Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Sup, bubur diet Chong Wei

Posted: 22 Jul 2012 02:48 PM PDT

Jagoan itu tekad sumbang emas pertama untuk negara

Bath, United Kingdom: Sup panas dan bubur nasi antara diet utama jaguh badminton negara, Lee Chong Wei yang sedang dalam proses pemulihan daripada kecederaan buku lali menjelang kempen Olimpik London bermula, Sabtu ini. Chong Wei - harapan 27 juta penduduk Malaysia untuk pulang dengan pingat emas pertama negara berkata, kecederaan sedikit sebanyak mengurangkan tekanan kepada dirinya.
"Saya baru kembali daripada kecederaan dan tekanan (untuk pingat emas) sedikit berkurang. Ini adalah Olimpik terakhir saya jadi saya mahu menyumbangkan pingat buat negara saya," kata Chong Wei yang turut terlepas ranking nombor satu kepada musuh ketatnya, Lin Dan dari China ketika tempoh pemulihan.

"Tekanan belum terasa lagi kerana masih ada tempoh seminggu. Mungkin selepas tiba di London saya akan mula merasakan suasana Olimpik dan baru tekanan mula terasa."

Chong Wei melonjak ke tangga teratas dunia pada 2008 selepas Olimpik Beijing, tetapi pencapaiannya itu dibayangi kegagalan merebut emas dalam pertembungan final dengan Lin Dan.

"Pingat emas akan melengkapkan karier saya. Saya tidak mempunyai emas Olimpik, negara saya tidak pernah mendapat emas Olimpik. Emas ini amat penting buat saya dan negara saya," kata pemain 29 tahun itu.
Kontinjen badminton negara berkampung di Bath sebelum bertolak ke London dan masih bergelut menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk di sana. "Cuaca begini sudah cukup sejuk bagi Malaysia, jadi kami memerlukan sup herba, bubur dan nasi panas. Kami bawa tukang masak sendiri," kata pakar pemakanan pasukan, Chai Wen Jin. - AFP

'Jelajah pra-musim penting'

Posted: 22 Jul 2012 02:46 PM PDT

Wenger akui amat senang uji skuad pilihan Malaysia sekali lagi

Kuala Lumpur: Sambil menegaskan kepentingan siri jelajah pra-musim di Asia bagi meningkatkan kecergasan dan moral pemain menjelang musim baru, pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui amat senang untuk kembali ke negara ini untuk sekali lagi menguji skuad pilihan Malaysia, malam esok. Sambutan penuh meriah diterima kelab gergasi Inggeris, Arsenal ketika tiba di ibu negara, semalam yang membawa barisan bintang skuad itu sekalipun tanpa kelibat beberapa nama besar antaranya Robin Van Persie, Tomas Rosicky atau pun pemain baru, Lukas Podolski.
"Saya pernah bekerja di Asia selama dua tahun, saya amat gembira bekerja di sini dan secara peribadi, saya amat menggemari Malaysia," kata Wenger yang sempat bergurau bersama jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.

"Kami mempunyai masa yang terhad selepas ujian pra-musim ini sebelum mengharungi musim baru liga jadi ia sesuatu yang penting kerana ia masanya untuk kami menguji pemain. Yang pasti, saya akan menguji kesemua pemain."

Pengurus kelahiran Perancis yang membimbing Arsenal sejak 1996 itu berkata, kehadiran mereka di Asia terutama Kuala Lumpur juga penting dan memberi peluang kepada peminat berjumpa pemain pujaan mereka secara lebih dekat.

"Selain di Eropah, kami tidak tahu berapa ramai peminat menyaksikan perlawanan kami. Ia adalah satu cabaran untuk mengekalkannya," kata Wenger yang kali pertama ke Malaysia pada 1999 yang menyaksikan barisannya mencatat kemenangan 2-0 ke atas skuad negara yang ketika itu dipimpin Abdul Rahman Ibrahim.
Bagi Rajagobal, kritikan mengenai kepentingan menentang pasukan berstatus kelab yang tidak memberi sebarang makna dengan kedudukan ranking skuad negara tidak diambil pusing dan menegaskan ia penting sebagai persediaan untuk Piala Suzuki AFF pada November depan.

"Kita perlu faham tidak mudah untuk beraksi menentang pasukan kelab yang turut memiliki ramai pemain antarabangsa yang baik seperti Arsenal jadi ia satu ujian yang baik untuk kita. Kita perlu ambil kesempatan ini."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan