Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Armada karam

Posted: 26 Apr 2012 05:06 PM PDT

Sukan

Selepas Barca, giliran Real Madrid gagal ke final

KUASA bola sepak dunia, Sepanyol menerima tamparan hebat apabila dua kelab gergasi La Liga, Barcelona dan Real Madrid tersingkir dan gagal ke final Liga Juara-Juara di Arena Allianz Munich, 19 Mei ini.

Selang 24 jam selepas Barcelona dihampakan jaringan saat akhir Fernando Torres untuk kemenangan agregat 3-2 Chelsea di Camp Nou, giliran Real Madrid pula tewas menerusi sepakan penalti penentuan kepada kelab Jerman, Bayern Munich di Santiago Bernabeu, awal pagi semalam. Dengan barisan bintang bernilai ratusan juta ringgit yang diturunkan Real Madrid, diketuai Cristiano Ronaldo, yang memberikan pendahuluan dengan dua gol awal, penjaring hebat itu gagal menepati statusnya selepas sepakan penalti penentuannya dinafikan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer.

Heynckes puas singkir Real

MADRID: Pengendali Bayern Munich, Jupp Heynckes tidak bercakap besar selepas menundukkan Real Madrid - kelab yang memecatnya selepas dia memenangi Kejuaraan Eropah 1998.

Tetapi Heynckes puas dapat membalas dendam dengan melakukan perkara sama apabila menafikan tempat ke final Liga Juara-Juara buat kelab yang pernah berada di bawah bimbingannya itu.
Bayern memenangi perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara dengan kelebihan 3-1 pada penentuan penalti selepas dua perlawanan separuh akhir menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 3-3.

Kelab Jerman berkenaan akan menjadi kelab pertama beraksi pada final di gelanggang sendiri - Allianz Arena - menentang Chelsea 19 Mei ini. "Apabila memikirkan kami akan bermain di laman sendiri, ia cukup menggembirakan. Ia sesuatu yang unik," kata Heynckes.

Pengendali Jerman yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-67 beberapa hari sebelum final itu, pernah membantu Madrid menjuarai Liga Juara-Juara 1998 yang menamatkan kemarau 32 tahun kelab Sepanyol berkenaan tetapi dia dipecat pada penghujung musim berikutnya selepas sekadar menamatkan saingan liga di tangga keempat.

Pada perlawanan timbal balik kelmarin, Madrid yang ketinggalan 1-2 selepas kekalahan pada separuh akhir pertama, kembali mendapat kelebihan selepas Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti dan satu gol mudah dalam 15 minit pertama.

Namun Arjen Robben kembali menceriakan kem Bayern menerusi penalti minit ke-27 yang menyaksikan kedudukan agregat 3-3 kekal sehingga masa tambahan.

Pada penentuan penalti, penjaga gol Bayern, Manuel Neuer muncul wira apabila menyelamatkan sepakan Ronaldo dan Kaka. "Madrid mampu menjuarai Liga Juara-Juara pada masa depan, bukan kerana sejarahnya tetapi kerana jurulatih serta pemainnya," kata Heynckes.

Menurut Heynckes, bos Madrid, Jose Mourinho datang ke bilik persalinan Bayern untuk mengucapkan tahniah selepas perlawanan. "Ia satu tindakan yang cukup terpuji," katanya. – AP

Mourinho janji kekal di Bernabeu

MADRID: Jose Mourinho berjanji akan terus setia bersama Real Madrid walaupun gagal membawa kelab Sepanyol itu ke final Liga Juara-Juara buat dua musim berturut-turut.

"Jika kelab dan pemain mahu saya terus di sini, saya akan kekal," kata Mourinho selepas disingkirkan Bayern Munich menerus penentuan penalti pada separuh akhir kedua di Santiago Bernabeu, kelmarin.

"Saya cukup bangga dengan pemain. Memang sukar untuk sesebuah pasukan mara ke separuh akhir dua musim berturut-turut atau enam separuh akhir dalam tempoh lapan tahun bagi jurulatih. Kami berhak menang."

Mourinho yang mempunyai kontrak bersama Madrid sehingga 2014, turut mengharapkan kelab Inggeris yang pernah dikendali, Chelsea, menang final di Allianz Arena 19 Mei nanti.

"Sudah tentu saya mahu Chelsea menang, mereka adalah wira ketika mengatasi Barcelona dengan hanya 10 pemain," kata Mourinho yang mempunyai dua gelaran Liga Juara-Juara sebagai pengendali.

"Sesetengah orang menganggap mereka pakar permainan ini apabila mengkritik Chelsea seperti mereka mengkritik Inter dua tahun lalu. Tetapi mereka tidak tahu apa-apa. - AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Khairul Azlan

pilihan saya lebih kepada chelsea , ac milan dan real madrid namun 2 sudah out cuma chelsea sahaja yang layak utk menjadi pilihan utama . diharapkan chelsea menjaringkan gol awal untuk suntik semangat terus jaringkan gol

abikhsan

Tahniah buat Bayern and Chelsea.....

apai malouda

da kalah tu kalah la... terima la hakikat... bola ni bkn hanya bergantung kpd bakat para pemain itu snediri... tetapi strategy itu juga penting mengikut keadaan sesuatu permainan itu...

iqbalotelli

Bayern Munich = German ,jadi..fikir-fikirkanlah... idup der panzer!!!


Isu ranking tidak penting: Aidil Zafuan

Posted: 26 Apr 2012 05:03 PM PDT

Sukan

Aidil Zafuan

Aidil Zafuan

MAHU ataupun tidak, kedudukan semasa ranking skuad kebangsaan akan kekal di posisi ke-156 Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Sri Langka di Stadium Shah Alam, malam esok.

Namun bagi pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak, situasi itu tidak pernah mengganggu tumpuannya dan rakan-rakan yang bukan saja mempunyai misi melakar kemenangan, namun lebih besar daripada itu.

"Semua bercakap mengenai ranking. Memang ranking penting namun mereka juga perlu faham apa yang mempengaruhi kedudukan ranking. Ada sebab mengapa kita tidak mendapat perlawanan persahabatan yang menyebabkan ranking jatuh. "Ketika ini, saya lihat semua rakan memberikan komitmen yang baik menjelang perlawanan dengan Sri Lanka kerana kami sedar ia penting untuk memperbaiki ranking itu. Tetapi bagi saya, ia bukanlah sasaran utama kerana tumpuan kami lebih terarah untuk mengekalkan Piala AFF Suzuki nanti.

"Itu perkara paling penting buat skuad kebangsaan ketika ini," katanya yang juga beraksi bersama Tentera dalam saingan Liga Perdana.

Dalam aksi persahabatan pertama antarabangsa tahun ini, skuad negara sekadar mengikat Filipina 1-1 Februari lalu sebelum dijadual menentang Sri Lanka yang berada di ranking ke-181.

Di Asia Tenggara, skuad negara berada di tangga lebih bawah berbanding Vietnam (87), Thailand (141), Filipina (148) dan Indonesia (160) namun bagi Aidil, dia tidak terlalu dipengaruhi kedudukan itu.
"Dari segi psikologi ia tidak mengganggu kami kerana bagi saya, persembahan semasa lebih penting. Kita tidak boleh terlalu dipengaruhi dengan kedudukan itu," katanya.

Dalam perlawanan esok, sekalipun tidak menyenaraikan beberapa tonggak yang beraksi untuk Kelantan dan Terengganu, pengendali Datuk K Rajagobal kekal optimis kemenangan mampu dicapai.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

snow1812

dua2 penting baik ranking mahupun prestasi semasa..

Banzai

Sufi, saya amat setuju dengan anda, FAM jangan tutup kelemahan sendiri.

Jazee

Kepada semua penyokong Harimau Malaya perlu faham jika pemain2 kita tersilap cakap maka rosaklah punca rezeki mereka tp impaknya minda kita takkan berkembang...kejam..kelam...

Frank Morris

Saya bersetuju. Seperti Dato LCW, pemain no. 1 dunia, tetapi tewas di Piala Asia, Olimpik, dan semua kejohanan berprestij. Saya gembira Dato Rajagobal fokus kepada isu yang lebih berprestij iaitu mempertahankan AFF. Lebih realistik dan profesional. Apa gunanya ranking naik 30 anak tangga, tetapi kemudian tewas di separuh akhir atau peringkat kumpulan di AFF. Siapa yang akan dipersalahkan? Tentunya Datuk Rajagobal.

Isu Safee Sali hendak bermain di Eropah, kita baru bertatih, jangan hendak terus berlari. Biar kuat di Asean, barulah kita akan tawan Asia. Ranking akan berpihak kepada kita di kemudian hari, andainya objektif-objektif tersebut tercapai.

Jazee

Kepada semua penyokong Harimau Malaya perlu faham jika pemain2 kita tersilap cakap maka rosaklah punca rezeki mereka tp impaknya minda kita takkan berkembang...kejam..kelam...

shahrol

kalau ranking tidak penting?? knapa plak pilih Sri Lanka tu!! pilihlah korea ke! Indon ke! myanmar ke! takut kena belasah ke!! kalu stakat nak glamer, Malaysia belasah Sri Lanka 10-0 pun, org xheranlah.Tapi kalu kena blsah ngn Korea, 10-0 pun,pminat still bleh terima coz kita main dengan player yg best..bukan player n jrulatih yg "SYOK SENDIRI". Kamu FAM dan RAjagopal, cri jlan slamat,nk jg duit poket je ke..korang jgn ingt,pminat ini bodoh..

abikhsan

Ranking penting laaa...... Kelab di Europe hanya ambil player negara ranking 70 ke atas... Kalu tidak dah lama Safee Sali or Shafiq Rahim main dgn M City, Liverpool or Arsenal..... Takkan nak main kat Liga Indon je.....

popo

Tak penting??????....ape ke benda la tak penting???...kalau ranking kita teruk mcm mana la liga2 luar nak amik kita main?

Baibra

Ranking sangat penting bagi kami peminat bola sepak. Ranking menunjukkan taraf permainan sesebuah pasukan.

sufi

Nape masih menafikan kepentingan ranking?Ranking tidak penting hanya apabila pasukan itu kuat seperti Brazil, Sepanyol & beberapa pasukan yg lain..tapi bg pasukan mcm Harimau Muda..ranking sgt penting utk membolehkan pemain2 negara beraksi di Eropah & sebagainya. Kalau ranking x penting, da tentu Safee Sali dapat bermain di Eropah sekarang. Kalau ranking baik, da tentu lebih byk pasukan yg kuat akan panggil Harimau Muda utk menguji kekuatan mereka dan dah tentu pemain akn dpt byk pendedahan bermain dgn pasukan yg lebih baik.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan