Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rusia bermula langkah kanan

Posted:

Rusia bermula langkah kanan

Rusia bermula langkah kanan

DZAGOEV (tiga dari kiri) menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan sepasukannya selepas meledak gol pertama Rusia ketka menentang Czech di Wroclaw awal pagi semalam.


WROCLOW, Poland - Jurulatih Rusia, Dick Advocaat menjadi individu paling gembira selepas skuad kendaliannya melakar kemenangan 4-1 ke atas Republik Czech pada aksi pembukaan Kumpulan A Euro 2012 di Stadium Municipal, Wroclaw awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Advocaat memberi amaran kepada anak-anak buahnya bahawa mereka harus bekerja lebih keras jika berhasrat untuk muncul sebagai juara baharu kejohanan berprestij di benua Eropah itu pada edisi kali ini.

"Saya amat gembira, kami menjaringkan empat gol dan pada mana-mana perlawanan antarabangsa, ia merupakan satu keputusan yang bagus.

"Sebenarnya, kami mampu menjaringkan lebih daripada empat gol memandangkan kami memiliki banyak peluang," jelas pengendali kelahiran Belanda itu.

Empat gol Rusia itu hadir menerusi Alan Dzagoev yang meledak dua gol, manakala Roman Shirokov dan Roman Pavlyuchenko masing-masing menyumbang satu gol.

Gol sagu hati Czech pula dijaringkan oleh Vaclav Pilar.

"Ketika mendahului 2-1, kami menjadikan situasi lebih sukar. Ketika itu, saya telah mengingatkan para pemain agar beraksi dengan lebih baik.

"Sekiranya kedudukan terikat 2-2, ia menunjukkan kami harus lebih tajam di barisan serangan dan setiap posisi.

"Namun, ini merupakan perlawanan pertama kami dan saya sangat gembira dengan keputusan tersebut," ujarnya.

Advocaat turut memuji kapten pasukannya, Andrey Arshavin yang menampilkan prestasi cemerlang sepanjang perlawanan.

"Dia (Arshavin) bekerja dengan begitu keras dan beraksi baik. Dia seorang pemain yang penting buat kami," katanya.

Jurulatih Czech, Michal Bilek pula mengakui, kekalahan itu menyebabkan skuad kendaliannya perlu menang ke atas Greece bagi mencerahkan kembali peluang mereka melepasi saingan peringkat kumpulan.

"Saya amat kecewa dengan kekalahan ini tetapi kami harus bangkit dan menunjukkan kekuatan sebenar ketika menentang Greece," katanya. - Agensi

Itali siap sedia gempur Sepanyol

Posted:

Itali siap sedia gempur Sepanyol

Itali siap sedia gempur Sepanyol


SKUAD Itali giat berlatih sebagai persiapan terakhir menentang Sepanyol di Stadium PGE Arena tengah malam ini.


KRAKOW, Poland - Tonggak pertahanan Itali, Giorgio Chiellini sedar tugas berat The Azzurri ketika menentang penyandang juara, Sepanyol pada aksi pembukaan Kumpulan C Euro 2012 di Stadium PGE Arena tengah malam ini.

Begitupun, Chiellini tetap menganggap bekas juara dunia itu sebenarnya sudah bersedia untuk berdepan dengan Sepanyol.

"Kami boleh memberi masalah kepada Sepanyol dan saya juga percaya kami mampu memenangi perlawanan itu nanti," kata Chiellini.

Meskipun Sepanyol turun tanpa kelibat dua tonggak - David Villa dan Carles Puyol - Chiellini tidak peduli tentang pandangan orang ramai bahawa skuad La Roja itu tidak lagi sehebat ketika mereka menjuarai Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Bagi Chiellini, dia tetap menganggap bahawa skuad La Roja itu masih lagi antara pasukan pilihan dalam kempen Euro kali ini.

"Walaupun tanpa beberapa pemain utama, Sepanyol telah buktikan bahawa mereka masih lagi sebuah pasukan yang kuat.

"Dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini, mereka menurunkan beberapa pemain baharu yang mana berjaya membuktikan kualiti masing-masing.

"Mereka sebuah pasukan yang hampir sama seperti skuad yang memenangi Piala Dunia empat tahun lalu," kata Chiellini.

Sebagai rekod, Sepanyol menyingkirkan Itali dalam penentuan sepakan penalti pada aksi suku akhir Euro 2008, namun Chiellini tetap percaya skuad kendalian Cesare Prandelli itu mampu menebus kekalahan tersebut.

"Kami mempunyai motivasi dan kepercayaan yang tinggi untuk memenangi perlawanan ini.

"Kami tidak akan menanti mereka di barisan pertahanan dan hanya melakukan serang balas kerana itu bukan sifat sebenar kami.

"Kami akan cuba menghormati lawan kami dan akan cuba juga mengulangi apa yang kami lakukan dua tahun lepas iaitu mempamerkan prestasi terbaik," katanya. - Agensi

Strategi Poland nyaris 'makan diri'

Posted:

Strategi Poland nyaris 'makan diri'

Strategi Poland nyaris 'makan diri'


LEWANDOWSKI (kiri) bersaing dengan penjaga gol Greece, Kostas Chalkias pada aksi pembukaan Kumpulan A Euro 2012 di Stadium Nasional, Warsaw awal pagi semalam.


WARSAW - Harapan terlalu tinggi sebagai penganjur bersama Euro 2012 menyebabkan Poland beraksi penuh tekanan sehingga sekadar seri 1-1 dengan Greece pada aksi pembukaan Kumpulan A di Stadium Nasional di sini awal pagi semalam.

Jurulatih Poland, Franciszek Smuda berkata, sikap para pemain mudanya yang terlalu leka dengan kelebihan satu gol akhirnya mengundang padah buat mereka.

"Kami sangat bersedia untuk menghadapi kejohanan ini (Euro 2012) tetapi beberapa aspek perlu diperbaiki lagi jika kami mahu menjadi antara pasukan yang digeruni," ujar Smuda.

Menurut beliau, anak-anak buahnya yang beraksi di hadapan 56,000 penyokong sendiri, mula mengamalkan corak permainan bertahan apabila pemain Greece, Sokratis Papastathopoulos dilayangkan kad merah seminit sebelum babak pertama tamat.

Sebelum itu, Poland yang terkenal dengan gelaran Biao-czerwoni (putih dan merah) berjaya memperoleh gol pembukaan menerusi tandukan cantik Robert Lewandowski pada minit ke-17.

"Kami mahu mengekalkan keputusan (1-0). Disebabkan itu, kami lebih menerapkan permainan di sebelah tepi dan belakang.

"Bagaimanapun, strategi itu tidak banyak memberikan kelebihan kepada kami pada babak kedua sehingga membolehkan Grecee menyamakan kedudukan," katanya.

Biarpun beraksi dengan 10 pemain, Greece tampak lebih garang pada babak kedua dan hasilnya, mereka memperoleh jaringan menerusi pemain gantian, Dimitris Salpingidis.

Poland tambah tertekan apabila penjaga golnya, Wojciech Szczesny pula diarahkan keluar padang selepas menjatuhkan Salpingidis di dalam kotak penalti pada minit ke-68.

Penjaga gol gantian Poland, Przemyslaw Tyton bagaimanapun muncul penyelamat apabila menafikan sepakan penalti yang dilakukan oleh kapten Greece, Giorgos Karagounis.

"Tahniah kepada para pemain. Saya memberitahu mereka agar tidak putus asa kerana ia akan menjadi lebih teruk jika kami tewas.

"Kami tidak harus memikirkan lagi mengenai keputusan ini tetapi kami perlu merangka strategi lebih baik pada perlawanan akan datang," jelas Smuda. - Reuters

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan