Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pemburuan belum berakhir

Posted:

Pemburuan belum berakhir

Pemburuan belum berakhir

PEMBURUAN untuk gelaran juara Liga Perdana England masih belum berakhir.Demikian amaran pengurus Manchester United, Alex Ferguson, semalam.

Dia mengingatkan rakan sejawatnya di Manchester City, Roberto Mancini agar jangan mengimpikan hasrat untuk menjulang gelaran liga kerana saingan masih terbuka.

Ferguson yakin pendahulu liga ketika ini, City akan terlepas peluang tersebut pada aksi menentang Newcastle, Ahad ini.

Menurut Ferguson, cabaran besar buat City ialah untuk menewaskan Newcastle di St James Park esok dan jika mereka gagal, peluang mereka untuk merangkul gelaran juara agak tipis.

"Itu cabaran besar buat City ketika ini. Seperti yang kita ketahui, Newcastle bukan mudah untuk dijinakkan di gelanggang sendiri. Mereka tewas mengejut 0-4 kepada Wigan tetapi kembali meraih kemenangan ke atas Chelsea di Stamford Bridge," kata Ferguson.

"Semua orang tahu bahawa bukan mudah untuk meraih kemenangan di Stamford Bridge. Kami belum mampu melakukannya sejak lapan tahun lalu, tetapi Newcastle telah membuktikannya.

"Ini membuktikan Newcastle kini sedang berada di puncak kecemerlangan dan City bakal berdepan tugas getir, Ahad ini," tambah Ferguson.

"Newcastle sedang memburu empat tempat teratas dan mereka memiliki peluang tersebut."

Newcastle kini ketinggalan satu mata di belakang Arsenal dan masih ada dua perlawanan lagi untuk diharungi.

City, yang kini mendahului kedudukan carta liga hanya memiliki kelebihan dengan perbezaan jumlah jaringan.

Jika mereka mahu berada dalam kedudukan selesa, mereka perlu menewaskan Newcastle esok, dan jika gagal, ia akan memberi kelebihan kepada United yang akan melayan kunjungan Swansea di Old Trafford.

Jelas Ferguson: "Kami berharap situasi akan memihak kepada United." – Agensi

Dharma Raj masih tak puas hati

Posted:

Dharma Raj masih tak puas hati

Dharma Raj masih tak puas hati

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my


PEMAIN Malaysia, Faiz Helmi Jali (kiri) dihalang oleh pemain Iran, Shayan Bororgzadeh pada aksi pembukaan Piala Remaja Asia Ke-7 di Stadium MBMB Bukit Serindit, Melaka kelmarin.


MENANG dengan jumlah jaringan besar masih belum cukup untuk memberi kepuasan kepada jurulatih skuad hoki remaja kebangsaan, Muhammad Dharma Raj Abdullah sekiranya para pemain masih gagal memberikan permainan sebenar seperti yang diharapkan.

Kelmarin, skuad hoki remaja kebangsaan berpesta gol di Stadium MBMB, Bukit Serindit, Melaka selepas membelasah Iran 6-1 pada aksi pertama Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia Ke-7.

"Ini merupakan perlawanan pertama, saya rasa kita tidak bermain bagus hari ini (malam kelmarin) namun sukar untuk bermain pada perlawanan pembukaan kerana semua orang mengharapkan kita berjaya.

"Saya telah banyak kali memberitahu pemain agar menenangkan diri. Bagaimanapun, saya tetap gembira kerana tiga mata amat bermakna kepada kita," katanya ketika ditemui selepas perlawanan menentang Iran malam kelmarin.

Menurutnya, pada perlawanan tersebut, pasukan negara mampu memperoleh 10 gol atau lebih namun dinafikan dengan kecemerlangan penjaga gol Iran.

"Saya sudah memberitahu pemain sekiranya kita mendapat jaringan besar, ia membantu kita untuk tampil lebih yakin menghadapi perlawanan kedua.

"Namun penjaga gol Iran telah beraksi dengan baik untuk menutup gawangnya daripada terus dibolosi," katanya.

Menurutnya, perlawanan menentang Korea Selatan malam ini amat penting bagi memastikan nasib pasukan negara untuk melangkah ke pusingan separuh akhir.

"Sekiranya dapat menewaskan Korea, kiata akan berada sebelah kaki untuk ke separuh akhir dan perlawanan menentang Jepun tidak lagi memberi tekanan pada pasukan negara," katanya.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Korea Selatan, Jepun dan Iran manakala juara bertahan, India, Pakistan, China dan Sri Lanka dalam Kumpulan B.

Penguasaan Chong Wei

Posted:

Penguasaan Chong Wei

Penguasaan Chong Wei

Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my


CHONG WEI (kiri) diberi tentangan hebat oleh Wei Feng (kanan) pada aksi suku akhir GP Emas Terbuka Malaysia di Johor semalam.


PEMAIN No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan rakan senegara, Chong Wei Feng pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia 2012 di Stadium Bandaraya Johor Bahru semalam.

Chong Wei mengambil masa selama 50 minit untuk menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan itu yang menunjukkan aksi bertenaga terutama pada set kedua sebelum berkesudahan 21-18, 15-21, 21-8.

Pada aksi separuh akhir hari ini, Chong Wei akan berdepan Tommy Sugiarto yang merupakan anak pemain legenda badminton Indonesia, Icuk Sugiarto yang berjaya menewaskan V. Sourabh dari India 21-17, 21-14.

Chong Wei ketika ditemui memuji permainan Wei Feng yang menunjukkan peningkatan termasuk mengawal permainan ketika bertemu lawan lebih senior.

"Selaku pemain perseorangan keempat negara, dia menunjukkan permainan yang memberangsangkan dan pemilihannya ke pusingan akhir Piala Thomas 2012 di Wuhan, China bermula 20 Mei ini adalah tepat," katanya.

Satu lagi aksi separuh akhir turut diisi pemain negara, Muhammad Hafiz Hashim apabila membenam cabaran pemain India, H. S. Prannoy 21-14, 22-20.

Pemain pilihan keenam itu akan bertemu Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia yang berjaya menundukkan pemain Jepun, Takuma Ueda 21-16, 22-24, 21-15.

Dalam pada itu, slot separuh akhir beregu lelaki menyaksikan penguasaan pemain negara iaitu pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bertemu Mohd. Zakri Abdul Latif-Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari manakala Gan Teik Chai-Ong Soon Hock bertemu Chooi Kah Ming-Ow Yao Han.

Beregu wanita negara, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty turut cemerlang apabila layak ke separuh akhir untuk bertemu pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Yui Miyauchi manakala satu lagi slot turut diisi pasangan negara, Goh Liu Ying-Lim Loo Yin yang akan bertemu Shinta Mulia Sari-Yao Lei dari Singapura.

Turut mara ke separuh akhir adalah pasangan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang menewaskan rakan senegara, Ong Jian Guo-Lim Yin Loo 21-14,23-21 sekali gus menjadi wakil tunggal dalam acara beregu campuran.

Mereka akan bertemu pasangan Riky Widianto-Puspita Richi Dili dari Indonesia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan