Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


PSSI kena amaran keras

Posted: 26 Dec 2010 10:43 AM PST

MINAT besar para penyokong Indonesia untuk menyaksikan pasukan nasional mereka beraksi dalam perlawanan kedua Piala AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menentang Malaysia mungkin tidak menjadi kenyataan apabila sekumpulan penyokong merusuh dan merosakkan beberapa kemudahan di stadium itu, semalam.

Sehubungan itu Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) memberikan amaran kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana kekecohan yang dilakukan oleh penyokong Indonesia, setelah mereka hilang kesabaran ketika menunggu giliran untuk membeli tiket di stadium itu.


"Tiga jam yang lalu, AFF telah menghubungi saya dan memberi amaran keras. Jika stadium dirosak orang ramai, maka pertandingan final kedua tidak akan dilaksanakan di Gelora Bung Karno," kata Ketua PSSI, Nurdin Halid di Kuala Lumpur yang diwawancara secara langsung oleh TVOne, semalam.

"Kerana itu, saya mohon agar para penyokong dapat kembali tertib dalam menunggu giliran membeli tiket kerana jika benar pertandingan final kedua itu nantinya dilakukan di tempat neutral, pasti akan merugikan pasukan kita," katanya.


Beliau mendapat laporan bahawa penyokong yang dikumpulkan di dalam stadium itu berjumlah kira-kira 50,000 orang, sementara tiket kelas 3 berharga Rp50,000 yang dijual hari ini hanya berjumlah 30,000 keping sahaja.


"Jadi pasti ada akan tidak mendapat tiket, tapi jangan khuatir kerana kami menyediakan layar lebar di luar stadium agar para penyokong tetap dapat menyaksikan final ini," katanya.

Menurut Nurdin, kekecohan itu didorong oleh beberapa provokator sehingga para penyokong tidak dapat membeli tiket seperti pembelian tiket pada hari-hari sebelumnya.


Pengelola Stadium Gelora Bung Karno, M Nigara mengaku beliau terkejut dengan tingginya harapan masyarakat untuk menonton perlawanan akhir Piala AFF itu.

Had kapasiti stadium, katanya tidak dapat menampung lebih daripada 83,000 penyokong dan sehubungan itu beliau meminta mereka dapat menerima hakikat itu.


Penyokong yang dibenarkan berada di dalam stadium sementara menunggu giliran membeli tiket, tiba-tiba merusuh yang dipercayai berpunca daripada mereka hilang sabar akibat keletihan menunggu sejak semalam dan pagi semalam.


Mereka merosakkkan pagar penghadang dan rumput padang dan beberapa di antara mereka pengsan kerana mungkin keletihan kerana datang untuk membeli tiket sejak semalam dan menginap di luar stadium.


Mereka juga tidak hiraukan cuaca panas dan hujan semasa menunggu giliran membeli tiket. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

‘Peluang kami amat tipis’

Posted: 26 Dec 2010 10:20 AM PST

JURULATIH Indonesia, Alfred Riedl akur dengan kekalahan 0-3 kepada skuad negara sambil mengakui sukar untuk anak buahnya kembali bangkit pada final kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Rabu ini.

Malah tanpa berselindung, beliau berkata ia adalah satu misi mustahil untuk mengatasi Malaysia yang kini selesa dengan kelebihan agregat tiga gol walaupun bakal bermain di gelanggang sendiri pada perlawanan kedua.


"Memang sukar hendak mencari semula tiga gol bagi menyamai pasukan Malaysia. Ia boleh dikatakan misi mustahil dan peluang kami amat tipis," katanya pada sidang media sejurus selepas perlawanan tamat.

Walaupun perlawanan malam tadi berlangsung agak tegang akibat isu penggunaan pancaran laser yang didakwa dilakukan oleh penyokong tuah rumah, Riedl menegaskan ia bukan penyebab utama anak buahnya gagal meraih kemenangan ke atas skuad kendalian K Rajagobal.


Sebaliknya, Alfred berkata, gol pertama menerusi Safee Sali yang memecahkan kebuntuan pada minit ke-62 nyata menjejaskan rentak permainan anak buahnya selepas itu.


"Gol pertama itu ternyata mengubah corak permainan kami. keyakinan pemain mula berkurangan dan ia berterusan selepas itu. Bola sepak kadangkala boleh menjadi amat sukar.

"Bagi saya, perlawanan kedua-dua pasukan seimbang dan kekalahan kami juga bukan disebabkan pertama kali bermain di luar Jakarta," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan