Harian Metro: Arena |
Posted: 18 Aug 2012 09:09 AM PDT CARLOS Tevez yang menemui semangat baru berkata tidak pernah berasa sehebat ini menjelang perlawanan pembuka tirai Manchester City menentang Southampton, hari ini. Penyerang yang kembali menemui sentuhannya apabila jaringannya membantu Blues menewaskan Chelsea untuk menjulang Perisai Komuniti berkata, dia bekerja keras musim ini dan gembira menjadi sebahagian daripada skuad yang melakukan kunjungan ke Asia dan Jerman.
"Jelajah pra-musim berjalan lancar, saya puas hati dengan aksi saya dan tidak sabar menunggu bermulanya Liga Perdana Inggeris." Pemain berusia 28 tahun itu kerap diturunkan di Carrington sejak kembali berlatih selepas cuti panjang dan kesungguhan serta komitmennya memberi pulangan lumayan di padang.
Perkara ini digambarkan oleh pengurus City, Roberto Mancini yang gembira dengan komitmen penyerangnya itu.
"Saya amat gembira kerana Carlos bekerja keras pada pra-musim tahun ini dan prestasinya semakin baik kerana dia menjaringkan gol hebat pada aksi Perisai Komuniti. Saya jangka dia bakal menjadi pemain penting." Artikel ini disiarkan pada : 19/08/2012 |
‘Kita masih ketinggalan’ Posted: 18 Aug 2012 09:07 AM PDT DI sebalik kejayaan Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong membawa pulang pingat perak dan gangsa buat negara di Sukan Olimpik London yang baru saja berakhir, ternyata masih jauh untuk kita mengejar kehebatan jagoan dunia apatah lagi dengan kejutan demi kejutan dilakar setiap hari sepanjang temasya itu. Nama seperti Ye Shiwen dan Ruta Meilutyte membuka mata pemerhati sukan dunia bukan saja dengan usia yang masih muda malah keupayaan mereka yang luar biasa turut memberi bayangan betapa negara luar semakin galak mempertaruhkan atlet muda untuk bertanding di pentas antarabangsa.
Malah tempoh empat tahun selepas London untuk ke Sukan Olimpik Rio menurut Pengarah Cawangan Atlet Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin belum mencukupi untuk melahirkan atlet berstatus bintang, memandangkan tidak semua sukan mempunyai atlet yang benar-benar bersedia ke tahap itu.
Setakat ini menurutnya, atlet berbasikal pelapis iaitu Malek Marcuss Maccrone, Muhd Firdaus Suardi dan Ummi Hamimah Mohamad kini menjalani latihan di Melbourne bersama atlet elit dan dipersiapkan dengan beberapa kejohanan, terkini Kejohanan Trek Remaja UCI di New Zealand, 22-26 Ogos ini.
"Setidak-tidaknya menerusi program pelapis yang diwujudkan, kita mampu membentuk mereka untuk menyertai temasya seawal Sukan Sea," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 19/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan