Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Masih hambar

Posted: 01 Jun 2012 12:43 PM PDT

PERTAHANAN Harimau Malaya, Bunyamin Umar berjaya mengekang pemain Filipina pada perlawanan persahabatan di Shah Alam, malam tadi.

PERTAHANAN Harimau Malaya, Bunyamin Umar berjaya mengekang pemain Filipina pada perlawanan persahabatan di Shah Alam, malam tadi.

FILIPINA ternyata bukan pasukan seperti beberapa tahun lalu apabila Harimau Malaya mendapati skuad dilatih Hans Michael Weiss kali ini cukup liat sepanjang 90 minit permainan sebelum seri tanpa jaringan di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Mat Zan tak mahu isu ke mahkamah

Posted: 01 Jun 2012 12:40 PM PDT

Sukan

BEKAS ketua jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris berharap, isu penamatan kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dapat diselesaikan secara baik dan tidak perlu diheret ke mahkamah.

Pengendali yang berasal dari Kuala Lumpur itu berkata, sekiranya PBSNT bersetuju dengan tuntutan pembayaran gaji sehingga akhir tahun, masalah penamatan kontrak itu sudah pasti dapat diselesaikan.

Mat Zan yang menamatkan tempoh 'rehat' sebulan semalam, berkata masih belum ada berita daripada PBSNT mengenai kedudukannya dalam pasukan. Jurulatih 54 tahun itu yang tempatnya kini diambil bekas jurulatih Kelantan, Peter Butler berkata, tidak keterlaluan untuknya meminta majikannya membayar gaji sehingga hujung tahun ini kerana dia mengikat kontrak dua tahun.

"Saya ada meminta pandangan dan nasihat beberapa jurulatih lain yang pernah ditamatkan kontrak lebih awal, dan saya dapati majikan mereka bertindak adil dan saksama dengan membayar pampasan sewajarnya.

"Saya juga ingin mendapat sedikit keadilan daripada majikan dan saya harap mereka akan menghubungi saya dengan berita yang menggembirakan dalam masa terdekat ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

Namun Mat Zan berkata, sehingga kini dia tidak mengetahui status sebenar dan kedudukannya dengan PBSNT, sebaliknya hanya bersikap menunggu dan hanya mengetahui melalui media.
"Saya tidak tahu masalah yang saya hadapi kini kerana tidak ada hitam putih dari PBSNT, sebaliknya hanya menerima notis meminta saya menjawab surat tunjuk sebab punca kemerosotan pasukan," katanya yang bersuara selepas terbaca laporan PBSNT terpaksa menggunakan mahkamah selepas gagal mencapai penyelesaian berhubung penamatan kontrak kerana Mat Zan menolak pampasan dua bulan gaji.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan