami ke pusingan kedua menjadi kenyataan," kata Mat Zan pada sidang media di Kuala Terengganu semalam.

Untuk rekod, Terengganu yang juga juara Piala FA kini menduduki tangga kedua Kumpulan F dengan enam mata, iaitu tiga mata di belakang kelab Hong Kong, Kitchee.

Jika menang ke atas Song Lam dan pada masa yang sama Kitchee berjaya menewaskan Tampines Rovers di Singapura, Terengganu akan mengesahkan satu slot ke pusingan kedua Piala AFC.

"Kami menang ketika menentang Song Lam di Vietnam pada perlawanan pertama dan saya hanya berharap para pemain dapat mengulangi kejayaan itu di hadapan penyokong sendiri," ujarnya.

Bagaimanapun, Mat Zan mengakui yang Terengganu bakal kehilangan beberapa tonggak utama pada perlawanan malam ini ekoran kecederaan yang dialami Abdul Manaf Mamat, Syukur Jusoh dan kapten pasukan, Sharbinee Allawee.

"Pemain begitu keletihan ekoran jadual perlawanan yang sangat padat tetapi itu bukan alasan untuk saya tidak menurunkan barisan terbaik pada perlawanan menentang Song Lam nanti.

"Saya sangat percayakan pemain saya dan mereka juga bertekad memberikan aksi terbaik sebagai menebus kekecewaan selepas tewas kepada Sime Darby pada aksi separuh akhir pertama Piala FA, Sabtu lalu," katanya.

Dalam pada itu, penolong jurulatih Song Lam, Le Ky Bhuong mengakui yang para pemainnya turut berdepan masalah keletihan ekoran jadual perlawanan padat di Vietnam.

"Kami tahu Terengganu telah mengalami beberapa siri kekalahan mengejut, namun kami tidak sesekali memandang rendah kemampuan pasukan itu kerana mereka telah menewaskan kami di Vietnam sebelum ini.

"Apa pun, saya menjangkakan perla- wanan malam esok (malam ini) pasti sengit kerana kedua-dua pasukan begitu memerlukan tiga mata bagi mencerahkan peluang ke pusingan kedua," jelas Bhuong yang turut kehilangan gandingan penyerang iaitu Bebe dan Nguyen Ngoc Anh akibat kecederaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan