Harian Metro: Arena |
Posted: 23 Aug 2012 10:30 AM PDT BEBERAPA pasukan pilihan mungkin terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal kepada Piala Malaysia 2012 seandainya tidak bangkit mempamerkan taring sebenar berikutan beberapa keputusan mengejut yang terhasil dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan, malam kelmarin. Juara Liga Super dan Piala FA, Kelantan dikejutkan musuh Pantai Timur dalam Kumpulan B, Terengganu yang mencatatkan kemenangan 2-0, Negeri Sembilan yang juga juara bertahan pula terikat 1-1 menentang pasukan berstatus kelab, Felda United, kelab negara jiran LionsXII turut terikat tanpa jaringan menentang Johor FC selain juara 32 kali, Selangor tewas mengejut 1-2 kepada Sarawak.
"Seandainya ingin melangkah jauh, mereka perlu mempamerkan peningkatan selepas ini.
Namun bagi seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali, kegagalan beberapa pasukan pilihan mencatatkan kemenangan dalam aksi pembukaan adalah sementara selepas berehat panjang.
Artikel ini disiarkan pada : 24/08/2012 |
Posted: 23 Aug 2012 10:24 AM PDT JURULATIH Pahang, Dollah Salleh bangga dengan pencapaian anak buahnya selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas T-Team pada aksi pembukaan kempen Piala Malaysia di Stadium Darulmakmur, kelmarin. Menurut bekas pemain kebangsaan itu, kejayaan membenam kelab dari Terengganu itu membuktikan skuad Tok Gajah berada pada landasan tepat untuk mencipta pencapaian lebih bermakna.
"Sebenarnya saya tidak sangka semua pemain mempamerkan aksi meyakinkan yang membolehkan kami meraih tiga mata. Mereka juga membuktikan bahawa cuti panjang selepas saingan Liga Perdana lalu tidak menjejaskan aksi mereka.
"Saya juga berterima kasih kepada lebih 5,000 penyokong yang datang memberi sokongan biarpun masih dalam suasana hari raya Aidilfitri," katanya.
Tiga gol tuan rumah masing-masing dijaringkan Mohd Azamuddin Akil pada minit ke-16, Mohd Hafiz Kamal (m-51) dan Mohd Faizol Hussin (m-84) manakala gol T-Team dijaringkan oleh Norfazly Alias (m-64) dan Zairo Anuar Zailani (m-90). Artikel ini disiarkan pada : 24/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan