Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Tak masuk akal!

Posted: 05 Feb 2011 03:25 PM PST

Sukan

Indonesia lakar sejarah pelik tawar 542 pingat emas Sukan SEA XXVI

"SAYA tidak tahu siapa yang memutuskannya, tetapi ia jelas tidak rasional," tegas Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, semalam.

Dia mengulas mengenai senarai sukan dan acara yang akan dipertandingkan pada Sukan SEA XXVI, November ini yang diterimanya daripada Presiden Jawatankuasa Olimpik Indonesia, Rita Subowo minggu ini. Berdasarkan senarai pada emel itu, tuan rumah itu bakal mempertandingkan 542 pingat emas daripada 44 acara sukan yang disenaraikan, mengatasi Sukan SEA terbesar dikelolakan Thailand di Korea 2007 yang menawarkan 475 pingat emas dalam 42 jenis sukan.

Keputusan Indonesia yang pernah mengelolakan temasya dwitahunan itu tiga kali pada 1979, 1987 dan 1997, menyaksikan temasya edisi ke-26, 11 hingga 23 November depan, menjadi yang terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak 1959.

Begitupun, apa yang menghairankan Kok Chi adalah pemilihan beberapa acara sukan kali ini yang tidak sepatutnya dipertandingkan, selain berlawanan dengan acara yang lazim dipertandingkan di pentas antarabangsa seperti Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

"Saya dapati beberapa sukan dan acara tidak wajar dipertandingkan. Kita perlu selari dengan acara Sukan Olimpik dan Sukan Asia bagi memastikan rantau ini mampu membangun dan bersaing pada kedua-dua temasya lebih besar itu," kata Kok Chi.
Kok Chi yang jelas kurang senang dengan situasi itu berkata, dia memutuskan untuk tidak menghadiri mesyuarat Majlis dan Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Sukan SEA (SGF) di Denpasar, Bali, 25 Februari ini.

"Saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

zakbas

walau apa pun agenda Indonesia, sebagai jiran yg bijak, sertai saja acara yg diiktiraf dalam sukan Olimpik dan sukan Asia dan tinggal saja acara yg tidak relevan itu pada Indonesia sebagai peserta tunggal utk menang secara percuma.

sol(da blues)

indonesia main sukaneka,, bkn sukan sea,, x sportif langsung,,, sudah x mahu trima kklahan lg slepas kekalahan di aff suzuki,, saya cadangkan kta x payah hantar atlet bg acra2 yg merapu itu,, boikot sja,, abeh crita


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

FAS restui Safee demi negara - Devan

Posted: 05 Feb 2011 03:21 PM PST

Sukan

Safee Sali

Safee Sali

"SAFEE Sali tetap Safee Sali dan tiada pemain boleh menggantikannya."

Itu hakikat yang terpaksa ditelan jurulatih K Devan tetapi dia merestui pemergian Safee dan amat menyokong langkah diambil penyerang berbisa Selangor dan Malaysia itu untuk memenuhi impian dan mengembangkan bakatnya dalam Liga Super Indonesia (ISL).

"Walaupun pemergiannya itu satu kehilangan, pada masa sama ia membuktikan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan saya selaku jurulatih dan pengurus tiada halangan untuk pemain meningkatkan karier mereka kerana pengalaman yang bakal diraih Safee tentunya berharga untuk skuad kebangsaan," katanya. Safee kelmarin mengesahkan bakal meninggalkan Selangor untuk memenuhi impiannya beraksi dengan sebuah kelab dalam Liga Super Indonesia (ISL) selepas segala isu berhubung penghijrahannya dimuktamadkan manakala pengumuman rasmi dan butiran lanjut mengenainya dijadual diumumkan FAS, esok.

Sehubungan itu, Devan berkata, penghijrahan Safee itu bukan satu kejutan kerana pengurusan FAS sendiri turut berusaha membantu penyerang itu merealisasikan hasratnya walaupun masih terikat kontrak dengan Selangor hingga akhir musim ini.

Ketiadaan Safee memaksa Devan mencuba beberapa gandingan baru di bahagian serangan tetapi itu bukan masalah besar buatnya kerana Merah Kuning mempunyai ramai pengganti berbakat seperti Amri Yahyah, Amirulhadi Zainal dan S Sritharan yang boleh digandingkan dengan Fadzli Saari.

"Selangor masih mempunyai ramai pemain untuk meneruskan perjuangan musim ini," katanya menjelang aksi terakhir Safee apabila Selangor berdepan Kuala Lumpur di Stadium KLFA Cheras, Sabtu ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

wari

kekalkan konsistan dan tajamkan lagi serangan

MBS

secara keseluruhannya pemergian Safee Sali akan menguntungkan pasukan bola sepak selangor kerana perpindahan itu bukannya percuma. Pasukan selangor masih boleh mencari pengganti Safee dengan harga tidak sampai separuh dari yuran perpindahan. Pengalaman Safee bermain dengan pasukan luar nanti akan dipergunakan sepenuhnya apabila mewakili pasukan kebangsaan nanti. Malaysia untung..selangor pun untung.

rize putera

elokla bhijrah demi malaysia.tapi elok bmain kelab luar neara, bukan d`asia , utk sgor tq lepaskn safie

ismail

ini bukan kemajuan, kerana liga malaysia setanding dgn kita...cari le kelab yg lebih mencabar

////////

dh nk pindah mesti lwn kl karang mesti mng bsar
safee buat hatrik


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan