Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Makin kusut

Posted:

Makin kusut

Makin kusut



MAJLIS Sukan Negara (MSN) memutuskan untuk menolak cadangan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) bagi mengadakan program latihan dengan kos RM3 juta di Kompleks Sukan Ranau, Sabah.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong menegaskan, pihaknya tidak mahu membazirkan peruntukan kerajaan bagi program yang dianggap tidak memberi kesan pembangunan kepada atlet negara.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim pula mengesahkan bahawa ahli-ahli majlis badan induk olahraga negara itu sebulat suara menyatakan persetujuan bagi meneruskan perancangan mengadakan kem latihan pusat di Ranau.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Dalglish buntu cari kemenangan

Posted:

Dalglish buntu cari kemenangan

Dalglish buntu cari kemenangan


MEIRELES (kanan) diraikan rakan-rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol pertama Liverpool ketika menentang Everton semalam.


LIVERPOOL - Kenny Dalg- lish masih gagal menjelmakan kemenangan pertama buat Liverpool apabila anak buahnya hanya mampu seri 2-2 dengan jiran setempat, Everton pada perlawanan Liga Perdana England di Anfield semalam.

Walaupun mendahului hasil permainan meyakinkan di babak pertama menerusi jaringan Raul Meire- les pada minit ke-29, Liverpool tiba-tiba dikejutkan dengan kebangkitan mendadak Everton di babak kedua.

Dengan hanya memerlukan tidak sampai seminit sebaik permainan bersambung untuk menyamakan kedudukan menerusi Sylvian Distin pada minit ke-46, Everton terus mendapat semangat baru apabila memperoleh gol kedua menerusi Jermaine Beckford (52).

Gol tersebut membuatkan Liverpool tersentak seketika sebelum berjaya mengikat semula kedudukan hasil sepakan penalti Dirk Kuyt pada minit ke-68.

Pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas penjaga gol Everton, Tim Howard mengasari Maxi Rodriguez di dalam kotak penalti.

Ini merupakan keputusan seri pertama buat Dalglish sejak mengambil alih jawatan sebagai pengendali dari- pada Roy Hogdson minggu lalu.

Sebelum ini, Liverpool di bawah 'King Kenny' tewas dua kali. Pertama tewas 0-1 kepada Manchester United dalam saingan ketiga Piala FA dan 1-2 ketika berkunjung ke Blackpool, Rabu lalu.

Sementara itu, jaringan penyamaan masa kecederaan Asamoah Gyan membantu Sunderland mengikat Newcastle 1-1.

Newcastle mendahului Sunderland pada pertemuan di Stadium of Light itu menerusi jaringan Kevin Nolan pada minit ke-52.

Begitupun, Gyan muncul penyelamat apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan berpunca daripada kesi- lapan penjaga gol Newcastle, Steve Harper untuk mengikat kedudukan 1-1.

Dalam satu lagi perlawanan, Birmingham dan Aston Villa sekadar seri 1-1. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tuah milik Iraq

Posted:

Tuah milik Iraq

Tuah milik Iraq


WALID (tengah) ditenteramkan rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol sendiri ketika menentang Iraq dalam saingan Kumpulan D Piala Asia 2011 malam kelmarin.


DOHA - 'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.'

Itulah yang berlaku pada pertemuan Iraq dengan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam saingan Kumpulan D Piala Asia 2011 malam kelmarin.

Jaringan sendiri tonggak pertahanan UAE, Walid Abbas pada lewat babak perlawanan ternyata membawa tuah buat Iraq yang berjaya mengutip tiga mata berharga dengan ke- menangan tipis 1-0.

Pada awalnya, perlawanan tersebut dilihat akan berkesudahan dengan keputu- san seri tanpa jaringan, namun segala- galanya berubah apabila Walid tertampan masuk bola ke gawang sendiri.

Kemenangan tersebut sekali gus meletakkan juara edisi 2007 itu di tangga kedua carta Kumpulan D dengan mengumpul tiga mata, tiga mata di belakang pendahulu, Iran.

"Apabila kamu menjaringkan gol pada minit ke-90 perlawanan dan ia hasil jaringan sendiri pihak lawan, itu bolehlah dianggap se- bagai tuah.

"Kami mengambil risiko yang tinggi apabila membuat keputusan untuk meletakkan tiga penyerang tetapi ia memang sesuatu yang berbaloi," jelas jurulatih Iraq, Wolfgang Sidka.

Jurulatih UAE, Srecko Katanec pula berkata, beliau akan mengingatkan tonggak pertahanannya itu untuk lebih berhati-hati sele- pas ini.

"Ia boleh berlaku kepada setiap pemain kerana ia merupakan sebahagian daripada bola sepak.

"Kami perlu melihat ke depan. Apa yang telah berlalu, biarkan ia berlalu.

"Secara jujurnya, saingan peringkat kumpulan adalah sukar, namun kami perlu cuba melakukan yang terbaik," katanya.

Iraq dijadual berdepan Korea Utara pada aksi terakhir peringkat kumpulan manakala UAE akan turun menentang Iran. - AP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan