Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Ayuh ke Olimpik

Posted: 12 Jan 2011 11:02 AM PST

NAJIB berbual mesra dengan pemain kebangsaan (dari kiri) Norshahrul, Fahmi, Safee Sali dan Safiq Rahim.

NAJIB berbual mesra dengan pemain kebangsaan (dari kiri) Norshahrul, Fahmi, Safee Sali dan Safiq Rahim.

DETIK manis pemain bola sepak negara bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara lebih dekat, semalam dan tambahan ganjaran lumayan RM65,000 setiap seorang hasil kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF, bulan lalu hanya menyuntik semangat baru untuk mereka menakluk Asia dan dunia selepas ini.

Teguran pemimpin negara itu kepada anak didik K Rajagobal ketika meraihkan pemain dan pengurusan pasukan kebangsaan dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya, semalam harus memberi mesej jelas betapa kejayaan di peringkat rantau ini hanya satu permulaan ketika pasukan memiliki potensi lebih besar untuk menggegar benua dan juga layak ke Sukan Olimpik.

Malah, pemain tonggak seperti Norshahrul Idlan Talaha serta penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat menyuarakan kejayaan besar ini tidak harus dijadikan alasan untuk berhenti berusaha dan akur dengan kata-kata Najib bahawa mulai sekarang pemain perlu lebih gigih dan tidak boleh dimanja-manja berlebihan.

Semalam, setiap pemain menerima unit Amanah Saham Wawasan 2020 bernilai RM50,000 selain insentif khas daripada kerajaan berjumlah RM10,000 seorang dan Skim Kemenangan Majlis Sukan Negara (RM5,000) atas keringat kejayaan sepasukan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

azmy

Imbuhan boleh menggalakkan pemain-pemain lain berminat dan berusaha untuk merebut tempat sebagai pemain kebangsaan. Kalau dahulu pemain tidak berminat sebaliknya lebih utamakan pasukan kelab/negeri, sebab imbuhan kelab periuk nasi mereka. Sebab itu dulu ramai pemain sebagai melengkapkan syarat sahaja dan tidak bersungguh-sungguh.

Lulian

Kepada Razali Mohamed, saudara kene membuka minda, jangan pandang kepada suatu sudut sahaja.. cuba terima dan cari jawapan yang positif, terima kasih, maaf saya.

Samat Hj.Salim

Jangan pisahkan skuad ini.Hantar mereka bersaing di liga eropah yang lebih kompetetip supaya mental dan mutu permainan mereka lebih menjurus ke arah profesional.Pasukan ini boleh pergi lebih jauh kerana rata-rata mereka masih muda dan mempunyaibentuk fizikal yang cukup bagus.Asia Tenggara sudah kita takluki,kini sasarkan sekurang-kurangnya kita dalam kelompok 6 pasukan terbaik Asia tahun 2011.Sasaran yang releven agar pemain tidak merasa terlalu tertekan.

abl

moga kejayaan ini menjadi kebangkitan harimau melaya dalam kejohanan-kejohanan lain akan datang.

MMU

mmg bgus kita menang piala AFC..tp terlalu byk sgt imbuhan...dgn kerajaan bg,kerajaan negeri bg lg...tak ke semua tu duit rakyat???bukan iri hati apa ke, tp cukup la sekadar saguhati...lain la menang world cup..

abl

moga kejayaan ini menjadi kebangkitan harimau melaya dalam kejohanan-kejohanan lain akan datang.

Akhmal Bahari

RB- mengarut.

aku budak

sepatutnya pemberian bonus kepada pemain malaysia yg mgharumkan nama negara tidak boleh mnjadi isu. ganjaran yg d beri akan membuatkn para pmain lebih fokus & tertumpu kpd tugas mereka mgharumkn nama negara k pringkat lbih tggi lagi. dgn adanya plbagai ganjaran mereka x perlu lagi bgantung kpd gaji yg d beri oleh kelab masing2 sahaja.

jamil67

Salam ...jgnlah marah saudara semua.zaman dah berubah, bergerak saja dari rumah semua kena bayar hatta nak masuk toilet pun sekarang ini kena bayar walaupun kadang-kadang 30 sen kadang-kadang 50sen itu pun duit juga,kalau menang piala Suzuki AFF dapat banyak ni.. mesti kalau jadi juara Asia dapat banyak lagi. itukan boleh menaikkan semangat namanya...bukanya senang nak berdepan dengan semangat fanatik penyokong orang indon tu...

wali walat

teruskan semangat anda harimau melaya......

Siti Fatimah Ahmad

Tahniah...tp rasanya terlalu banyak sangatlah imbuhan yg diberikan padahal
kejayaan hanyalah setakat asia tenggara sahaja..cukuplah, janganlah terlalu puji lebih2, bagilah peluang malaysia menakluki Asia dahulu, barulah diberi imbuhan...tq

anos

Ayuh pemain harimau malaya sahut cabaran PM...gegar dunia...malaysia boleh

razali mohamed

inilah generasi emas negara,tahniah...diharap habuan yg diterima tidak melalaikan hero2 kita ini..kami sentiasa menyokongmu

razali bin borhan

Assalamulaikum kepada pembaca yang budiman,mengenai komen saya akan permain-permain bola sepak negara sekarang saya lihat sangat di manjakan dengan janji-janji serta kemewahan wang ringgit, perlu diingat kiranya mereka ini menang macam-macam di beri habuan tetapi adahkah kerajaan ingiat permain-permain yang lama yang dahulu satu masa dahulu pernah menaikan nama negara waktu zaman mokhtar Dahari di mana waktu itu mereka-mereka ini lah yang sepatutnya di berhabuan oleh kerajaan untuk mengenan akan jasa-jasa beliau selama ini, sedangkan permain -permain baru ini bukan kami jelaus tapi-fikir-fikirkan lah sendiri sekian terima kasaih.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Balas surat saya: Misbun

Posted: 12 Jan 2011 11:01 AM PST

Sukan

Misbun

Misbun

"SAYA mahu BAM (Persatuan Badminton Malaysia) membalas dulu surat yang saya hantar."

Itulah reaksi pertama Datuk Misbun Sidek selepas mesyuarat Exco BAM yang dipengerusikan presiden badan induk itu, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh, semalam mahu jurulatih perseorangan negara itu mempertimbangkan semula peletakan jawatannya.

Nadzmi berkata, BAM mahu Misbun mempertimbangkan semula keputusannya demi kepentingan negara, terutama dalam persiapan menghadapi misi penting Sukan Olimpik 2012 di London. "Saya sedia mendengar dan bertemu dia (Mohd Nadzmi)," kata jurulatih yang akan genap 51 tahun, bulan depan. "Begitupun, saya hanya akan membuat keputusan (sama ada menarik balik peletakan jawatan atau tidak) selepas itu."

Misbun menegaskan, segala permintaan dibuat bukan untuk kepentingan diri, sebaliknya untuk jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei dan negara yang mensasarkan memenangi pingat emas pertama di Sukan Olimpik.

"Apa yang saya buat, semuanya untuk memastikan Chong Wei berjaya dan itu juga yang negara mahu. Kalau saya mahu jurulatih dan pemain tambahan semuanya untuk Chong Wei. Saya tidak mahu lagi selepas kalah, jurulatih yang dipersalahkan," katanya.

Misbun berkata, dia mempunyai visi yang mungkin bercanggahan dengan orang lain dan ini boleh menjadi satu penyebab kepada kontroversi ini.
"Saya dikenali pun sebab Chong Wei. Budak itu (Chong Wei) sudah ada semua dan saya cuma menarik picu untuk dia berjaya. Bukan senang untuk menjaga seorang juara dan ketika ini kita hanya mempunyai dia seorang. Jadi, kita perlu jaga," katanya.

Ikon itu melakukan kejutan apabila menghantar surat peletakan jawatan pada 31 Disember menerusi emel kepada BAM tanpa memberi alasan.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan