Kosmo Online - Sukan |
Posted: Sinetron IndonesiaSAFEE bakal menjadi tumpuan di Jakarta malam esok. ENTAH apa agaknya yang akan diulas oleh Indonesia andainya mereka menang pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menentang Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin. Adakah mereka akan menyalahkan sinaran laser atau sebaliknya? Mungkin pemain, pegawai serta pemimpin tertinggi skuad Indonesia lupa dengan reputasi skuad Malaysia. Mereka lupa bahawa skuad bola sepak negara adalah yang terbaik di Asia Tenggara ketika ini. Sukan SEA 2009 di Laos sudah cukup untuk membuktikan tentang kehebatan skuad bimbingan K. Rajagobal itu. Pada temasya di Laos itu, Malaysia menang pingat emas meskipun 1,001 macam dugaan serta tipu muslihat yang mereka hadapi daripada pasukan lawan. Namun, mereka tetap meneruskan perjuangan dan akhirnya muncul juara selepas menewaskan Vietnam pada perlawanan akhir. Kali ini, pada Kejohanan Piala Suzuki AFF, skripnya hampir sama. Pada aksi pembukaan menentang Indonesia di peringkat kumpulan, mereka dibelasah 5-1 tetapi kekalahan tersebut diterima dengan hati terbuka tanpa membuat kecoh meskipun penjaga gol Malaysia pada perlawanan pertama itu, Sharbine Alawee telah beberapa kali diganggu pancaran laser oleh penyokong Indonesia. Alasan Rajagobal atas kekalahan tersebut ialah barisan pertahanan mereka goyang dan bukannya disebabkan laser. Kelmarin, Indonesia tewas 3-0 dan 'laser' dijadikan alasan. Andai pertahanan Indonesia kental, tidak mungkin gawang mereka dibolosi. Tetapi sayang, kerenah penjaga gol mereka, Markus Harison yang mendakwa diganggu pancaran laser daripada penonton telah mematikan rentak permainan Indonesia yang dilihat seimbang pada separuh masa pertama. Lakonan penjaga gol Indonesia hanya berlaku setiap kali Malaysia mendapat sepakan percuma di hadapan pintu gol mereka. Tetapi jaringan yang dihasilkan oleh pasukan Malaysia bukannya berpunca daripada sepakan percuma, semuanya bermula daripada gerakan padang. Adakah keempat-empat pertahanan Indonesia itu 'diganggu' oleh pancaran laser sehingga gagal menyekat kelincahan penyerang Malaysia? LAPORAN akhbar utama Indonesia semalam. Nak menuduh biarlah berasas dan kekalahan itu perlu diterima secara terbuka. Sebahagian besar akhbar Indonesia pula tidak menyalahkan laser sebagai punca kekalahan itu. Sedarkah Indonesia bahawa pemain Malaysia pada kejohanan ini dibarisi 'budak mentah' yang sebahagian besarnya berusia bawah 23 tahun. Mereka juga tidak memiliki pemain import seperti mana yang dipraktikkan oleh skuad Indonesia. Indonesia boleh dianggap bernasib baik pada kejohanan ini kerana diberi peluang beraksi di tempat sendiri pada dua perlawanan separuh akhir menentang Filipina. Jika tidak, semua peminat akan tahu sejauh mana skuad bimbingan Alfred Riedl boleh pergi. Pada aksi kedua di Gelora Bung Karno malam esok, Indonesia perlu mencari empat gol untuk muncul juara tetapi persoalannya, mampukah mereka? |
Posted: Norshahrul tak gentar GBKDaripada WAN FAKHRUL BAKAR NORSHAHRUL (tengah) menunggu untuk menaiki bas yang akan membawa pasukan negara ke hotel penginapan mereka di Jakarta semalam. JAKARTA – Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) sering menghadirkan gerun buat pemain pasukan lawan setiap kali berdepan skuad Indonesia di gelanggang keramat itu. Namun, berlainan pula dengan penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha yang langsung tidak gentar untuk menguasai GBK pada aksi final kedua Piala Suzuki AFF 2010 malam esok. Jika rakan gandingannya, Mohd. Safee Mohd. Sali menjadikan Stadium Nasional, Bukit Jalil sebagai gelanggang bertuah dengan meledak dua gol ketika membenam Indonesia 3-0 pada aksi final pertama kelmarin, Nor- shahrul ada misi tersendiri pada aksi kedua ini. "Bagi seseorang penyerang, selagi tidak dapat menjaringkan gol, selagi itu kita tak berasa puas. Samalah seperti saya yang baru menjaringkan dua gol sepanjang kejohanan ini. "Salah satu gol tersebut dijaringkan di GBK ketika kita tewas 1-5 pada aksi pertama peringkat kumpulan. Mungkin saya lebih ada 'feel' untuk menjaringkan gol di sini," katanya ketika ditemui Kosmo! di Hotel Sultan, Jakarta semalam. Norshahrul, 24, bagaimanapun tetap memainkan peranan penting mencipta gerakan untuk dua dari- pada tiga gol Malaysia pada aksi final pertama malam kelmarin. Dia berjaya menggelecek pemain pertahanan lawan menerusi gerakan di penjuru kanan padang sebelum melorongkan bola untuk Safee menjaringkan gol pertama dan Ashari Samsudin untuk gol kedua. "Saya cuba memasuki kotak penalti dari penjuru kanan dan kiri. Tapi nampaknya gerakan dari penjuru kanan lebih berhasil dengan dua gol berjaya dicipta," jelasnya. Sementara itu, pada sidang media selepas perlawanan kelmarin, jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal telah menamakan Norshahrul sebagai pemain terbaiknya sepanjang kejohanan tersebut. Kata Rajagobal: "Semua pemain terlibat membawa kejayaan pasukan. Tetapi Norshahrul layak menjadi pemain terbaik kejohanan. Dia telah melaksanakan segala tugasnya dengan baik." Namun, Norshahrul sendiri enggan terlalu berharap untuk memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Piala Suzuki AFF 2010 biarpun sebelum ini dia telah memenangi anugerah MVP bagi Liga Malaysia 2010. "Insya-Allah kalau ada rezeki. Siapa yang tak mahu menang anugerah ini. Jadi saya akan cuba mempamerkan aksi terbaik pada final kedua nanti bagi memastikan kejuaraan mutlak milik Malaysia," ujar Norshahrul. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan