Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Kenapa tak pilih saya'

Posted: 04 Jun 2012 01:32 PM PDT

RIO Ferdinand membidas Roy Hodgson (gambar kecil) dan secara keras menyoal apakah alasan pengendali England itu tidak mahu menyenaraikan dia dalam skuad Euro 2012.

Pemain bek Manchester United itu memberi reaksi dengan nada marah apabila berkata dalam Twitter: "Apa alasan anda?"

Sambil itu wakil Ferdinand dan kawan lama, Jamie Moralee berkata: "Lampard, Terry, Barry, Gerrard; semua sudah berumur tapi mereka dipilih ke kejohanan. Kenapa Rio berbeza di sini?"

Situasi bertambah tegang apabila Hodgson memilih pemain muda Liverpool, Martin Kelly mengisi tempat Gary Cahill yang tercedera.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

jeff

encik Iraziel Iz Azmi, smalling,jones,cahill,lampard semuanya injured.bukannye x dipilih.rio xdipilih pulak sebab adik dia anton gaduh dgn terry,maybe hodgson takut gaduh dlm kem england.so,kesilapan hodgson maybe disitu sebab dia prefer terry dari rio.

proFULHAM

Hodgson jurulatih berpengalaman,mungkin dia tidak sehebat Lippi tapi dia pernah melatih pasukan top seperti Inter Milan suatu masa dahulu,dia ada ilmu luas...di tersepit sekarang sama ada nak pilih pemain yang cergas atau pemain bertaraf bintang,tapi kebanyakan jurulatih akan mengutamakan kecergasan terlebih dahulu...dah tiba masanya pasukan England diberi nafas baru,menang euro bukan sasaran utama,tetapi bagaimana permainan menarik dapat diterjemahkan pada kejohanan nanti..itu lebih penting!!!

Carlos

no 10, sokong team Malaysia ja lah, dulu lahir di england ke???

kipas angin

Penyokong sejati, bukan kerana menyokong seorang player atau pengurus sahaja. Yang penting sokongan terhadap atas nama pasukan. Tak kiralah siapa pemain yang dipilih, asalkan pasukan yang disokong itu berjaya menunjukkan mutu permainan baik, walaupun kalah tetapi pasti akan merasa puashati. apa-apapun england tetap pasukan pilihan saya.

Deezey Dg

Hodgson kan pengurus baru.. suka hati dia la mau pilih sapa.. lagipun ramai pmain england yang berbakat.. so x salah kan kc pluang untuk pmain lain.. takkan dia ja tiap tahun.. 2la England x menang2.. hahaha..

ichizen ryoma

rio ferdinand mungkin lebih bnyk pengalaman n why die x dpt masuk euro 2012?!!ade ke patot

haydir Fz Forza

ya..saya rasa hodgson sengaja nak memandang rendah kehebatan pemain man utd..padahal hodgson bukannya pengurus yang berpengalaman..sedang liverpool pun tak nakkan dia..macam mana england boleh ambil hodgson sebagai pengurus gantian england..mungkin ini juga satu kasilapan besar england...

no 10

ramai btl player liverpool..perform xla hebat mana..cari la player dlm pasukan yg top 5..dulu aku sokong england tp skrg tidak lagi sbb ada hodgson n bdk l'pooll...

nasri

saya penyokong arsenal, dan sokong kptsn hodgson...england perlu beri pendedahan pada pemain muda dan yg 100% fit...tgk apa jd di afrika selatan...skurang2nya dgn pasukan muda tiada tekanan sgt dan england have nothing to lose...

abikhsan

Bak kata Ferdinand, masa dia dapat 1st Cap for England, Martin Kelly masih pakai seluar pendek lagi (kanak2 lagi laaa).. Cuma main 12 kali game utk Liverpool dah kena panggil utk England...???? Sure balik awal laaa...

mann

lampard pun tak ikut gi euro,dia ahu dia dah tua...lagipun pertahanan kan dah ada cahill,lescott,cole,glenn johnson dll,mungkin micah richards boleh dipanggil masuk tim euro..tp jgn risau..tim england tak kemana masa euro nti..hihi

Iraziel Iz Azmi

Be cool...sometimes we try the best but no one see it...so, always be the best than the best.

..sekurang2nya banyak lagi pemain yg lebih menyerlah selain kelly seperti jones, smalling..knape dia pilih kelly..??

sebenarnya bukan umur yg menjadi isu..tetapi prestasi adalah isu sebenar..berapa kali ka rio diturunkan oleh SAF musim ini?kecederaan selalu menimpa pemain ini apabila diturunkan.

maurinho

MIR, rio ferdinand berapa kali diturunkan oleh alex ferguson pada musim ni.. Roy Hodgson tahu la apa yg dia buat.. suka hati dia la siapa yg dia nak pilih.. betol tak..

mattjemi

ko x payah la nk banyak komen mir!! ko tu yg kena cakap elok2...

edan

masalahnya sudah pasti bila melihat taktikal perlawanan persahabatan baru2 ini...sy x melihat prestasi yg bagus....tiada perubahan, melainkan yg sy lihat adalah suatu rombakan tetapi dr segi komunikasi lemah, corak permainan tiada yg berubah..... dr segi fizikal dan kecergasan mungkin rio sudah tidak dpt menandingi pemain muda itu....tetapi dr segi pengalaman kurang dan mungkin susah hendak mengikuti ape yg diperlukan utk bermain cara kaunter attack dan pertahanan terbuka....

charles John

Ferdinand antara pemain pertahanan terbaik dan berpengalaman di Liga England, tapi kenapa dia tak dipilih???

mir

fairuz, bercakap ikutlah fakta dan statistik. tahun lahir ferdinand dan lampard sama, tapi kenapa dia tak dipilih. ada 6 pemain liverpool dalam team england. roy hodgson sudah lupa dia bukan pengurus liverpool lagi. englepool..

fairuz kaywak

kerana anda sudah tua,zaman hebat anda telah habis,kini tiba giliran bintang muda yang lain tunjuk aksi memukau untuk penyokong.

'Karim punca masalah olahraga, atlit negara'

Posted: 04 Jun 2012 01:20 PM PDT

Sukan

DIA adalah punca kepada semua masalah yang timbul dalam sukan olahraga negara, termasuk prestasi atlit yang merudum teruk!

Dakwaan itu terbit daripada mulut jurulatih, Hamberi Mahat yang sudah meluat dengan kerenah Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim sehingga mengetuai 'delegasi' menghantar petisyen ditandatangani 16 jurulatih dan 42 atlit kepada presiden, Datuk Seri Shahidan Kassim lima bulan lalu untuk menggugurkan orang kedua berkuasa dalam badan induk itu.

Perkara itu kembali hangat dan hampir menemui penghujungnya apabila panel siasatan ditubuhkan mendengar kes berkenaan mula berlangsung semalam di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan diketuai bekas hakim mahkamah rayuan, Tan Sri V C George. Hamberi yang ditemui media selepas sesi pertama itu, berkata dia bersama jurulatih lain yang dipanggil semalam, berpuas hati dengan sesi pendengaran itu namun terdapat sedikit rasa terkilan kerana Karim akan menjawab setiap persoalan dibentangkan dalam bentuk bertulis.

"Dia (Karim) meminta untuk menjawab soalan kami itu secara bertulis daripada ketua panel atas alasan kurang dengar dan perlu masa untuk menjawab soalan. Tan Sri George bersetuju supaya kes berkenaan dapat diselesaikan dengan segera.

Turut hadir bekas ketua jurulatih negara, Harun Rasheed. Sementara itu, Karim enggan memberi sebarang komen kepada media dengan berkata: "Tidak." Panel siasatan bersambung hari ini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan