Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Tekad benam Portugal

Posted: 08 Jun 2012 03:42 PM PDT

GDANSK (Poland): Jerman membuka kempen Euro 2012 dengan harapan untuk menewaskan Portugal buat kali ketiga berturut-turut pada pusingan akhir kejohanan utama dengan kapten pasukan, Philipp Lahm menegaskan pasukannya perlu mempamerkan kemampuan sebenar mereka, awal pagi esok.

Jerman yang juga juara Eropah tiga kali menyingkirkan Portugal pada suku akhir empat tahun lalu di Euro 2008 serta turut menewaskan lawan dalam penentuan tempat ketiga pada Piala Dunia 2006.


Lahm bagaimanapun mengakui keputusan itu hanya memberikan kesan yang minimum kepada pertemuan Kumpulan B itu namun permulaan yang bagus adalah penting dengan naib juara Piala Dunia 2010, Belanda dan Denmark masih menanti selepas ini.

"Tekanan semakin menebal, kami sudah membina pasukan bagi menghadapi saat ini selama dua tahun. Ini adalah masa untuk mengharunginya," kata pemain berusia 28 tahun yang mengambil tugas selaku kapten daripada Michael Ballack sebelum Piala Dunia 2010.


"Kami mempunyai skuad yang hebat, kami cuma perlu mempamerkan kemampuan yang dimiliki." Skuad Jerman terbang ke Lviv, Ukraine, semalam dengan penolong jurulatih, Hansi Flick mengakui kemenangan amat penting untuk melepasi peringkat kumpulan yang dianggap 'Kumpulan Maut' itu.


"Kemenangan adalah sentiasa penting bagi perlawanan pertama terutamanya dalam kumpulan seperti kami," katanya.

"Perlawanan seterusnya adalah menentang Belanda yang kemungkinan mencerahkan lagi peluang dan kami berharap mampu menjuarai kumpulan ini.


"Ia dipanggil 'Kumpulan Maut' dan saya memang berasakan ia adalah yang paling sukar dalam kejohanan ini, kami perlu sentiasa berwaspada sejak awal lagi dan beraksi dengan baik kerana kami yakin mampu melakukannya." Kekalahan mengejut 3-5 kepada Switzerland bulan lalu selepas tewas 1-2 kepada Perancis pada Februari memperlihatkan Jerman mempunyai kelemahan pertahanan yang mungkin boleh dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Portugal. - AFP




Air mata sambut hukuman mati

Posted: 08 Jun 2012 02:56 PM PDT

SHAH ALAM: Seorang wanita warga Zambia hanya mampu mengalirkan air mata apabila dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah mengedar 1.327 kilogram (kg) syabu ketika memasuki negara ini, tahun lalu.

Hakim Noor Azian Shaari membuat keputusan itu terhadap Nachilongo Doreen, 25, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Noor Azian pada penghakimannya berkata, mahkamah mendapati keterangan tertuduh yang juga seorang pelajar di negara asalnya ketika membela diri tidak boleh dipercayai.


Beliau berkata, pihaknya menolak dakwaan tertuduh yang menyatakan dadah ditemui pada beg pakaiannya diletakkan orang lain.

Menurutnya, ini memandangkan cara dadah itu disembunyikan dan dilekatkan dengan gam di bahagian bawah beg terbabit. Selain itu katanya, keterangan tertuduh bahawa dia datang ke negara ini untuk mencari kerja amat meragukan memandangkan wanita itu membuat tempahan untuk tinggal di Hotel Hilton.


Sepanjang perbicaraan, seramai enam saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan