Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Sultan Ahmad Shah tak setuju

Posted:

Sultan Ahmad Shah tak setuju

Sultan Ahmad Shah tak setuju

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah (gambar) tidak bersetuju Tengku Abdullah menjadi orang tengah bagi menangani krisis badan induk bola sepak negara itu dengan Tan Sri Annuar Musa.

Sultan Ahmad Shah semasa ditemui di Pekan, Pahang semalam bertitah, tawaran Tengku Abdullah yang juga Timbalan Presiden FAM itu tidak seharusnya berlaku kerana keputusan FAM untuk menggantung dua setengah tahun terhadap Annuar telah dibuat pada 4 April lalu.

"Sebagai presiden, saya mesti menyokong apa sahaja keputusan yang telah dilaksanakan kerana keputusan tersebut dibuat berdasarkan ketetapan undang-undang dan peraturan.

"Annuar telah dijatuhi hukuman. Kita tunggu sahaja (tempoh penggantungan) dua tahun dan enam bulan itu. Bagaimanapun, saya tidak campur apa (kenyataan) yang Tengku Abdullah cakap," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Penghijauan Pahang di Pulau Beram dekat Pekan semalam.

Pada 4 April lalu, Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM digantung selama dua setengah tahun selepas dihadap ke Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik pasukan kebangsaan secara terbuka.

Jelas Sultan Ahmad Shah lagi, penggantungan yang dikenakan terhadap Annuar adalah berdasarkan perlembagaan yang telah ditetapkan.

"Apa yang dilakukannya adalah bertentangan (melanggar peraturan FAM) dan saya mesti menyokong persatuan bola sepak saya.

"Bukan Annuar seorang sahaja yang mengalaminya (penggantungan) kerana sebelum ini bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar digantung tiga tahun pada 1991.

"Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd. Akil pula dua kali digantung pada 2001 (selama empat tahun) dan 2006 (selama setahun) kerana mengkritik FAM," titah baginda.

Titah baginda lagi, setiap tingkah laku atau kenyataan yang dikeluarkan perlu dibuat berlandaskan undang-undang dan perlembagaan serta tidak terlalu bebas kerana wajar mematuhi peraturan.

"Kalau kita rakyat Malaysia tidak mematuhi perlembagaan, siapa lagi? Kalau nak suruh orang luar, mungkin tidak. Justeru, saya mengikut segala peraturan dan perlembagaan FAM," jelas baginda.

Najib: Satu dunia tahu konsep 1Malaysia

Posted:

Najib: Satu dunia tahu konsep 1Malaysia

Najib: Satu dunia tahu konsep 1Malaysia

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


NAJIB beramah mesra dengan para peserta Liga 1MCC di Sungai Buloh semalam.


BIAR satu dunia tahu konsep 1Malaysia! Demikian harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang optimis mengenai keberkesanan konsep 1Malaysia dalam usaha membantu pembangunan sukan bola sepak negara.

Menurut beliau, Malaysia kini di trek yang betul dalam usaha membangunkan bola sepak negara apabila menumpukan sepenuh tumpuan mencungkil bakat pemain-pemain muda pada peringkat akar umbi.

"Masa depan negara dalam sukan bola sepak terletak di tangan kita sendiri. Bola sepak bukan sekadar sukan, sebaliknya medium memacu ekonomi negara.

"Jadi, kesemua 2.8 juta rakyat Malaysia perlu 'beraksi' sebagai satu pasukan (bersatu padu) jika mahu memastikan impian kita menjadi kuasa besar bola sepak menjadi kenya- taan.

"Saya yakin, negara berada di trek yang betul. Pembangunan pada peringkat akar umbi ini merupakan langkah awal secara terancang bagi menjamin masa depan negara dalam bola sepak," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Liga 1Malaysia Cardiff City (1MCC) 2012 di Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Sungai Buloh semalam.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad; Pengerusi Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee dan jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.

Najib berkata, kerajaan sentiasa komited dalam usaha pembangunan bola sepak negara apabila mengeluarkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membina lebih 2,000 padang tiruan dan gelanggang futsal di seluruh negara menerusi Bajet 2012.

Dalam pada itu, Najib turut berbangga dengan kesungguhan Cardiff yang menyokong konsep 1Malaysia ke seluruh dunia.

"Semua orang tahu bola sepak cukup dekat dengan rakyat negara kita, cerita politik pun kalah jika bersembang pasal bola sepak di kedai mamak.

"Secara tidak langsung, usaha Cardiff menerusi Liga 1MCC ini dilihat dapat memartabatkan konsep 1Malaysia di mata dunia.

"Malah, ketika perlawanan akhir Piala Liga England (menentang Liverpool) sebelum ini, saya cukup berbangga melihat 'Malaysia' terpampang di jersi setiap pemain Cardiff," katanya.

Mat Zan tetap tenang

Posted:

Mat Zan tetap tenang

Mat Zan tetap tenang

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my

MIMPI indah yang diidamkan kesebelasan utama Terengganu ketika turun menentang Selangor pada aksi Liga Super kelmarin bertukar tragedi apabila skuad Penyu itu tumbang dengan kekalahan besar 1-6.

Lebih perit lagi, kekalahan itu disaksikan sendiri bekas jurulatih mereka, Irfan Bakti yang kini megah membimbing gergasi Lembah Klang itu.

Tanpa mahu memberi alasan, pengendali Terengganu, Mat Zan Mat Aris (gambar) secara terbuka menerima kekalahan itu dengan tenang, sambil menyifatkan pemain lawan beraksi lebih baik berbanding anak-anak buahnya.

Namun, keterbukaan itu tidak bermakna Mat Zan telah mengaku kalah, sebaliknya beliau mengakui pasukannya telah mendapat pengajaran terbaik di sebalik kekalahan tersebut.

"Orang pasti mengatakan kekalahan ini berpunca daripada keletihan yang dialami para pemain tetapi saya tidak mahu bercerita tentang itu.

"Saya akui kami gagal bermain dengan baik dan gagal bermain sebagai satu unit. Pemain terlalu mudah memberi ruang kepada pasukan lawan melakukan hantaran dan kesannya, kami mudah dibolosi, terutamanya pada babak pertama," katanya kepada Kosmo! semalam.

Justeru, Mat Zan mengingatkan kepada semua penyokong bahawa kekalahan itu bukanlah petanda kepada kejatuhan prestasi Terengganu tetapi lebih kepada kealpaan dan kegagalan pemain beraksi dengan baik.

"Saya tidak salahkan pemain kerana saya tahu mereka penat. Malah, saya harus tabik kepada semangat pemain-pemain saya kerana mereka tetap berusaha untuk memberi tentangan.

"Sebagai jurulatih, saya juga tidak perlu panik dengan kekalahan besar ini kerana ini adalah adat dalam bola sepak.

"Apa sahaja boleh berlaku dan jika kami gagal bermain dengan baik selepas ini, mungkin kekalahan lebih besar boleh kami alami," tegasnya.

Pada aksi di Stadium MBPJ kelmarin, Terengganu yang masih segar daripada kemenangan di pentas Piala AFC bermula baik apabila mendahului satu gol menerusi jaringan Ismail Faruqi.

Bagaimanapun, kesilapan benteng pertahanan Terengganu telah memberi ruang kepada Basko Balaban menyamakan kedudukan, diikuti lima lagi jaringan mudah daripada pemain tuan rumah.

"Kami perlu segera melupakan kekalahan ini dan mengambil pengajaran yang ada.

"Perjalanan masih lagi jauh dan banyak lagi perlawanan penting yang akan kami hadapi selepas ini.

"Saya cuma berharap agar semangat para pemain tidak luntur, sebaliknya saya mahu mereka segera bangkit untuk mencari sesuatu yang positif selepas ini," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen