Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chong Wei tempuhi laluan mudah

Posted:

Chong Wei tempuhi laluan mudah

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

CHONG WEI menjadi sandaran utama Malaysia meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 2012.


JAGUH perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mungkin boleh menarik nafas lega dalam misi memburu pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Berdasarkan undian yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam, Chong Wei dilihat berdepan laluan mudah untuk sekurang-kurangnya mara ke peringkat separuh akhir.

Chong Wei yang diletakkan sebagai pemain pilihan pertama telah diundi dalam Kumpulan A dan hanya perlu menentang Ville Lang dari Finland.

Jika berjaya mara ke pusingan kedua, pemain No. 2 dunia itu diramal berdepan pemain Indonesia, Simon Santoso yang dijangka mudah bergelar juara Kumpulan B.

Pada peringkat suku akhir, Chong Wei dijangka menentang perseorangan Jepun, Kenichi Tago atau Nguyen Tien Minh dari Vietnam.

Bagaimanapun, Chong Wei akan berdepan cabaran getir apabila dijangka menen- tang bintang muda China, Chen Long jika layak ke peringkat separuh akhir sebelum bertemu seteru utamanya, Lin Dan yang juga dari China andai mara ke pentas final.

Ketika diminta mengulas mengenai undian tersebut, jurulatih negara, Tey Seu Bock tidak mahu Chong Wei memandang mudah pertemuan menentang Ville Lang.

"Kita harus ingat, mana-mana kejohanan sekalipun, perlawanan pertama adalah penting bagi setiap pemain dan begitu juga buat Chong Wei. Chong Wei sudah lama tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan dan pastinya perlawanan pertama kali ini getir buat dirinya.

"Berdasarkan undian, memang Chong Wei selaku pilihan untuk memenangi setiap perlawanannya. Namun, kita juga tidak boleh memandang mudah kemampuan lawan kerana mereka masih boleh mampu memberi tentangan kepada Chong Wei.

"Bagi saya, Chong Wei tidak perlu terlalu memikirkan mengenai peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir atau final.

"Saya mahu dia fokus satu demi satu perlawanan yang perlu diharunginya," kata Seu Bock ketika dihubungi Kosmo! di United Kingdom semalam.

Sementara itu, tugas getir dijangka menanti beregu utama lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong apabila diundi dalam Kumpulan D bersama-sama pasangan No. 1 dunia, Chung Jae Sung-Lee Yong Dae dari Korea Selatan.

Turut berada dalam Kumpulan D ialah beregu Amerika Syarikat, Howard Bach-Tony Gunawan dan Naoki Kawamae-Shoji Sato dari Jepun.

Nasib yang sama turut dialami beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying apabila diundi dalam Kumpulan D bersama-sama pasangan No. 2 dunia, Xu Chen-Ma Jin dari China.

Beregu campuran Taiwan, Chen Hung Ling-Cheng Wan Hsing dan S. Prapaka- mol-S. Thoungthongkam dari Thailand turut berada dalam Kumpulan D.

Dalam pada itu, perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Bae Yeon Ju dari Korea Selatan dan Agnese Allegrini (Itali).

Berdasarkan format pertandingan, juara setiap kumpulan dalam acara perseorangan akan layak ke pusingan kedua manakala juara dan naib juara kumpulan acara beregu akan mara ke peringkat suku akhir.

Acara badminton Sukan Olimpik 2012 akan membuka tirainya di Arena Wembley, Sabtu ini.

Elak perangkap Arsenal

Posted:

Elak perangkap Arsenal

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

RAJAGOBAL (kiri) berjabat tangan dengan Wenger pada sidang media aksi bola sepak persahabatan antara
Malaysia dan Arsenal di Hotel Saujana, Subang kelmarin.


MUNGKIN ramai peminat bola sepak tanah air masih belum melupakan episod kekalahan skuad kebangsaan ketika berdepan dengan Arsenal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil tahun lalu.

Mengimbau semula aksi pada 13 Julai itu, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal bagaikan belajar erti sebenar bola sepak dunia apabila tewas 0-4 hasil jaringan Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Thomas Rosicky.

Barang yang lepas usahlah dikenang, Harimau Malaya kini berpeluang untuk memadam 'luka lama' apabila kembali berdepan The Gunners di stadium yang sama malam ini.

Namun, sejarah tidak mustahil berulang memandangkan anak-anak buah Arsene Wenger tampil dengan reputasi yang cukup tinggi.

Tambahan pula, Harimau Malaya dilihat sedikit tempang dengan kecederaan beberapa pemain utama seperti Safee Sali, Yong Kuong Yong, Ahmad Syakir Md. Ali, Khairul Fahmi Che Mat dan juga K. Gurusamy selain terpaksa beraksi ketika Ramadan.

Rajagobal begitupun enggan 'mengibarkan bendera putih' sebelum berjuang, selain optimis anak-anak buahnya mampu tampil dengan aksi yang lebih mencabar kali ini.

Biarpun enggan menjanjikan keajaiban malam ini rentetan hakikat perbezaan kedua-dua pasukan bagaikan 'langit dan bumi', Rajagobal yakin barisan pemainnya bakal meraih pengalaman berguna sebagai persiapan awal mempertahankan Piala AFF pada November depan.

"Bohong jika saya katakan ketiadaan beberapa pemain utama seperti Safee dan Khairul Fahmi tidak dirasai.

"Jadi, saya cabar pemain-pemain lain membuktikan keupayaan masing-masing supaya mereka juga berhak beraksi dalam kesebelasan utama," kata Rajagobal.

Ketika ditanya adakah beliau bakal mempertaruhkan kredibiliti peledak berbisa Harimau Muda, Rozaimi Abdul Rahman malam ini, lantaran Safee dan Ahmad Syakir masih belum pasti diturunkan gara-gara kecederaan, Rajagobal memberitahu: "Masih terlalu awal untuk mengenal pasti kesebelasan utama.

"Saya tidak mahu fokus kepada seseorang pemain sahaja, sebaliknya memberi tumpuan menyeluruh kepada pasu- kan termasuk aspek kecergasan pemain."

Mengulas lanjut kata Rajagobal, beliau menghormati reputasi The Gunners meskipun tanpa kehadiran Robin van Persie, Lucas Podolski dan Olivier Giroud kali ini.

"Kita bermain di padang yang sama serta menggunakan bola yang sama. Jadi, tidak ada alasan untuk kita takut dengan Arsenal. Hormat boleh, gentar tidak sama sekali," katanya.

Oxlade-Chamberlain pasang impian tawan Bukit Jalil

Posted:

Oxlade-Chamberlain pasang impian tawan Bukit Jalil

JADI TUMPUAN... Kelibat pemain Arsenal, Alex Song sempat dirakam lensa kamera sebaik tiba di Hotel Saujana, Subang kelmarin. Gambar kecil,


ADA janji yang mahu dilunaskan bintang muda Arsenal, Alex Oxlade- Chamberlain (gambar kecil) menjelang aksi persahabatan menentang Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Selepas 'tercicir' daripada skuad The Gunners ke Malaysia tahun lalu, Oxlade-Chamberlain sudah tentu mahu menawan hati peminat-peminatnya di Malaysia kali ini.

"Saya hanya menyertai Arsenal sebaik jelajah pramusim berakhir tahun lepas.

"Disebabkan itu, saya berasa cukup rugi apabila mendengar cerita rakan-rakan sepasukan mengenai sambutan menakjubkan peminat di sini.

"Jadi, peluang kali ini tidak akan saya lepaskan semata-mata untuk meraikan peminat di Malaysia," katanya kelmarin.

Oxlade-Chamberlain memberitahu, dia yakin rakan-rakan sepasukannya akan tampil dengan aksi bertenaga malam ini meskipun tanpa kehadiran Robin van Persie, Lucas Podoklsi dan Olivier Giroud.

"Jika boleh, saya juga berazam memburu gol malam ini tetapi segala-galanya terpulang kepada Arsene Wenger sama ada mahu menurunkan saya ataupun tidak," katanya.

Dalam pada itu, penjaga gol The Gunners, Wojciech Szczesny juga berhasrat untuk memastikan gawangnya tidak dibolosi malam ini.

"Kekecewaan gagal membantu Poland ketika kempen Euro 2012 juga telah saya lupakan.

"Saya gembira dapat kembali semula ke Malaysia, bagi saya peminat di sini cukup ramah," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan