Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Nasib' Annuar ditentukan hari ini

Posted:

'Nasib' Annuar ditentukan hari ini

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Paling berat digantung atau didenda dan yang ringan sekadar diberi amaran, atau jika bernasib baik, dibebaskan langsung daripada dua pertuduhan menanti Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang akan menghadap Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu, petang ini.

Keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM nanti banyak bergantung kepada sejauh mana kritikan beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Skuad Kebangsaan Senior terhadap skuad kebangsaan pada 13 Mac lalu didapati melanggar Kod Tatatertib, selain hujah pembelaan diri ahli politik dari Kelantan ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu dikatakan turut melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM yang dipengerusikan seorang lagi Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 4 Februari lalu mengenai hal ehwal FAM yang tidak wajar disebarkan kepada media tetapi patut dibawa berbincang dengan jawatankuasa berkenaan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Danyal teruskan hasrat tanding kerusi Presiden KOM

Posted:

Danyal teruskan hasrat tanding kerusi Presiden KOM

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Danyal Balagopal Abdullah tetap berpegang dengan pendiriannya untuk bertanding jawatan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) pada mesyuarat agung tahunan badan induk olahraga itu.

Danyal berkata, niatnya untuk bertanding jawatan tertinggi KOM bukan mahu mencabar mana-mana pihak, sebaliknya ingin membawa perubahan baru dalam kesatuan sukan tertua negara itu.

Tambahnya, beberapa perubahan perlu dilakukan dalam KOM terutama bagi meningkatkan imej sukan olahraga di mata masyarakat.

"Sekarang saya telah nampak kebanyakan Ahli Majlis di negeri-negeri telah sedar bahawa mereka perlukan satu perubahan bagi memperbaiki kelemahan yang ada.

"Saya hanya perlukan sokongan padu daripada Ahli Majlis bagi mentadbir KOM dengan baik dan itu adalah niat saya jika dapat kembali dalam badan induk itu kerana saya bukan mahu bermain politik untuk bertanding," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini, semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen