Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Hargai permata ini: Misbun

Posted: 23 Jan 2011 01:58 PM PST

"HARGAILAH permata yang ada ini!" Begitulah bunyi kenyataan ringkas tetapi penuh makna daripada Datuk Misbun Sidek sejurus anak emasnya, Lee Chong Wei membuktikan dia berada dalam kelas tersendiri membenam juara dunia 2005, Taufik Hidayat 21-8, 21-17 - sekali gus merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.

Kejuaraan yang diraih jaguh perseorangan negara itu - yang juga pilihan pertama kejohanan - adalah koleksi mahkota kejuaraan ketujuh dalam rak kabinetnya sejak mengungguli pertandingan itu pertama kali pada 2004.

Kejayaan itu menyaksikan pemain nombor satu dunia itu hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk menyamai rekod bekas pemain negara, Wong Peng Soon yang muncul pemain paling banyak memenangi kejuaraan yang diperkenalkan sejak 1937 itu dengan lapan kali.

"Saya amat gembira," katanya Chong Wei ketika ditanya apa erti kemenangannya kali ini. "Saya harap ia menyemarakkan semangat saya untuk menghadapi kejohanan lain tahun ini, termasuk Terbuka Korea," katanya yang berlepas ke Seoul, malam tadi.

Chong Wei mengakui sebelum beraksi Misbun ada membakar semangatnya supaya dapat menampilkan aksi terbaik selepas mengakui dirinya tertekan dengan harapan tinggi termasuk menjadi wakil tunggal negara yang beraksi di final.

"Misbun meminta saya bertenang kerana mempertahankan kejuaraan bukan mudah. Dia minta buat yang terbaik dan menikmati perlawanan," katanya.

"Kemenangan ini juga untuk 1Malaysia kerana hanya saya wakil tunggal yang beraksi dan walaupun menggalas tanggungjawab berat, tetapi saya cuba memberi yang terbaik dan berjaya mempertahankan kejuaraan," kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

sham

Tahniah dato' lee & dato' misbun....bagi saya tak kisah ler walaupun lin dan ada ke tak....kalau berani turun ler....sakit sikit tarik diri

fathul hayat bin marbidin

salam sejahtera....tahniah pada dato lee chong wei...akhir kata,"berperang sehingga ke titisan darah terakhir"

mohdfaishalbin ibrahim

Datuk misbun sidek berpengalaman luas dalam permainan badminton jadi kita perlu sokong dan percaya pada beliau.

Zalina A.R

Tahniah Datuk Misbun dan Datuk Lee Chong Wei. Buktikan bahawa kita unggul dalam dunia badminton.

kandar selamat

Hanya jauhari mengenal manikam! Ingat bidalan lama ini. BAM bukan jauhari, di situ hanya cuma ada yang hasad dengki! Cakap tak serupa bikin .... Apa yang mereka boleh lakukan Hanya permata Misbun sahaja yang bersinar!

saad hashim

Tahniah dan syabas Datuk Lee Chong Wei. Anda adalah harapan negara dan teruskan perjuangan, jangan toleh ke belakang lagi, terus mara hingga sampai ke puncak jaya. TQ.

khaidir

Tahniah kepada lin chong wei....teruskan perjunganmu

pakcik tangkis

Tahniah..Tahniah..Tahniah.. Datuk LCW berjaya membuktikan yang beliau masih unggul sebagai pemain No.1 dunia, begitu juga Datuk Misbun yang berjaya membuktikan beliau sebagai jurulatih terbaik dunia...dan untuk BAM pikir-pikirkan...renung-renungkan... selamat beramal...assalamualaikum....

zorro

DLCW memang hebat dan lagi hebat kiranya lawan semalam adalah Lin Dan. Hanya Lin Dan yang paling liat nak dikalahkan DLCW. Harap2 Terbuka Korea, DLCW jumpa LD di Final. TAHNIAH DLCW dan DMisbun.

atiqah

tahniah...teruskan kegemilangan sukan badminton negara..:-)

rofiee awang

teruskan momentum kemenangan ini utk next games

hafidzuddin nordin

smoga lee chong wei cemerlang dalam akademi tersendiri,,, dan berjaya dalam hidup...

Kim

Syabas dan Tahniah buat Chong Wei. Anda adalah Legenda badminton Negara dan Dunia yang tiada tolok bandingnya lagi..Teruskan usaha murni ini dan kekalkan prestasi anda.

aura

tahniah dan syabas Lee Chong Wei,, Malaysia Boleh

Asmah

Caya le....kata hikmat yang lahir dari seorang yang jujur.....Tahniah buat kedua mereka....

Jebon

Fikir-fikirkanlah, siapa yang benar dan siapa yang patut letak jawatan....!

muhamad suffian

lee chong wei n misbun is the best!
trust me

jeffly apak

Jadikan kemenangan Malaysia Open 2011 sebagai pembakar semangat untuk menjuarai kejohanan yang ada di hadapan dan jadikan tonik untuk menghadapi cabaran yang dilontarkan oleh saudara Taufik Hidayat untuk mengungguli Piala Dunia,Olympik, Asia dan Asian.

mohd zairi bin abdul razak

syabas dan tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei..
semoga dapat mengekalkan momentum dan seterunya memperolehi pingat emas olimpik pertama Malaysia...

simfonie rmz/semut^merah

terima ksasih lee chong wei...kami sayangkan mu kerana jiwa dan semangt satu malaysia tg kamu ada membawa satu dimensi gagah..menjuarai kali k 7 pada kjohanan ini..

matkon

taniah chong wei , dgn carak permainan yg sungguh menarik dan menhiburkan .

hashim b osman

taniah Dato kami rakyat Malaysia bangga dgn Dato...Dato x lupa siapa jurulatih sebenarnya...tania kedua2 Dato...

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

United sudah tunjuk ciri-ciri bakal juara: Kidd

Posted: 23 Jan 2011 01:56 PM PST

Sukan

BIRMINGHAM: Segala-galanya terarah kepada Manchester United untuk menjulang trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini dan kata-kata itu terbit daripada mulut penolong pengurus Manchester City, Brian Kidd.

"United sudah menunjukkan ciri-ciri pasukan bakal juara ketika ini. Mereka belum ditewaskan ketika ini. Saya sentiasa menganggap kejuaraan bakal menjadi milik United sejak beberapa minggu lalu," kata Kidd yang pernah menjadi penolong kepada Alex Ferguson satu ketika dulu.

United memperagakan aksi garang, kelmarin membelasah Birmingham 5-0 dengan Dimitar Berbatov mencipta hatrik ketiga musim ini. Kidd akur misi City makin sukar selepas menyaksikan pasukannya yang dibarisi pemain mahal tewas 0-1 kepada Aston Villa hasil jaringan Darren Bent - penyerang yang baru dibeli dari Sunderland.

"Kami tidak menunjukkan kesungguhan yang mencukupi pada babak pertama, tetapi ia cerita berbeza pada babak kedua. Kami meletakkan Villa dalam keadaan amat tertekan dan pujian penuh buat mereka atas prestasi bertahan yang hebat."

Orang nombor dua di City itu yakin, pasukan itu akan bangkit dengan gaya yang betul.- Agensi


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan