Harian Metro: Arena |
Posted: 31 Dec 2010 09:38 AM PST KEJAYAAN memenangi Piala Suzuki AFF 2010 bukan saja petanda positif kebangkitan bola sepak negara di persada antarabangsa, namun ia juga bakal memeningkan ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal untuk merancang perjalanan skuad kebangsaan sepanjang tahun ini. Bukan kerana tidak mempunyai pemain mencukupi untuk menggalas cabaran negara, namun terpaksa memilih pemain terbaik untuk menyarung jersi kebangsaan Harimau Malaya yang kini menjadi rebutan setiap pemain bola sepak tempatan.
Beliau juga terpaksa memberi pertimbangan kepada beberapa pemain yang pernah menjadi pilihan utama, namun dilanda kecederaan seperti pasangan kembar, Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, Mohd Nasriq Baharom, Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim, Mohd Bunyamin Omar, Mohd Farizal Marlias dan S Chanturu.
"Semua akan berebut untuk berada di dalam skuad namun ia adalah satu saingan yang sihat bagi membolehkan pemain terbaik mewakili negara," katanya.
"Kedua-dua pemain ini mempunyai kelebihan masing-masing. Saya tidak mempunyai masalah bergandingan dengan mereka kerana masing-masing mengetahui peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan," katanya.
|
Posted: 31 Dec 2010 09:35 AM PST PASUKAN bola sepak Malaysia yang baru menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan dijadualkan hadir di majlis sambutan Ambang 2011 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, malam tadi, tidak dapat hadir kerana pemain, jurulatih dan pegawai pasukan itu diberikan pelepasan untuk bersama keluarga masing-masing bagi meraikan sambutan tahun baru. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan