Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Aset negara

Posted: 31 Dec 2010 05:43 PM PST

Sukan

pix_gal0
Skuad Harimau Malaya disaran terus digilap, beri pendedahan antarabangsa

BARISAN juara Piala AFF Suzuki negara berpotensi untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi bagi memartabatkan semula imej bola sepak negara di masa akan datang.

Kejayaan skuad bimbingan jurulatih K Rajagobal menjuarai saingan rantau Asia Tenggara itu buat kali pertama selepas 14 tahun, meletakkan mereka sebagai aset penting negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Begitupun, katanya, bakat sedia ada barisan pemain muda negara ini perlu terus digilap dan diberi pendedahan peringkat antarabangsa secara berterusan.

"Ini adalah langkah permulaan untuk kita mengorak langkah lebih jauh dalam arena bola sepak, khususnya di peringkat antarabangsa. Kemenangan ini (menjuarai Piala AFF) adalah pembakar semangat untuk kita lebih maju ke depan, khususnya di pentas antarabangsa," katanya.

Malaysia muncul juara Piala AFF buat julung kalinya selepas menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat dalam perlawanan final timbal balas di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Sabtu lalu.

Kata Ahmad Shabery, tanpa semangat juang tinggi yang ditunjukkan ketika final kedua di Jakarta, sukar bagi skuad digelar Harimau Malaya itu untuk mencipta kejayaan, khususnya dalam situasi tertekan diasak penyokong Indonesia dari segenap penjuru di gelanggang lawan.
"Belum ada dalam sejarah bola sepak dunia, pemain dibawa masuk ke stadium menggunakan kereta perisai. Kereta perisai lazimnya digunakan tentera untuk berperang, bukan untuk bawa pemain bola sepak masuk stadium," katanya pada Majlis Program Komuniti Sihat peringkat Parlimen Kemaman, di Kampung Gong Limau, Chukai, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, walaupun skuad negara tewas 1-2 pada final kedua itu, semangat juang tinggi yang pemain muda negara tunjukkan di sepanjang 90 minit perlawanan, melayakkan mereka untuk digelar wira negara.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Henari Arianto

Lupakan hal indonesia, mereka memang mempunyai budaya begitu provokasi merata-rata. Yang penting kita semua harus berdoa dan menyokong jatuh bangun pasukan bola sepak kita. Sasaran seterusnya ialah Piala Asia. MALAYSIA BOLEH!!!

junsamawa

skill individu pemain malaysia rata-rata bagus. pantas untuk juara aff.salut dengan media malaysia yang tidak provokatif,

hairi

tahniah harimau malaya..

zainithechamp

xda ke kelab eropah nak guna khidmat player negara? berharap sgt2kelab2 eropah/Japan/Korea beli pemain kita.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

'Kalau mahu boleh bincang'

Posted: 31 Dec 2010 05:39 PM PST

Sukan

AKSI hebat Safee (kanan) ketika menentang Indonesia dikatakan menarik minat beberapa kelab di negara berkenaan.

AKSI hebat Safee (kanan) ketika menentang Indonesia dikatakan menarik minat beberapa kelab di negara berkenaan.

Safee hak kami; Belum ada sebarang tawaran: Hamidin

PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) menjelaskan tidak menerima sebarang tawaran daripada kelab Indonesia buat penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF, Safee Sali biarpun khabar angin bertiup kononnya wakil kelab terbabit berada di tanah air untuk membuat rundingan.

Safee, 26, dikatakan menjadi buruan kelab Sriwijaya selepas meledakkan lima gol dalam laluan skuad kebangsaan menjuarai piala keagungan bola sepak ASEAN itu. Namun, Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin menafikan kehadiran wakil kelab Indonesia itu di tanah air, diperkukuhkan dengan pertemuannya dengan penyerang bertubuh sasa itu semalam.

"Ada khabar angin pihak mereka kini berada di Malaysia. Saya juga ada bertanyakan dia (Safee) dan dia memberitahu dia belum lagi didekati mana-mana pihak.

"Setakat ini, kami belum menerima sebarang tawaran," katanya yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut Hamidin lagi, pihaknya tidak akan menghalang hasrat Safee sekiranya dia mahu beralih angin tetapi ia bergantung kepada syarat-syarat tertentu.
"Kami tidak akan melepaskannya semudah itu. Safee sudah menandatangani kontrak dengan kami. Tetapi kalau nak, kami boleh berbincang. Tawaran yang dikemukakan mesti bagus dan memanfaatkan semua pihak," katanya.

Persembahan cemerlang skuad negara ke atas republik itu sepanjang final timbal balik yang berakhir Sabtu lalu, turut menyaksikan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha kononnya cuba dipikat Sriwaijaya dan sebuah lagi pasukan Jawa Tengah.

Andai menjadi kenyataan, kedua-dua pemain itu akan mengikut jejak langkah Stanley Bernard Samuel yang berkelana ke Indonesia sebelum kembali ke tanah air untuk beraksi bersama Sabah musim depan.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan