Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


New Zealand juara PSAS

Posted:

New Zealand juara PSAS

New Zealand juara PSAS

Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
sukan@kosmo.com.my

PEMAIN Argentina, Santiago Montelli (tengah) diasak oleh dua pemain New Zealand pada final PSAS di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam tadi.


PEMENANG pingat gangsa Sukan Komanwel 2010, New Zealand mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya muncul juara pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-21.

Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam semalam, New Zealand menewaskan Argentina 1-0.

Sebelum ini, New Zealand hanya menduduki tempat keempat pada kejohanan edisi 1993, 2003, 2008 dan 2009.

New Zealand yang menduduki ranking ketujuh dunia memperoleh gol tunggal itu melalui pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Andy Hay- ward pada minit ke-18.

Lebih manis, penjaga gol New Zealand, Kyle Pontifex memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

Selepas itu, Argentina yang menduduki ranking kesembilan dunia telah bekerja keras untuk mencari gol penyamaan tetapi gagal.

Sebaliknya, New Zealand berjaya mencengkam Argentina daripada menjaringkan sebarang gol sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, juara lima kali, India menduduki tangga ketiga setelah menumpaskan tuan rumah Sukan Olimpik 2012, Britain 3-1.

Britain yang menduduki ranking keempat dunia mendapat gol tunggalnya melalui pukulan sudut penalti oleh Ashley Jack- son pada minit ke-35.

Ashley turut diisytihar sebagai Penjaring Terbanyak kejohanan dengan enam gol, manakala Britain memenangi anugerah Piala Fairpaly.

Shivendra Singh berjaya menyamakan kedudukan buat India hasil rembatan kencangnya pada minit ke-42.

Harapan Britain untuk menandingi kekuatan India berkecai apabila lawannya itu menjaringkan dua gol melalui Sandeep Singh (53) dan Tushar Khandker pada minit ke-68.

Abu Samah kekal presiden

Posted:

Abu Samah kekal presiden

Abu Samah kekal presiden

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my

PRESIDEN Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Abu Samah Abd. Wahab mengekalkan jawatannya selepas menang tanpa bertanding pada mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-25 persatuan itu di Kuala Lumpur semalam.

Timbalannya, Datuk Naim Mohamad turut mengekalkan kerusi yang disandangnya itu selepas pencabarnya, Maniam Manikkam menarik diri.

Kedua-dua individu yang dianggap sebagai penggerak penting dalam kejayaan sukan lumba basikal negara itu akan menggalas jawatan tersebut selama tiga tahun bagi penggal 2012/2015.

Meskipun masih diberi kepercayaan menerajui PKBM, Abu Samah yang juga Naib Presiden Persekutuan Berbasikal Asia (ACC) berharap agar perwakilan-perwakilan lain mula mencari calon yang lebih berkaliber bagi menggalas jawatan presiden pada masa hadapan.

"Saya berasa amat terharu kerana masih diberikan kepercayaan untuk memimpin PKBM. Tugas sebagai presiden adalah sangat mencabar dan memerlukan banyak masa.

Namun, saya tetap berterima kasih dan bersedia menerima mandat yang diberikan oleh perwakilan.

"Bagaimanapun, kita perlu memandang ke hadapan. Saya akan berusia 74 tahun apabila tamat tempoh penggal baharu sebagai Presiden PKBM. Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak boleh jadi presiden untuk selama-lamanya.

"Malah, kalau boleh mulai sekarang saya mahu semua perwakilan mencari calon baharu presiden PKBM. Kalau boleh seorang yang lebih baik daripada saya. Saya beri masa tiga tahun lagi untuk cari calon presiden yang baharu," kata Abu Samah semalam.

Dalam pada itu, perebutan kerusi Naib Presiden PKBM pula menyaksikan penyandang sebelum ini, Maniam dari Perlis tewas mengejut, manakala lima muka baharu berjaya mengisi jawatan tersebut.

Dua bekas Naib Presiden, Datuk Ahmad Sidi Ismail (Persatuan Berbasikal Negeri Terengganu) dan Amrun Misnoh (Persatuan Berbasikal Negeri Selangor) kembali mengisi jawatan itu selepas masing-masing menerima 43 serta 40 undi.

Tiga muka baharu lain ialah Datuk Samad Ariffin (Persatuan Berbasikal Negeri Johor), Omar Saad (Persatuan Berbasikal Negeri Kedah), manakala Yunus Ibrahim yang mewakili Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan terpilih menerusi cabutan undi.

Sementara itu, Abu Samah menegaskan, PKBM akan terus memberi keutamaan khas kepada skuad lebuh raya bagi memastikan Malaysia kekal sebagai antara kuasa besar di Asia.

"Inilah keutamaan yang akan saya berikan dalam penggal pentadbiran yang baharu ini. Saya mahu lihat pasukan lebuh raya Malaysia sama hebat seperti skuad trek Malaysia. Inilah impian saya," katanya Abu Samah.

Untuk rekod, Abu Samah yang pernah menggalas jawatan Naib Presiden PKBM, mula memegang tampuk pimpinan persatuan tersebut pada 25 Februari 1990 bagi menggantikan Tan Sri Darshan Singh.

Selain aktif pada peringkat Asia, beliau juga adalah Presiden Persatuan Berbasikal ASEAN (ACA).

Cheh Chang diberi kepercayaan

Posted:

Cheh Chang diberi kepercayaan

Cheh Chang diberi kepercayaan

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


KIEN KEAT (kiri) dan Boon Heong akan beraksi pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Indonesia 2012 mulai 12 Jun ini.


JURULATIH beregu lelaki, Pang Cheh Chang (gambar kecil) diberi tugas untuk mempersiapkan beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bagi menghadapi Sukan Olimpik 2012 di London bulan depan.

Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Tan Kim Her berkata, beliau menaruhkan kepercayaan kepada Cheh Chang untuk merangka program latihan yang berkesan buat Kien Keat-Boon Heong.

Ketika ini, beregu emas negara itu semakin kesuntukan masa untuk mempersiapkan diri kerana Sukan Olimpik 2012 hanya tinggal kurang dua bulan.

Ia ditambah pula dengan prestasi tidak menentu beregu ini sepanjang tahun ini.

"Cheh Chang telah menyerahkan program latihan yang akan dilakukannya bagi mempersiapkan Kien Keat-Boon Heong. Saya sudah melihat dan saya beri kepercayaan kepada Cheh Chang untuk melaksanakannya.

"Dalam program tersebut, Cheh Chang mahu Kien Keat-Boon Heong menjalani latihan sebagai pemain yang beraksi dalam acara beregu campuran sebanyak dua kali seminggu.

"Ini bertujuan bagi membolehkan mereka lebih tenang untuk mengawal keadaan dalam gelanggang.

"Selain itu, Cheh Chang juga ada meminta kepada saya rakan sepelatih untuk Kien Keat-Boon Heong. Jadi, saya akan memberikan yang terbaik terdiri daripada barisan pemain beregu yang lain.

"Saya harap, pemain beregu yang lain juga memberikan kerjasama kepada Kien Keat-Boon Heong mereka kini dalam persiapan untuk menghadapi Sukan Olimpik," kata Kim Her ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Kim Her, beliau berharap program latihan baharu yang diterapkan Cheh Chang itu dapat menghasilkan impak yang positif kerana Kien Keat-Boon Heong akan beraksi pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Indonesia 2012, 12 Jun ini.

"Terbuka Indonesia merupakan kejohanan terakhir yang akan disertai sebelum ke Sukan Olimpik.

"Jadi, saya harap mereka boleh mara sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir bagi meningkatkan semangat mereka sebelum Sukan Olimpik bermula.

"Bagi saya, Kien Keat-Boon Heong tidak ada sebarang tekanan kerana tumpuan lebih terarah kepada Datuk Lee Chong Wei (pemain perseorangan negara) untuk meraih pingat emas pada Sukan Olimpik nanti," jelas Kim Her.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan