Kosmo Online - Sukan |
Posted: Memang sudah diramalOleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
SEPERTI diramal, Datuk Lee Chong Wei akan mengetuai cabaran Malaysia pada kempen Piala Thomas 2012 di Wuhan, China bulan depan. Semalam, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan senarai sepuluh pemain, termasuk Chong Wei yang akan memulakan saingan di pentas Piala Thomas 2012 bermula 20 hingga 27 Mei. Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, Ng Chin Chai memberitahu, pemilihan itu berdasarkan kepada prestasi yang dipamerkan oleh barisan pemain utama negara sejak dua bulan lalu. Jelasnya, selepas mengakhiri saingan kelayakan Piala Thomas 2012 Zon Asia di Macau, Februari lalu, BAM telah melakukan pemantauan bagi mencari pemain terbaik. "Piala Thomas merupakan kejohanan yang penting untuk Malaysia, jadi kita telah memilih empat pemain perseorangan dan enam pemain beregu yang terbaik. "Berdasarkan prestasi semasa sejak dua bulan lalu, Chong Wei Feng telah mempamerkan peningkatan yang baik dan dia merupakan pemain perseorangan keempat terbaik negara ketika ini. "Bagaimanapun, ia bukan bermaksud prestasi pemain-pemain yang digugurkan merosot," jelas Chin Chai selepas mesyuarat Exco BAM yang dipengeru- sikan oleh presidennya, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Salleh di Bukit Kiara semalam. Selain Chong Wei yang diberi tanggungjawab sebagai pemain perseorangan pertama, cabaran Malaysia turut digalas oleh perseorangan kedua, Muhammad Hafiz Hashim dan Liew Dar- ren (perseorangan ketiga). Gandingan utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akan menggalas cabaran selaku beregu pertama, Goh Shem-Lim Khim Wah (beregu kedua) dan Hoon Thien How-Tan Wee Kiong (beregu ketiga). Tambah Chin Chai, pemilihan beregu yang dipertaruhkan kali ini bukan sahaja berdasarkan kepada keserasian antara mereka tetapi ia juga melihat kepada fleksibiliti para pemain sekiranya skuad negara dirombak. "Selain keserasian, kita juga melihat kepada tahap permainan mereka. Kita perlu senaraikan pemain yang boleh di- gandingkan dengan Boon Heong atau Kien Keat dan V Shem atau Khim Wah. "Berdasarkan barisan terbaik ini, saya rasa kita mempunyai peluang yang cerah untuk mara ke separuh akhir," ujarnya. Diminta mengulas mengenai juara dunia remaja, Zulfadli Zulkifli yang tidak disenaraikan, Chin Chai berkata, pemain berusia 19 tahun itu masih belum layak berada dalam kelompok empat pemain terbaik negara. "Potensi yang dipamerkan oleh Zulfadli sangat bagus, mungkin dia memerlukan masa setahun atau dua tahun lagi untuk beraksi pada peringkat perseorangan lelaki dewasa. "Malah, untuk menyenaraikan dia dalam skuad Piala Thomas akan datang (2014) juga BAM tidak boleh janjikan apa-apa," katanya. Sebagai persediaan, skuad negara akan mula berlatih di Stadium Juara, Bukit Kiara (8 hingga 12 Mei) sebelum mereka menyambung latihan di Dongguan, China, 13 Mei ini. | |
Harimau Malaya hormati Sri Lanka Posted: Harimau Malaya hormati Sri LankaOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI SKUAD Harimau Malaya giat berlatih sebagai persediaan menentang Sri Lanka pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam ini. SKUAD bola sepak negara tidak pernah memandang rendah keupayaan Sri Lanka. Justeru, pengendali sku- ad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal tidak mahu anak-anak buahnya beraksi sambil lewa sehingga mengundang padah kepada mereka. Biarpun diramal tidak menghadapi masalah besar untuk membenam cabaran Sri Lanka pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam ini, Rajagobal tetap berwaspada dengan muslihat lawan mereka itu. "Kami memandang serius pertemuan menentang Sri Lanka esok (malam ini) dan berazam untuk melakar kemenangan," jelas Rajagobal pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. Beliau memberitahu, barisan pemainnya sudah bersedia, baik dari segi fizikal mahupun mental bagi menghadapi perlawanan tersebut. Jelasnya, beliau percaya dengan kombinasi pemain senior dan baharu mampu memberikan satu keputusan positif buat Harimau Malaya. "Keutamaan kami adalah mencipta kemenangan. Saya yakin pasukan yang dibarisi pemain lama dan baharu, antaranya Safee Sali dan Syakir Ali. "Bagaimanapun, saya tidak mahu mereka terlalu yakin tetapi harus bekerja dengan lebih keras sekiranya berhasrat untuk mencatat kemenangan," katanya. Dalam pada itu, Rajagobal masih berteka-teki untuk mengumumkan kapten Harimau Malaya pada pertemuan tersebut. Buat masa ini, calon pili- han sudah pasti terarah kepada Safee dan pemain tengah Selangor, Safiq Rahim yang juga kapten Harimau Malaya ketika menjuarai Piala Suzuki AFF. "Seperti yang kita maklum, Safiq merupakan kapten negara (buat masa ini) tetapi saya melihat setiap pemain dari segi karakter mereka pada sesi latihan. "Safee juga memiliki kualiti (untuk dilantik sebagai kapten) kerana dia ada kredibiliti memimpin pasukan di tengah padang. "Namun, saya akan buat keputusan itu selepas sesi latihan hari ini (petang semalam)," ujar Rajagobal. Sementara itu, pengurus Sri Lanka, Wickremasinghe Wasantha Nandakumara menganggap aksi menentang Harimau Malaya merupakan satu pertemuan istimewa. Jelasnya, beliau yakin perlawanan persahabatan itu dapat dimanfaatkan oleh pasukannya sebagai pendedahan kepada pemain-pemain muda pada peringkat antarabangsa. "Malaysia merupakan pasukan yang cukup kuat. Saya yakin dengan perlawanan berkualiti seperti ini mampu memberikan satu pendedahan dan pengalaman kepada pasukan saya, terutamanya pemain-main muda. "Jadi, kami berjanji akan memberikan satu persembahan yang terbaik dan menarik. "Sudah tentu kami berazam untuk mencipta kemenangan ketika menentang Malaysia nanti," katanya. | |
Posted: Guardiola undur diriBARCELONA, Sepanyol - Spekulasi mengenai masa depan Pep Guardiola (gambar) akhirnya terjawab semalam. Guardiola, 41, akan meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini selepas enggan meneruskan tugasnya selaku jurulatih di kelab gergasi Sepanyol itu. "Guardiola tidak akan meneruskan tugasnya selaku jurulatih pada musim depan. Tito Vilanova (penolong jurulatih) akan mengambil alih tugas itu. "Terima kasih di atas kerja keras dan kesetiaan kamu selama ini," kata Presiden Barca, Sandro Rosell dalam satu sidang media yang diadakan semalam. Kontrak Guardiola akan tamat akhir musim ini dan bekas pemain Barcelona itu menolak tawaran untuk menyambungnya. Perlawanan terakhir yang akan dikendalikan Guardiola bersama Barcelona adalah final Piala Raja Sepanyol menentang Athletic Bilbao pada 25 Mei ini. "Saya memohon maaf dengan kekeliruan yang berlaku sejak beberapa minggu lalu. "Saya mahukan kontrak yang singkat kerana tawaran di Barcelona terlalu besar. "Kini, saya gagal meneruskan saingan dalam dua pertandingan utama dan ini adalah masa yang sesuai untuk berundur. "Alasan saya cukup mudah. Selama empat tahun, saya menyebabkan semua orang menjadi letih. Jurulatih baharu akan memberikan apa yang tidak dapat saya lakukan," kata Guardiola. Selaku juara bertahan, Barca disingkirkan daripada saingan Liga Juara-Juara oleh Chelsea pada aksi suku akhir, Selasa lalu, manakala Real Madrid semakin hampir untuk merangkul gelaran juara Liga Sepanyol. Guardiola mula membimbing Barca pada tahun 2008 bagi menggantikan tempat Frank Rijkaard. Sepanjang tempoh itu, beliau berjaya membantu skuad The Catalan merangkul 13 daripada 17 trofi yang sepatutnya dimenangi, termasuk dua trofi Liga Juara-Juara dan tiga (Liga Sepanyol). - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan