Harian Metro: Arena |
Posted: 30 Aug 2012 11:29 AM PDT ERA baru skuad hoki negara bermula semalam menerusi penampilan pertama Paul Revington sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan bagi menggantikan Tai Beng Hai yang awal-awal sudah menyedari tugas berat menantinya selepas ini. Hadir pada sidang media yang turut disertai pembantunya, Arul Selvaraj yang juga bekas pemain skuad negara, bekas jurulatih kebangsaan Ireland itu nyata sudah bersedia dengan jawapan kukuh bagi meyakinkan peminat tempatan pemilihan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bukan satu keputusan yang sia-sia.
"Inilah antara tugas yang perlu saya lakukan, mengembalikan semula kepercayaan semua pihak melalui keputusan yang bagus," tegas Revington yang mempunyai pencapaian cemerlang sepanjang kariernya sebagai jurulatih.
"Mungkin mereka hanya perlu memperbaiki beberapa kelemahan. Yang pasti, saya harap perubahan ini berlaku dengan pantas," katanya.
"Saya sudah mengetahui barisan pemain Malaysia tapi saya akan cuba memilih barisan pemain terbaik selepas berakhir saingan liga," katanya yang berada di negara ini sejak 9 Ogos lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012 |
Posted: 30 Aug 2012 11:18 AM PDT NAIB juara Piala FA, Sime Darby FC (SDFC) optimis peledak utamanya, Patrick Ronaldinho Wleh akan memperoleh kembali prestasi sebenar untuk membantu melonjakkan kelab itu melepasi ranjau Kumpulan C Piala Malaysia yang masih berbaki tiga perlawanan. Kelab itu menegur aksi pemain antarabangsa Liberia berusia 22 tahun itu selepas mempamerkan persembahan di bawah kemampuan sebenar dalam dua perlawanan awal hingga mencetuskan rasa kurang senang jurulatih pasukan, Ismail Zakaria.
"Dia masih muda dan memerlukan bimbingan. Kami sudah memanggil dan memberi nasihat bagi menyedarkannya dan akhirnya dia membalas dengan dua gol cantik," kata Setiausaha Kehormat SDFC, Zainal Amat ketika ditanya mengenai penyerang yang memainkan peranan penting kepada kelab kebangkitan kelab itu pada musim ini.
Pasukan yang menamatkan saingan Liga Perdana di tempat ketiga itu akan meneruskan saingan pusingan kedua peringkat kumpulan dengan menentang Felda United, Sabtu ini diikuti aksi menentang Negeri Sembilan (4 September) di laman sendiri dan pertarungan terakhir menentang Perak pada 14 September dengan harapan merebut salah satu tiket ke suku akhir.
Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan