Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Durian runtuh buat wira Terengganu

Posted:

Durian runtuh buat wira Terengganu

Durian runtuh buat wira Terengganu

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


PARA pemain skuad bola sepak negara dijanjikan hadiah lumayan selepas memenangi Piala Suzuki AFF 2010, Rabu lalu.


ENAM anak Terengganu yang membantu skuad kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini bakal memperoleh habuan lumayan daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ketika mengumumkan perkara itu berkata, setiap daripada pemain itu akan menerima hadiah berupa sebidang tanah selain wang tunai sebanyak RM5,000.

Menurutnya, pemberian itu merupakan tanda penghargaan daripada kerajaan negeri di atas kesungguhan anak-anak kelahiran Terengganu yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Katanya, pemain-pemain yang akan menerima hadiah tersebut ialah Mohd. Ashari Shamsuddin dan Mohd. Sharbinee Alawee yang kini mewakili skuad Terengganu serta Norshahrul Idlan Talaha dari skuad Kelantan.

Tiga lagi pemain lain ialah dari skuad Harimau Muda A iaitu Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Faizal Muhammad dan Izzaq Faris Ramlan.

"Saya cukup terharu dan bangga dengan kejayaan kita menjuarai Piala Suzuki selepas menanti selama 14 tahun. Kita masih mampu menjaringkan gol sekali pun beraksi di hadapan ribuan penyokong Indonesia dan ia adalah satu kejayaan penuh bersejarah.

"Apa yang pasti, kejayaan ini turut melibatkan enam anak Terengganu dan kita (kerajaan negeri) telah bersetuju untuk memberi hadiah berupa sebidang tanah untuk tapak rumah dan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada mereka," katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Ahmad lagi, pemberian sebidang tanah itu akan ditentukan mengikut daerah masing-masing dan majlis penyerahannya akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Kalau pemain itu berasal dari Kuala Terengganu, maka kita akan carikan sebidang tanah di Kuala Terengganu. Begitu juga kalau dia berasal dari Dungun ataupun dari daerah-daerah lain.

"Kita lakukan semua ini kerana mahu menghargai jasa mereka pada ketika Terengganu kini merupakan antara kuasa utama sukan di Malaysia," jelasnya lagi.

Rabu lalu, skuad kebangsaan yang dikemudi jurulatih K. Rajagobal mengakhiri kemarau 14 tahun dengan menjuarai juara Piala Suzuki 2010 selepas menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir dengan agregat 4-2.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

FAM umum penaja baru hari ini

Posted:

FAM umum penaja baru hari ini

FAM umum penaja baru hari ini

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

PENAJA baru bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2011 akan diumumkan secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Kontrak Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menggantikan Dunhill selaku penaja utama Liga M sejak musim 2004 akan berakhir pada 26 Januari ini dan ia tidak akan diperbaharui.

Maka saingan terunggul bola sepak tempatan itu bakal mengalami penjenamaan baru dengan tampil mempamerkan label penaja baru menggantikan TM.

Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengumuman siapakah yang akan menjadi penaja utama Liga M 2011 hanya akan dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM hari ini.

"Esok (hari ini) kita ada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang akan dipengerusikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Dalam mesyuarat itu nanti, kita akan memuktamadkan hal penaja baru ini," katanya pada Majlis Taklimat dan Undian Liga M 2011 di Bukit Jalil petang semalam.

Desas-desus mengatakan bahawa syarikat telekomunikasi terkemuka, Maxis bakal menjadi penaja baru Liga M bermula musim 2011 tetapi sejauh mana kebenarannya hanya akan terjawab hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin memberitahu, terdapat tiga stadium tidak memenuhi kriteria pencahayaan lampu limpah manakala dua lagi stadium menghadapi masalah bilik persalinan pemain.

"Tiga stadium yang mempunyai kecerahan lampu limpah yang kurang daripada 800 lux ialah Stadium Sultan Muhammed Ke-IV (Kota Bharu), Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Kuala Terengganu) dan Stadium JCorp (Pasir Gudang).

"Surat amaran telah diberi kepada pihak terbabit dan kita akan buat pemeriksaan kedua pada 6 Januari ini. Jika masih belum diperbaiki, tindakan akan diambil," tegas Hamidin.

Jelas Hamidin lagi, pengumuman mengenai hala tuju Liga M 2012 yang bakal menampilkan banyak perubahan termasuk kemungkinan kemasukan pemain import dan formatnya akan dibuat dalam tempoh dua bulan ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan