Berita Harian: Sukan |
Posted: 18 Aug 2012 09:27 AM PDT Pemain Kelantan kongsi duit raya selepas berkongsi bonus RM1 juta Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi pemain dan jurulatih pasukan bola sepak Kelantan kali ini lebih meriah apabila menerima duit raya berjumlah RM100,000 daripada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Duit raya itu adalah sebahagian daripada insentif Kafa kepada pemain termasuk jurulatih yang menaikkan nama pasukan The Red Warriors selepas menjuarai Liga Super, musim ini. Sumbangan disampaikan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa di kediamannya di Sri Puri, Bukit Marak di Kota Bahru, sempena majlis berbuka puasa, semalam.Habuan ini untuk membolehkan pemain membuat persiapan menjelang musim perayaan ini bersama keluarga masing-masing. Sebelum ini kita memberi bonus berjumlah lebih RM1 juta kepada semua pemain dan jurulatih yang terbabit dalam Liga Super selepas liga itu berakhir pada Julai lalu, katanya. Beliau berkata dalam pemberian insentif terbaru itu, setiap pemain dianggarkan menerima RM3,000. Mengenai tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung satu perlawanan ke atas penyerang import Kelantan dari Lubnan, Mohammed Ghaddar, Annuar berkata, Kafa menerima keputusan itu. Mohammed Ghaddar digantung satu perlawanan oleh Lembaga Disiplin FAM dan dikenakan denda RM2,000 selepas bergaduh dengan pemain Selangor, Mohd Bunyamin Umar pada perlawanan Liga Super 29 Jun lalu. |
Posted: 18 Aug 2012 09:25 AM PDT Walaupun Terengganu mungkin dianggap antara pasukan pilihan menjuarai Piala Malaysia, skuad penyu sebenarnya berdepan laluan lebih sukar walaupun untuk mengulangi pencapaian tahun lalu - layak ke final. Pada edisi 2011, Terengganu gah muncul naib juara tetapi berdasarkan undian peringkat kumpulan, skuad Peteh berdepan ujian getir selepas diundi bersama juara Liga Super, Kelantan, juara Liga Perdana, Tentera dan Kedah dalam Kumpulan B. Penolong Pengurus Terengganu, Sheikh Ahmad Tajudin Sheikh Yusof, mengakui hakikat undian itu tidak memihak kepada mereka yang tiada pilihan selain memberi tentangan sengit lawan.Memang kita tahu Kelantan sebuah pasukan yang mantap dan sebagai juara Liga Super, mereka mungkin ada kelebihan untuk diangkat sebagai pasukan pilihan. Kita tak boleh jangka kekuatan sebenar Tentera dan Kedah pula jika mengikut rekod pertemuan cukup liat untuk dikalahkan, katanya. Beliau berpegang kepada prinsip - untuk menjadi yang terbaik, mereka mesti kalahkan yang terbaik. Jika dinilai, Kelantan dan Tentera adalah pasukan terbaik Liga Super dan Liga Perdana. Satu cabaran besar buat kami kerana beraksi tanpa pemain pinjaman. Tetapi pemain terutama penyerang sedia ada seperti Manaf Mamat, (Francis) Forkey Doe, Abdul Hadi (Yahya) cukup ghairah mahu mendakap Piala Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan