Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Patut bincang dulu!

Posted: 15 Jan 2011 08:08 AM PST

MUSTAHIL segala masalah dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan atau dua bulan, tambahan pula apabila persatuan bola sepak negeri terpaksa bergantung harap dengan bantuan pihak lain!

Itu pendapat bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Jamal Nasir Rasdi mengenai tindakan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) yang mengeluarkan arahan mengadakan perlawanan pada sebelah petang selepas mendapati lampu limpah stadium termasuk di Sabah, Perak, Johor FC, Kelantan, Terengganu dan T-Team tidak memenuhi piawaian.

Jamal Nasir berkata, arahan itu yang dikeluarkan tidak sampai tiga minggu sebelum sepak mula musim baru Liga Malaysia 2011, tidak kena pada masanya ketika momentum keghairahan peminat terhadap bola sepak sedang bersemarak ekoran kejayaan Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, 29 Disember lalu.

Sebaliknya, JKPT sepatutnya berbincang terlebih dulu dengan ahli gabungan dan pengurusan stadium, bukannya mengeluarkan arahan dalam tempoh singkat hingga boleh membunuh minat penyokong untuk ke stadium dan merugikan bola sepak negara.

Pengerusi JKPT, Datuk Hamidin Mohamad Amin Rabu lalu, berkata enam pasukan Liga Super dan lapan pasukan Liga Perdana mungkin terpaksa beraksi di sebelah petang jika lampu limpah di dalam stadium mereka gagal memenuhi piawaian minimum 800 lux untuk perlawanan sebelah malam.

Jamal Nasir yang juga bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berkata, permainan pada sebelah petang akan menjejas mutu permainan.

Bermain sebelah siang dengan malam banyak bezanya. Saya yakin tidak ramai yang akan dapat datang menyokong pasukan jika diadakan pada sebelah petang.
JKPT juga harus sedar stadium bukan milik persatuan negeri kerana ia diuruskan perbadanan stadium atau pihak berkuasa tempatan (PBT), jadi sukar untuk persatuan negeri bertindak bersendirian.

Sepatutnya JKPT duduk berbincang dengan semua pihak dan mencari jalan penyelesaian terbaik, bukannya terus mengarahkan stadium yang tidak menepati piawaian pencahayaan 800 lux mengadakan perlawanan pada sebelah petang, katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

saiful

alahai manjenye pasukan bola kite ye..

soccer fan

ape yang dok kalut sangat ni... sebelum ni x de pun timbul isu-isu macam ni.. bagi aku x kira malam ke..petang ke.. pagi ke.. sume ok, janji main tu biar ada klass.... barulah dapat tengok peminat penuh dalam stadium..
p/s;red worriors best...

Mohammad Fariduddeen Rosli

faktor lampu rasanya bkn jadi isu...kalau nak main pada sebelah petang x menjadi masalah...kita ambik liga EPL, kadang2 mereka akan bermain pada masa "lunch hour", ini disebabkan mereka permain profesional dan sememangnya itulah kerja mereka. Kita perlu melahirkan pemain profesional...seperti mana yang pernah kita dengar, filipe scolari pernah menegur tentang mutu padang di negara kita masih rendah, manakala a.wenger pula menyatakan bahawa bola sepak memerlukan kepada pelaburan yang besar utk melahirkan pemain2 bertaraf bintang...oleh yang demikian,ambil 2 perkara asas ini utk kita sama2 memartabatkan bola sepak negara...

peminat bola sepak.

kita ni di malaysia, bkn london. jd bermain sebelah petang akn menjejas kan mutu permainan malah jumlam penonton jd boleh dikatekan berkurang. kalau petang kat malaysia mst panas, bkn sejuk. ade ke org nk tgk bola kat tgh2 panas? nie menjejas kan pendapatan sesebuah persatuan bola sepak... harap dapat dipertimbangkan... berbincang sebelum memberi keputusan... bola sepak malaysia baru jer nk naik.. tp da byk masalah. kalo mcm nie mmg x kan tahan lame la bola sepak di malaysia...salam...

pencinta bola sepak

main ptg@mlam bkan persoalannya...tapi mutu permainan yg pnting...sblm ni main mlam pn penonton same jgak,ibarat hidup segan mati xmahu..insy jika permainan yg ditunjukkan menarik,xmustahil penonton akan memenuhi stadium tnpa mngira ptg@mlam...

suhaimi ahmad

nie la dia malaysia.. tak abis-abis dengan alasan. liga dah berehat lama. tapi kenapa masih tak nak memperbaiki kualiti padang. kenapa bila diambil tindakan barula kata tak adil la apa la.. sepatutnya pihak pengurusan padang dan persatuan negeri kenala pantau padang sendiri.. ambil contoh padang stadium bola sepak terengganu. urulatih irfan bakti sendiri pernah bagi tau padang macam padang ragut rumput. takkan masih tak paham-paham lagi.. sendiri mau ingatlah.. stadium bola sepak shah alam sendiri pernah ditutup selama 6 bulan untuk kerja memperbaiki kualiti padang. jadi tak perlula nak bagi alasan jee. kalau satu-satu pasukan tue mempunyai kualiti permainan yang baik.. tak kirala main malam ke petang ke pagi ke.. tetap penyokong akan turun..

come to me please

saya rasa permasalahan utama adalah PERKARA ini TIDAK DIBINCANGKAN DAN ARAHAN KELUAR MELULU...x kesahlah petang atau malam...sepatutnya pihak bawah perlu sedar pihak atasan perlu tahu perkara ini...malang..kadangkala dalam sebuah organisasi..ada pihak2 yg tidak menghormati pimpinan atasan akibat mereka merasakan mereka org yg lebih arif dan tahu berbanding yg telah terpilih...apa pon..saya doakan masalah ini cepat selesai...

ashaario

Saya sependapat dengan Dato'. Arahan tanpa mengambil kita faktor-faktor tertentu dan suka meniru-niru negara luar secara membuta tuli tidak akan memajukan bola sepak malaysia.

Jamal Nasir

Terima kasih pada yg menyokong kata-kata saya tu, saya harap lebih ramai rakyat malaysia yg memberi sokongan penuh kpd pembangunan bola sepak di malaysia.

khairul

saya stuju sgt dgn pandangan dato jamal nasir ttg main sblh ptg..dato hamidin kna bncang dulu dgn ahli gabungan sblm wt kptsn..

THE ROCk

saya juga setuju dengan komen datuk jamal. petang MALAYSIA bkn macam petang EPL . EPL petang sejuk. kualiti EPL pun tinggi. lagi pon time pekerja balik kerja. penat la kalau balik kerja nak p stadium. fikir - fikir la.

mangkau@zamri

jangan manjakan pemain dato' kita dah bayar mereka gaji...biarlah depa main petang atau malam...baru pro dikatakan...bila luar negara baru ada class...jgn jadikan alasan cuaca pulak...cakap nak tenggok permain bertaraf angtarabangsa....tetapi kenapa nak manjakan permain....permainan yang hebat penontong datang sendiri dato' jadi dato jangan melatah...biarlah soal lampu pihak lain yang selesaikan cara sendiri...

Viva Selangor

Tak payah cerita pasal lampu laa Datuk.. Cuba tengok mutu padang pun dah ok.. Tak nak sebutnegeri mana, tapi tengok laa ada satu stadium ni.. Macam main padang estet! yang tu pun tunggu kena tegur baru nak naiktaraf ke?? Semua benda nak kena tegur atau dah jadi apape, baru laa menggelabah nak buat!

mat budu gelewak

pengerusi, jkpt dato hamidin kena lah buat keputusan ikut pandangan semuaaaaaa ahli gabungan ma, jngn duk pntng ko pasukannn selangorrr jah,, kalu selangor beresss semua, cuba pasukan klate,, aku lama dah marah ngan keputusan gila demo n fam,,

Izam

Betul cakap mat cikaro.., macam makan juga.., kalau restoran 5 bintang, tapi makan tk sedap, memang tak berbaloi keluar duit.., tapi kalau sedap tak kira kat mana ceruk orang pergi, tak kira masa dan harga.. sama mcm bola., kalu asyik rentak sama sapa nk p Stadium, baik tgk kat kaca Tv., tak payah susah2 kalau sesak atau hujan.Kalu main ok, stadium pun blh runtuh.

tan cheong motor sendirian berhad

yob, jgn la dibandingkangkan dengan EPL..depa pkul 1 tgh hari pun sejuk yob..kita kat Malaysia nie pagi pun belum tentu sejuk..fikir-fikirkan lah..

khairul anuar bin mohamed mustaffa

sama ja main siang atau malam. kalau main siang pada hari sabtu rasanya tak ada masalah sangat. mungkin lebih ramai penonton yang akan datang..dulu semi pro brp banyak stadium yg main petang, penonton ramai jugak

wira

knple diorng ni suke sgt buat keputusan sembrono . agaknya ore besar skrg pgkt je bsr tapi ide dungu x blh ke bg geran smtara utk pstuan negeri baikpulih lmpu bkenaan .

abey

Ni la bt kptsn x pernh nk pikir kesan kmudianya. Pnyokong br je nak meningkt naik mint bola spk..dh bt cdgn utk mbntutkn mint pnotng...bt hamidin pikr dl sblm bt kptsn jgn duk syok sndiri je..smg thn ni lga blspk mlysia mkn meriah... Kalau x meriah ni slh 100% hamidin krn bt kptsn yg slh

mat cikaro

tak kira main petang atau main malam dato.... janji mutu permainan adalah terbaik.... EPL pun ada main petang atau malam...tapi peminat penuh gak stadium.... kalau main macam MSSP.... main tengah malam pun orang tak nak tengok... kalau EPL... tak kira bila.... pasti peminat tunggu... bukan peminat di England... dekat malaysia maaa...jangan jadi isu.waktu main ni.... yang penting naikan dulu taraf permainan bolasepak... ini tak ..nak menang asik sepak kuar padang.... memang tak ada standard langsung....fikir-fikirkan lah dato...

meliOreKapong

Saya setuju dengan komen Datuk Jamal. Hamidin kenalah pikir dulu sebelum buat tindakan. Sejak kebelakangan ini keputusan JKPT makin bercelaru, bola Malaysia baru nak bangkit. Jangan hilang minat dikalangan penonton dengan keputusan JKPT ini. FAM perlu bertindak segera.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Dalglish tempuh saat genting penuh emosi

Posted: 15 Jan 2011 08:00 AM PST

Sukan

LIVERPOOL: Kenny Dalglish memohon penyokong setia Liverpool menganggap perlawanan dengan jiran tetangga Merseyside, Everton malam ini, seperti perlawanan biasa tatkala dia bersiap sedia menghadapi saat penuh emosi di Anfield.

Selepas 19 tahun, Dalglish dipilih semula sebagai pengurus menggantikan Roy Hodgson minggu lalu dan akan memimpin anak buahnya beraksi di Anfield untuk pertembungan kali ke-215 dua pasukan Merseyside.

Selain kepulangan semula Dalglish yang menjadi tokoh kebanggaan tempatan, Liverpool dan Everton masing-masing terdesak untuk mencari kemenangan bagi melonjakkan mereka jauh daripada kelompok bawahan carta Liga Perdana Inggeris. The Reds kini berada di tangga ke-13 dengan 25 mata, hanya empat mata di atas zon penyingkiran dan statistik itu menjadi kebimbangan terbesar Dalglish.

Kemenangan dalam perlawanan sesama jiran ini akan memberikan penyokong Liverpool dan semua pemain satu kelegaan besar, tetapi ia masih hanya untuk tiga mata. Kami juga mempunyai banyak perlawanan lain selepas ini dan perlu terus memungut tiga mata.

Jadi semua faham apa maknanya perlawanan (malam ini) dan saya berharap orang ramai juga faham bahawa kami mahukan kemenangan.

Pemilik Liverpool, John Henry daripada Fenway Sports Group dijangka menaiki pesawat dari Amerika Syarikat untuk menyaksikan perlawanan serta berbincang masa depan jangka pendek dengan Dalglish dan berapa peruntukan diperlukan untuk membeli pemain pada jendela perpindahan ketika ini. AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Mohd Krul

Saya harap perlawanan dengan Everton merupakan kebangkitan semula Liverpool di bawah bimbingan Kenny Dalglish.

gny

saya menyokong kenyataan micheal owen dimana liverpool terlalu bergantung dengan pemain bintang mereka,untuk mencabar pasukan teratas mereka memerlukan lebih banyak pemain yang bertaraf bintang dan memberi lebih banyak masa kepada pengurus untuk membentuk pasukan.

lan 69

semoga the red lbih mantap dgn JL baru....azam baru


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan