Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Hafiz tidak ‘cintakan’ BAM

Posted:

Hafiz tidak 'cintakan' BAM

Hafiz tidak 'cintakan' BAM

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


HAFIZ mengakui untuk keluar daripada BAM.


SUDAH tidak ada 'cinta' lagi dalam diri pemain perseorangan lelaki negara, Muhammad Hafiz Hashim terhadap Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Buktinya, Hafiz sendiri mengakui yang dia kini sedang dalam perancangan untuk meninggalkan badan induk sukan badminton tanah air itu.

Belum pun kemelut peletakan jawatan jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek selesai, bekas juara Terbuka Seluruh England 2003 itu pula menyatakan kesediaannya untuk keluar daripada BAM.

Bagaimanapun Hafiz menjelaskan, hasil perbincangan yang dilakukannya bersama BAM pada 25 Disember 2010 lalu, badan induk tersebut enggan melepaskannya.

Jelas Hafiz, BAM masih memintanya terus kekal bersama mereka sebagai persiapan untuk melepasi kelayakan ke Sukan Olimpik 2012 di London.

"Diakui, saya memang merancang mahu keluar daripada BAM dan perkara tersebut telah pun dibincangkan dengan mereka.

"Namun, sehingga kini masih belum ada kata putus dibuat mengenai perkara tersebut.

"Cuma...BAM meminta saya untuk terus kekal bagi melepasi kelayakan ke Sukan Olimpik tahun depan," jelas Hafiz yang masih memiliki baki kontrak bersama BAM sehingga penghujung tahun depan.

Peliknya, kenyataan daripada Hafiz itu hadir selepas dia tewas ditangan pemain China, Chen Long pada aksi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil semalam.

Hafiz tewas straight set 21-14, 21-16.

Mungkin kekalahan tersebut yang mendorong Hafiz untuk mendedahkan perkara yang selama ini disimpan dalam hatinya itu kepada pihak media.

Warga media yang membuat liputan pada kejohanan itu semalam ternyata terkejut dengan keputusan Hafiz.

Namun, percaya ataupun tidak, itulah hakikatnya.

"Saya sudah tidak ada hati lagi dengan BAM. Jadi...tidak ada guna saya terus bersama BAM.

"Saya sendiri hairan mengapa BAM masih enggan melepaskan saya sedangkan saya tidak memberikan sebarang kejayaan dalam kejohanan-kejohanan sebelum ini," kata Hafiz yang kini telah menjangkau usia 29 tahun.

Andai hasrat Hafiz itu menjadi kenyataan, dia selepas ini akan bergerak secara 'solo' dan tidak menolak kemungkinan untuk beraksi bersama kelab-kelab badminton profesional luar negara.

"Saya tidak ada menerima apa-apa tawaran sebenarnya. Saya hanya mahu bebas tanpa bergantung daripada BAM," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Bida guna persatuan

Posted:

Bida guna persatuan

Bida guna persatuan


PRESIDEN FIFA, Joseph Blatter menyerahkan trofi Piala Dunia kepada wakil Rusia dan Qatar dalam satu majlis di Zurich, Switzerland Disember lalu.


CADANGAN negara-negara ASEAN untuk membida penganjuran Piala Dunia pada 2030 mesti dikemukakan oleh persatuan bola sepak induk negara masing-masing tanpa campur tangan pihak kerajaan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa menyatakan demikian berikutan cadangan Menteri-Menteri Luar ASEAN baru-baru ini berhubung hasrat tersebut.

Beliau yang menyifatkan cadangan itu lebih kepada keputusan politik antara negara-negara ASEAN berkata, prosedur cadangan pembidaan itu sendiri tidak menepati peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Mengikut peraturan FIFA, cadangan pembidaan harus dikemukakan oleh persatuan bola sepak induk sesebuah negara dan disokong oleh pihak kerajaan dan bukannya pihak kerajaan mengarahkan persatuan untuk membuat bidaan," katanya semalam.

Beliau ditanya mengenai cadangan Menteri-Menteri Luar ASEAN yang bersidang di Lombok, Indonesia pada Ahad lalu yang memberi mandat kepada Malaysia untuk menyediakan kertas kerja berhubung proses pembidaan tersebut.

Menurut Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diberi tanggungjawab untuk berbincang dengan FAM berhubung penyediaan kertas kerja tersebut.

"Piala Dunia menjadi rebutan negara-negara yang bergabung dengan FIFA dan bukannya gabungan negara-negara. Tidak pernah berlaku ada gabungan negara-negara bertanding pada temasya tersebut.

"Ketika Jepun dan Korea Selatan menjadi penganjur bersama Piala Dunia 2002, masing-masing menghantar pasukan sendiri dan bukan gabungan kedua-dua negara," katanya.

Ditanya adakah FAM menolak cadangan pembidaan itu walaupun menerima arahan dari KBS, Annuar berkata, persatuan tersebut akan meneliti terlebih dahulu semua aspek peraturan FIFA.

"Kita bekerjasama rapat dengan KBS tetapi perlu meneliti kewajaran pembidaan tersebut terlebih dahulu berdasarkan peraturan FIFA," katanya.

Annuar yang mahu bersikap lebih realistik berkata, cadangan liga bola sepak di kalangan negara-negara ASEAN sendiri belum menjadi kenyataan.

"Bagaimana hendak membentuk skuad yang dianggotai oleh pemain yang mewakili semua negara ASEAN jika pembangunan sukan tersebut di rantau ini sendiri tidak terurus?

"Jangan terbawa-bawa dengan kejayaan skuad masing-masing pada Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF pada Disember lepas yang dikatakan menarik minat jutaan penonton di rantau ini.

"Walaupun mempunyai masa hampir 20 tahun sebelum Piala Dunia 2030, kena realistik terutama cadangan gabungan penganjuran dan skuad gabungan pemain negara ASEAN," katanya.

Brazil akan menganjurkan Piala Dunia 2014, Rusia (2018) dan Qatar (2022) sementara tuan rumah pada 2026 dan 2030 belum dipilih. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Chong Wei tak hirau aksi pihak lawan

Posted:

Chong Wei tak hirau aksi pihak lawan

Chong Wei tak hirau aksi pihak lawan

TIDAK mahu tumpuannya terjejas memikirkan aksi pemain lawan, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei lebih selesa memikirkan mengenai prestasi dirinya sendiri.

Kenyataan Chong Wei itu hadir ketika dia diminta mengulas mengenai pertemuannya dengan pemain Hong Kong, Hu Yun pada aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2011 hari ini.

Semalam, pemain ranking No. 1 dunia itu tidak berdepan halangan untuk mengenepikan cabaran perseorangan Indonesia, Tommy Sugiarto 21-17, 21-18 pada aksi pusingan pertama di Stadium Putra Bukit Jalil.

Hu Yun pula layak ke pusingan kedua selepas menewaskan Brice Leverdez dari Perancis 15-21, 21-17, 21-19.

"Saya tidak mahu memikirkan mengenai lawan saya kerana apa yang lebih penting adalah prestasi diri saya sendiri.

"Namun, tidak dinafikan Hu Yun merupakan seorang pemain yang baik dan mempunyai masa depan yang cerah untuk pergi lebih jauh.

"Cuma...saya perlu lebih berhati-hati dan mempersiapkan diri saya sebelum turun menentang Hu Yun," jelas Chong Wei.

Jika dibuat penilaian berdasarkan rekod pertemuan Chong Wei dengan Hu Yun, ternyata ia lebih memihak kepada wakil tunggal perseorangan negara itu apabila menang kedua-dua pertemuan sebelum ini.

Pertemuan terakhir kedua-dua pemain tersebut adalah pada Terbuka Malaysia 2009 yang mana Chong Wei mencatatkan kemenangan secara straight set 21-9, 21-8.

Bagaimanapun, Chong Wei tidak mahu sesekali memandang mudah terhadap lawannya itu.

"Perlawanan hari ini (semalam) saya bermula agak perlahan. Mungkin ia disebabkan saya kurang memanaskan badan selepas terpaksa menunggu lama sebelum boleh turun beraksi.

"Begitupun, ia telah menjadi pengajaran buat saya, dan saya akan lebih peka apabila turun beraksi menentang Hu Yun nanti," kata Chong Wei.

Sementara itu, perseorangan wanita utama negara, Wong Mew Choo mencipta kejutan apabila turut berjaya melangkah ke pusingan kedua kejohanan.

Bukan calang-calang pemain yang ditewaskannya iaitu pemain China, Lu Lan.

Ternyata, ia satu kejutan besar buat Mew Choo yang sebelum ini tewas tiga kali ditangan Lu Lan dalam lima pertemuan.

Pada aksi semalam, Mew Choo menang 13-21, 22-20, 21-12.

Mew Choo dijadual berdepan Wang Xin dari China pada aksi pusingan kedua hari ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan