Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Tingkatkan prestasi atau kena gugur

Posted: 18 Jan 2011 09:39 AM PST

RASHID SIDEK memberi tempoh dua tahun saja lagi buat tiga pemain elit yang gagal melepasi pusingan kelayakan Siri Super Terbuka Malaysia, semalam.

Jurulatih perseorangan lelaki negara itu nyata kecewa dengan aksi Chan Kwong Beng, Liew Darren dan Chong Wei Feng yang gagal menggunakan peluang beraksi di kejohanan Siri Super selepas beberapa pemain dalam undian asal menarik diri dari kejohanan.


"Persembahan mereka mengecewakan. Mereka dapat peluang beraksi dan laluan juga mudah, tapi masih tidak mahu gunakan kesempatan.

"Saya fikir jika mereka gagal meningkat dalam tempoh dua tahun lagi, tidak ada gunanya kita bergantung harap. Lebih baik naikkan pemain yang dilatih Hendrawan," kata Rashid.


Pada saingan kelayakan semalam, Wei Feng dan Darren kandas di pusingan pertama. Wei Feng tewas di tangan Tommy Sugiarto dari Indonesia manakala Darren tunduk kepada pemain Taiwan, Hsueh Hsuan Yi.


"Wei Feng tidak langsung beraksi dengan baik. Darren pula mengalami kecederaan buku lali dua hari lalu. Dia gagal fokus kepada permainan, sebaliknya terlalu memberi perhatian kepada kecederaan kakinya. Perkara begini tidak akan terjadi andai dia fokus," kata Rashid.

Rashid juga kecewa selepas Kwong Beng gagal menewaskan pemain berpengalaman Korea, Lee Hyun Il.


"Kwong Beng sering melakukan kesilapan tidak sepatutnya. Ternyata dia masih gagal fokus pada perlawanan. Inilah peluang buatnya menewaskan Hyun Il dan maju lebih jauh," kata Rashid.

Biarpun pemain perseorangan gagal melepasi kelayakan, dua perseorangan wanita negara Lydia Cheah dan Tee Jing Yi berjaya masuk ke undian sebenar.


Turut mara pasangan Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid-Vountus Indra Mawan.


Sementara itu, beregu wanita negara menguasai semua empat tempat kelayakan, manakala hanya dua wakil negara mara ke pusingan pertama beregu campuran hari ini selepas bermain dalam dua perlawanan kelayakan.


Juara Sukan Komanwel, Koo Kien Keat-Chin Eei Hui ke undian utama selepas menewaskan gandingan Indonesia Triksuma Wardhana-Nadya Melati 21-18, 21-16 di pusingan pertama sebelum mengatasi rakan senegara Lim Kim Wah-Marylen Ng Poau Leng 21-15, 21-16 pada perlawanan kedua.


Satu lagi beregu campuran, Tan Wee Kiong-Marylen Ng Poau Leng menewaskan rakan senegara di kedua-dua perlawanan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Safiyah, Jacqueline pamer konsisten

Posted: 18 Jan 2011 09:35 AM PST

GANDINGAN Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman bersama pemain pelapis, Jacqueline Sijore meraih pingat perak kedua buat skuad negara di hari kedua Kejohanan Asia Tenping Bowling di Abu Dhabi, semalam.

Rentak pemain negara di babak awal mencetuskan peluang untuk memperbaiki pencapaian hari pertama menerusi Siti Shazwani Ahmad Suhaimi yang menghadiahkan pingat perak apabila pasangan negara itu mendahului game pertama dengan 481 jatuhan pin untuk mengatasi 32 pasangan yang lain.


Mereka bagaimanapun jatuh ke kedudukan keempat di game kedua apabila hanya mampu membuat balingan 199 dan 191 untuk mengumpul 390 jatuhan pin.

Jacqueline, 19 dan Siti Safiyah kembali bangkit memperbaiki balingan pada game ketiga untuk mengumpul 465 jatuhan pin dengan momentem balingan dua pemain negara terus konsisten dengan 422, 399 dan 481 untuk mengumpul jumlah keseluruhan 2638 jatuhan pin sekali gus menewaskan pasangan Indonesia dengan kelebihan 52 pin untuk merangkul pingat perak.


"Secara keseluruhannya barisan pemain wanita terutamanya pemain pelapis Siti Shazwani dan Jacquline melakukan tugas dengan baik dan kini menduduki tempat kedua dan kelapan dalam acara All-Events," kata pengurus pasukan, Cheah Ban Cheng.


"Saya berharap gandingan Siti Shazwani, Jacqueline dan Zatil Iman Abdul Ghani yang akan beraksi dalam acara trio selain Siti Safiyah, Dayang Khairuniza Dhiyana Abang Jamalidon dan Hee Kar Yen akan dapat membuahkan pingat hari ini," katanya.

Pingat emas menjadi milik pemain gandingan Singapura, Daphine Tan yang berpasangan bersama Bernice Lim merangkul emas dengan 2703 jatuhan pin manakala tiga pasangan Korea menamatkan saingan di kedudukan keempat, kelima dan keenam.


Sementara itu, dua pasangan negara Siti Shazwani yang bergandingan bersama Dayang Khairuniza menamatkan saingan di kedudukan ke-11 selepas mengumpul 2470 jatuhan pin manakala Zatil Iman dan Hee Kar Yen menamatkan cabaran di kedudukan ke-15 dengan 2394 jatuhan pin. Selepas dua hari beraksi Siti Shazwani kini berkedudukan tempat ke-2 dalam saingan All-Events, 19 pin ketinggalan di belakang pendahulu dari Korea, Hwang Sun-Ok.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan