Berita Harian: Sukan |
Posted: 23 Aug 2012 04:25 PM PDT Kuching: Andai jurulatih ratu terjun negara, Yang Zhuliang tidak dilepaskan Majlis Sukan Negara (MSN) ke Australia, Pandelela Rinong Pamg, 19 mungkin terpaksa menolak biasiswa penuh pengajian selama empat tahun di Australia. Biasiswa daripada kerajaan negeri itu diberikan kepada Pandelela sebagai pengiktirafan kepada kejayaannya menjadi atlit wanita pertama negara membawa pulang pingat gangsa Sukan Olimpik dari temasya di London, baru-baru ini. Menteri Muda Pembangunan Belia Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, mengesahkan bahawa anak emas Sarawak itu, berhasrat untuk terus menerima tunjuk ajar jurulatih dari China itu, sekali gus memberi petunjuk bahawa beliau mahu mengekalkan tahap konsistennya dalam memastikan membawa pingat lebih bersinar selain gangsa."Pandelela sehingga kini masih menunggu pengesahan dari MSN berkenaan sama ada Zhuliang akan dilepaskan ke Australia atau tidak. Mungkin dalam jangka masa dua hingga tiga bulan kita akan dapat jawapannya. "Jika Zhuliang masih berada di sini, Pandelela akan meneruskan saja pengajiannya ke Universiti Malaya (UM) dalam bidang Sains Sukan dan jika Zhuliang ke Australia, Pandelela akan ikut bersama," katanya ketika dihubungi di sini. Sarawak akur Abdul Karim berkata, apa saja keputusan gadis Bidayuh itu, kerajaan negeri sentiasa bersikap terbuka demi kemajuannya. Beliau yang ditemani seorang lagi penerjun negara, Bryan Nickson Lomas menjadi tumpuan orang ramai yang menghadiri rumah terbuka berkenaan, yang turut mengambil kesempatan merakamkan gambar kenang-kenangan bersama-samanya. Pandelela yang tiba ke kediamannya Fadiilah pada jam 11.30 pagi beredar sejam kemudian. |
Posted: 23 Aug 2012 04:17 PM PDT Pasir Gudang: Persaingan kempen Kumpulan A Piala Malaysia membabitkan Johor FC, Johor, Lions XII dan Selangor PKNS tampak masih terbuka selepas kesemua pasukan itu meraih satu mata pada aksi pertama apabila tamat perlawanan dengan keputusan seri, kelmarin. Keputusan itu juga melegakan pengendali Johor FC, Sazali Saidun yang menganggap masih ada ruang untuk skuad yang bergelar Lebah melakar kejutan selepas berjaya mengikat keputusan seri 0-0 dengan Lions XII yang dilabel pasukan pilihan dalam saingan kumpulan itu di Stadium Pasir Gudang, kelmarin. Malah bekas pemain pertahanan Johor itu mengakui betapa satu mata yang diraih tatkala beraksi di laman sendiri sudah memadai tatkala aksi 90 minit perlawanan tampak seimbang selepas Johor FC dan Lions XII bimbingan V Sundramoorthy memiliki peluang untuk melakar kemenangan pertama."Kita ada peluang untuk menang manakala Lions XII juga mampu pulang dengan tiga mata dan saya lihat keputusan itu cukup adil selepas masing-masing mempunyai peluang menjaringkan gol namun sudah jadi kebiasaan apabila beraksi pada perlawanan pertama masih ada kegugupan. "Babak pertama jelas agak sukar untuk pemain saya menembusi benteng pertahanan Lions XII yang mempamer aksi 'berkampung' di kawasan sendiri dan ada kalanya kita terpaksa beraksi secara negatif dengan hantaran bola ke belakang untuk melancar gerakan pantas namun tidak berjaya. Sazali akur "Hanya pada aksi babak kedua apabila Lions XII membuka permainan barulah pemain Johor FC mampu mencorakkan gerakan dan berpeluang mencipta jaringan tetapi sering tersasar. Saya akur dengan keputusan seri tanpa jaringan walaupun agak rugi kerana hanya meraih satu mata namun ia permulaan yang baik," katanya. "Saya memasukkan Arthur (Henrique) pada babak kedua kerana pemain itu masih belum berada di tahap kecergasan yang memuaskan untuk beraksi sepenuh masa dan apa dipamerkan pemain itu tidak mengecewakan apabila sentiasa berusaha menyusup ke dalam kotak penalti lawan," kata Sazali. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan