Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Bukan aksi sebenar kami’

Posted: 19 Jun 2012 10:47 AM PDT

mengaku pasukannya beraksi di bawah tahap permainan sebenar walaupun layak ke suku akhir Euro 2012 hasil kemenangan 1-0 ke atas Croatia.

Pengurus pasukan juara bertahan itu mengaku anak buahnya perlu meningkatkan prestasi dalam saingan suku akhir, menentang sama ada England, Perancis atau Ukraine.


"Terdapat kekurangan yang jelas berbanding sebelum ini," kata Del Bosque. "Ini bukanlah permainan cemerlang dan menimbulkan kebimbangan kami. Banyak perkara yang berlaku tidak mengikut perancangan." Kemenangan ke atas Croatia bermakna Sepanyol mengungguli Kumpulan C dengan tujuh mata tapi juara dunia itu hampir dikejutkan dan gagal layak ke peringkat seterusnya.

Del Bosque menegaskan, pasukannya sudah mengambil satu langkah ke depan dengan layak ke suku akhir, walaupun mempamerkan prestasi kurang meyakinkan.


"Kami berjaya dan sudah layak. Itulah yang menjadi motivasi kami pada saingan suku akhir," katanya.


"Corak dan gaya permainan kami mantap dan ini dibuktikan pada perlawanan ini. Sentuhan pertama kami tidak begitu baik tapi kami memperbaiki kelajuan dan keupayaan mengimbangi perlawanan.

"Kami melakukan 17 percubaan ke arah gol berbanding lapan yang dilakukan lawan dan kami juga menguasai lebih banyak bola.


"Tapi Croatia bermain baik, mereka tidak membenarkan kami bermain dengan selesa, pantas menutup ruang dan cuba menghukum kami menerusi serangan balas walaupun kami sebenarnya lebih banyak mengawal permainan." Pemain sayap Seville, Navas menjaringkan gol kemenangan dua minit sebelum tamat perlawanan selepas menerima hantaran daripada antara pemain terbaik pasukan, Andres Iniesta.

"Kami berdepan kesukaran banyak malam ini. Croatia sangat baik. Kami terpaksa bersabar, terpaksa menunggu peluang. Itulah yang kami lakukan di akhir perlawanan," kata Iniesta.


Sepanyol kini perlu menunggu keputusan Kumpulan D tapi Del Bosque menegaskan, anak buahnya tidak kisah siapa bakal lawan di suku akhir.


"Kami tidak kisah jika terpaksa bertemu Perancis, England atau Ukraine. Kami hanya perlu bersedia bertemu siapa saja." - Agensi


Misi getir skuad B-22

Posted: 19 Jun 2012 10:29 AM PDT

JURULATIH skuad bawah 22 tahun negara (B-22), Ong Kim Swee menaruh keyakinan tinggi terhadap 23 pemain yang bakal menggalas misi getir di kejohanan kelayakan Piala Asia 2013 di Myanmar bermula Sabtu ini termasuk mempertaruhkan pemain baru berusia 16 tahun, Muhammad Ariff Farhan yang turut tersenarai dalam skuad itu.

Selepas sesi penilaian terakhir semalam, pengendali negara itu mengumumkan senarai akhir pemain ke Myanmar yang menyaksikan empat pemain digugurkan iaitu Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris, Muhammad Syazwan Tajudin, Mohd Zubir Azmi dan Mohamad Raphi Azizan.


Menurut Kim Swee beliau terpaksa mengetepikan empat pemain itu biarpun memberikan komitmen baik sepanjang latihan dan perlawanan di Eropah dan China sebelum ini.

"Zubir belum pulih daripada kecederaan lutut, manakala Amir Zafran dan Syazwan masih memerlukan masa untuk belajar kerana sekarang saya memiliki pemain pertahanan tengah berpengalaman iaitu Fadhli Shas dan Amer Saidin yang kembali pulih daripada kecederaan. Raphi masih muda dan dia mungkin akan saya serapkan dalam skuad Harimau Muda A selepas ini.


"Saya memerlukan pemain lebih berpengalaman kerana lawan kita nanti bukan mudah kerana akan bertemu pasukan hebat seperti Korea Selatan, Vietnam dan tuan rumah Myanmar," katanya.


Fadhli Shas yang tidak akan beraksi pada perlawanan pembukaan menentang Korea serta pemain sayap lincah, Wan Zack Haikal Wan Noor yang digantung tiga perlawanan tetap mendapat kepercayaan Kim Swee untuk diturunkan pada perlawanan seterusnya.

Mengulas mengenai pemilihan pemain paling muda Ariff Kim Swee berkata: "Dia pemain yang memiliki potensi besar. Jika mahu membuat perbandingan, Nazmi Faiz (Mansor) mempunyai kemampuan dari segi teknikal dan menyerang tapi Ariff boleh menyerang dan bertahan selain mempunyai tendangan jarak jauh yang bagus. Tapi kita tak boleh meletakkan harapan terlalu tinggi kepadanya.


Menurut Kim Swee, pasukan negara akan berlepas ke Myanmar Khamis ini dan tumpuannya kini lebih terarah kepada kecergasan pemain dan taktik bagi menghadapi perlawanan pembukaan menentang Korea.

Selain Korea, Malaysia juga akan bersaing dengan Myanmar, Vietnam, Taiwan dan Filipina bagi merebut salah satu daripada dua slot Kumpulan G untuk layak ke final Piala Asia 2013.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen