Kosmo Online - Sukan |
Posted: KOAM teruskan 'misi Ranau'Oleh HELMI TALKAH ATLET olahraga negara tetap akan berlatih di Kompleks Sukan Ranau, Sabah. KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) sehingga kini tetap dengan pendirian mereka untuk meneruskan perancangan mengadakan kem latihan pusat buat atlet-atlet olahraga negara di Kompleks Sukan Ranau, Sabah. Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim berkata, rancangan tersebut tetap akan diteruskan biarpun pihak Majlis Sukan Negara (MSN) tidak membantu dari segi peruntukan. Menurut beliau, Ranau merupakan tempat latihan yang paling ideal buat atlet- atlet olahraga negara sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA 2011 di Jakarta/Palembang, Indonesia, November depan. "Banyak pihak sebenarnya salah faham dengan rancangan untuk mengadakan latihan di Ranau. Ia akan dijalankan sebanyak empat fasa dan bukannya atlet-atlet akan duduk di sana sepenuh masa. "Selepas satu fasa, mereka (atlet-atlet) mungkin dihantar untuk menyertai kejohanan-kejohanan di luar negara dan selepas itu mereka akan pulang semula menjalani latihan untuk fasa yang berikutnya. "Kami faham, ada segelin- tir atlet olahraga negara masih meneruskan pengajian mereka di sini (Kuala Lumpur) dan mereka pastinya akan diberi kelonggaran," kata Karim. Karim berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Seminar Periodisasi bersama jurulatih-jurulatih olahraga tempatan dari semua peringkat di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil semalam. Sebelum ini, KOAM mene- rima kritikan daripada banyak pihak mengenai ranca- ngan tersebut termasuklah barisan atlet olahraga negara sehingga mereka mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan keputusan tersebut. Mengulas lanjut mengenai perancangan mengadakan kem latihan pusat di Ranau itu, Karim menjelaskan, antara faktor utama mengapa lokasi tersebut dipilih adalah disebabkan kawasan tersebut beraltitud tinggi dan cuacanya yang sejuk. "Ia sebuah lokasi yang sangat menarik dan memang sesuai untuk dijadikan tempat latihan buat atlet-atlet olahraga negara. "Mengenai kemudahan- kemudahan yang ada di sana, saya merasakan ia bukanlah satu isu yang besar kerana kami telah pun berbincang dengan pihak Kerajaan Negeri Sabah berkenaan dengan hal tersebut. "Ia pasti akan lengkap. Cuma atlet-atlet perlu berkorban dan menyatakan persetujuan sahaja bagi menyertai program yang telah kami rancangkan itu," jelasnya. Bagaimanapun Karim memberitahu, keputusan penuh terhadap perancangan itu hanya akan diketa- hui Ahad ini selepas KOAM mengadakan mesyuarat tergempar bersama presiden, Datuk Seri Shahidan Kassim di Perlis bagi membincangkan hal tersebut. Dalam pada itu, Seminar Periodisasi yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada jurulatih-jurulatih olahraga tempatan tentang perancangan yang mereka perlu lakukan bagi memastikan atlet-atlet dibawah kendalian mereka mencapai sasaran yang ditetapkan. Seramai 47 orang jurulatih olahraga tempatan dari peringkat elit, pelapis, serantau, universiti dan sekolah menyertai seminar tersebut yang diadakan selama dua hari bermula dari semalam sehingga hari ini. |
Posted: RTM tetap siar Liga M 2011Oleh WAN FAKHRUL BAKAR PENONTON tempatan pasti lega kerana RTM akan terus menyiarkan secara langsung perlawanan bola sepak Liga Malaysia. SEBAGAI memahami kehendak rakyat, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan berusaha sedaya upaya memastikan siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 disiarkan di saluran televisyen percuma itu. Menurut Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Ibrahim Yahaya, perbincangan sudah pun diadakan bersama pemegang baru hak penyiaran Liga M iaitu Astro dan dijangka akan mencapai persetujuan dalam masa terdekat. "Para peminat bola sepak tempatan tidak perlu gusar kerana kita (RTM) tetap akan beli hak siaran untuk Liga M musim 2011 ini berdasarkan slogan 'Sukan Terbaik Hanya di RTM'. "Melalui perbincangan baru-baru ini, kita meminta supaya kadar yang perlu dibayar RTM kepada Astro sama seperti yang kita bayar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun-tahun sebelum ini. "Segalanya kini berjalan lancar dan kita cuma hanya menunggu sebelum ia dimuktamadkan mene- rusi satu perjanjian dengan pihak Astro," katanya ketika ditemui Kosmo! di Angkasapuri, Kuala Lumpur petang semalam. RTM sebelum ini merupakan pemegang hak penyiaran Liga M dengan nilai tajaan RM6 juta setahun tetapi pada 2 Januari lalu, FAM mengumumkan Astro sebagai pemegang baru hak tersebut dari 2011 hingga 2014 dengan nilai tajaan RM30 juta setahun. Namun, Astro bukanlah pemegang hak ekskusif siaran langsung Liga M kerana mana-mana stesen televisyen tempatan lain tetap dibenarkan untuk membeli hak penyiaran tersebut daripada stesen televisyen satelit itu. Ibrahim turut memberitahu, usaha mendapatkan hak penyiaran Liga M 2011 itu dibuat memandangkan RTM merupakan badan penyiaran awam yang berperanan untuk menyemarakkan budaya sukan di negara ini. "Kita tidak memikirkan soal kewangan secara keseluruhannya tetapi lebih kepada usaha memasti- kan rakyat dapat menonton aksi sukan tanah air terutama bola sepak. "Sebagai bukti, siaran langsung final pertama Piala Suzuki AFF 2010 di RTM berjaya mencatat 2.8 juta penonton manakala final kedua mencatat 3.8 juta penonton. Ia sekali gus membuktikan sukan terbaik hanya di RTM," tegasnya lagi. Saingan Liga M 2011 bakal bermula 29 Januari ini dengan perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di antara Selangor dan Kelantan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam. |
Posted: Chong Wei tidak mahu panikCHONG WEI (kiri) akan meneruskan perjuangan pada Terbuka Malaysia tanpa ditemani sifunya, Datuk Misbun Sidek. MAHU ataupun tidak, jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tetap perlu meneruskan perjuangan biarpun tanpa kelibat jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek. Begitupun, jauh di sudut hatinya, Chong Wei yang juga merupakan pemain ranking No. 1 dunia sebenarnya masih memerlukan Misbun di sisinya sebagai jurulatih. Tidak perlu ditanya mengapa dia masih berharap kepada Misbun untuk terus kekal membimbingnya. Ini kerana, Misbun merupakan watak penting sepanjang kariernya selaku pemain badminton profesional. Pelbagai kejayaan telah dilakarkan Chong Wei hasil tunjuk ajar serta bimbingan daripada Misbun termasuklah meletakkan pemain itu sebagai pemain No. 1 dunia sejak 2008 sehingga kini. Namun, segala-galanya bertukar menjadi suram buat Chong Wei selepas jurulatihnya itu membuat keputusan untuk meletak jawatan pada 31 Disember 2010 yang lalu. Perbezaan pendapat terhadap sistem kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baru menjadi punca utama Mis- bun membuat bertindak demikian. Tempiasnya sudah pasti- lah dirasai Chong Wei yang diletakkan sebagai sandaran utama untuk membawa pulang pingat emas pertama buat negara pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London. Bagaimanapun, Chong Wei tetap tabah mengharu- ngi dugaan tersebut dan tidak mahu terlalu memikirkan segala masalah yang dialami ketika ini kerana bimbang ia bakal menjejaskan prestasinya. "Memang saya mahu Misbun terus menjadi juru- latih saya, namun keputusan semua di tangannya dan saya hanya mampu berharap dia kembali membimbing saya. "Namun, saya masih tetap menjalani latihan seperti biasa dan dibimbing oleh Tay Seu Bock," jelas Chong Wei ketika dihubungi Kosmo! semalam. Selepas terpaksa mengharungi Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir di Taiwan minggu lalu tanpa kelibat Misbun, Chong Wei nampaknya akan berdepan dengan situasi yang sama apabila turun beraksi pada Kejoha- nan Terbuka Malaysia 2011 di Bukit Jalil yang bakal bermula Selasa ini. Namun, anak jati kelahi- ran Pulau Pinang itu menganggap ia bukan satu isu yang besar kerana fokusnya kini adalah untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada kejohanan sama tahun lalu. "Saya akan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk Terbuka Malaysia kali ini kerana matlamat saya adalah mempertahankan kejuaraan yang saya mena- ngi tahun lalu," kata Chong Wei. Diminta mengulas kemungkinan dia bakal berdepan jaguh China, Lin Dan sekiranya kedua-duanya layak ke peringkat separuh akhir nanti, Chong Wei berkata: "Saya yakin untuk menewaskan Lin Dan. "Setiap pemain pasti memiliki keyakinan mereka yang tersendiri dan begitu juga dengan saya. "Siapa pun lawan saya nanti, saya perlu juga hada- pinya termasuklah jika terpaksa berdepan dengan Lin Dan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan