Harian Metro: Arena |
Posted: 24 Oct 2012 02:26 PM PDT JIKA tiada aral melintang, legenda bola sepak Liverpool, Robbie Fowler (gambar) akan menyertai pasukan T-Team. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, rundingan dengan bekas penyerang Liverpool itu sedang berjalan dan sekiranya tiada halangan, penjaring 183 gol Liga Perdana Inggeris itu bakal menjadi pemain merangkap jurulatih T-Team musim depan.
"Namun seperti pemain import lain juga, T-Team mesti memastikan Fowler masih cergas sepenuhnya dan bukannya mengambil kira nama besarnya semasa bermain di Liga Perdana Inggeris.
Sepanjang kerjayanya bersama Liverpool, Fowler menjaringkan 183 gol dengan 128 daripadanya dihasilkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Selepas meninggalkan Liverpool, Fowler mencuba nasib dengan kelab Leeds United dan Manchester City namun pada 2006, penyerang berbisa itu kembali menyarung jersi Liverpool selama dua musim.
Ahmad berkata, pada musim Liga Super akan datang, hanya seorang saja diberikan tanggungjawab sebagai pengurus dan jurulatih dengan harapan langkah itu akan membawa kebaikan dari segi pengurusan dan prestasi kelab.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25 |
Posted: 24 Oct 2012 02:24 PM PDT AZIZULHASNI Awang perlu segera pulang ke Melbourne untuk menjalani latihan intensif bagi mengelak gangguan serta membolehkannya memberi fokus 100 peratus terhadap sesi latihan. Ketua jurulatih negara, John Beasley berkata, Azizul sudah mendapat rehat mencukupi dan sehubungan itu perlu kembali ke Melbourne awal Disember ini selepas menyambut kelahiran cahaya mata pertama dijangka bulan depan.
"Jika berada di Malaysia, Azizul akan terus menjadi tumpuan ramai. Dia perlu pulang segera ke Australia untuk kembali fokus terhadap latihannya," katanya. Beasley berkata, perkembangan Azizul ketika berada di Malaysia ini tetap dipantau bagi memastikan tahap kecergasannya tidak menurun dan terus kekal cergas sebagai pelumba berwibawa.
"Dia begitu komited terhadap sukan ini untuk menjadi seorang pelumba yang lebih baik lima tahun akan datang. Banyak ranjau dilaluinya termasuk kecederaan yang dialaminya sebelum kejohanan utama.
"Bagi saya, kedudukan tempat keenam di Olimpik amat membanggakan. Saya harap tiada lagi insiden yang menimpanya menjelang Rio." Beasley berkata, beliau bukan mahu mencipta alasan ketika Azizul gagal memberikan pingat Olimpik tapi mahu masyarakat melihat pengorbanan serta apa yang cuba diberikan pelumba itu kepada negara. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan