Harian Metro: Arena |
Posted: 16 May 2012 11:51 AM PDT JURULATIH beregu lelaki dari Korea Selatan, Yoo Yong Sung yang menghantar surat peletakan jawatan secara mengejut kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 30 April lalu, mendedahkan wajah sebenar badan induk badminton negara yang dianggapnya tidak profesional. Yong Sung yang mengikat kontrak dua tahun, bermula dengan tempoh percubaan enam bulan mendakwa BAM menerusi Setiausaha Kehormat dan Pengurus Besar, Ng Chin Chai serta Kenny Goh memutar belit fakta mengenai peletakan jawatannya dengan mendakwa dia meminta bayaran RM30,000 (AS$10,000) sebulan.
"Apa yang berlaku sebenarnya saya cuba mendapatkan penjelasan peranan saya sebagai jurulatih. Saya datang ke sini untuk melatih pemain Malaysia kerana saya rasa ada ilmu dan pengalaman yang boleh memberi manfaat kepada pemain negara ini.
"Tapi saya dapati BAM tidak ikhlas, apa yang mereka katakan pada saya sebelum mengikat kontrak nyata berbeza sama sekali. Apa yang saya mahu adalah jawatan dan tugasan sebenar, saya bukannya mahu makan angin. Saya mahu laksanakan tugas sebagai jurulatih. Oleh itu saya perlukan pemain tapi mereka berikan pemain berbeza untuk saya latih setiap hari, malah saya hanya menjaga pemain terbabit selama 10 hingga 20 minit sehari.
"Satu hari saya ditemani isteri yang membantu menterjemah bahasa Korea saya ke Bahasa Inggeris untuk bersemuka dengan Chin Chai dan Kenny bagi menyatakan hasrat meminta diberi pemain sepenuh masa untuk dilatih tapi mereka berdolak-dalik.
|
‘Elak duka berulang’ Posted: 16 May 2012 11:45 AM PDT "DETIK itu masih terbayang di ingatan, namun saya tidak mahu tragedi sama berulang kali ini," kata pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin, 27, yang tertanduk bola ke gawang sendiri untuk gol penyamaan Terengganu di penghujung perlawanan sebelum skuad Kijang akhirnya tewas 1-2 kepada Terengganu pada masa tambahan perlawanan akhir Piala FA tahun lalu. Penyokong The Red Warriors pasti masih mengingati kekalahan mengecewakan itu kerana mereka begitu hampir untuk muncul juara dalam tempoh masa sebenar perlawanan, namun nama Mohd Daudsu tetap di hati peminat apabila ramai yang menyebelahinya. Ia dibuktikan menerusi kewujudan laman khas di facebook dengan pelbagai tajuk, antaranya '100,000 rakyat Kelantan tak salahkan Daudsu atas kekalahan Kelantan', 'Jangan salahkan Daudsu okay', 'Maafkan Daudsu' dan 'Bukan salah Daudsu'.
Pemain yang mendapat jolokan 'kereta kebal Kelantan' itu berkata, meskipun hampir setahun berlalu, dia belum melupakan tragedi itu tapi pada perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini, dia membulat tekad untuk menjadi benteng paling kebal buat The Red Warriors.
"Ini peluang ketiga Kelantan untuk menjulang satu-satunya piala yang belum diperoleh dan saya harap rakan sepasukan bekerja keras untuk memastikan kami menang," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan