Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Misi akhiri kemarau Olimpik

Posted: 05 Feb 2011 08:10 AM PST

NAMA Azlan Misron bukan lagi asing dalam dunia hoki tempatan. Sejak menyertai skuad kebangsaan pada 2002, perlahan-lahan anak muda Chepor, Perak ini mula mencipta nama sekali gus memikat hati jurulatih yang sering memberi kepercayaan kepadanya untuk memikul tugas pada pentas antarabangsa.

Masih segar dengan kejayaan meraih pingat perak Sukan Asia Guangzhou, Azlan yang sama-sama mengecapi detik bersejarah itu bagaimanapun masih tidak puas dan menyimpan impian lebih tinggi pada masa akan datang. Ikuti temubual wartawan Metro Ahad, SAIFUL AFFENDY SAPRAN bersama Azlan.


METRO AHAD (MA): Sejak bila anda mula bermain hoki?

AZLAN MISRON (AM): Segala-galanya bermula ketika zaman persekolahan. Selain hoki, saya meminati bola sepak. Tapi sampai satu masa, saya berada dalam dilema sama ada mahu memilih hoki atau pun bola sepak. Atas nasihat beberapa pihak, saya mengambil keputusan untuk bermain hoki kerana peluang beraksi pada peringkat tertinggi lebih besar berbanding bola sepak yang sudah pasti perlu berdepan saingan sengit.


MA: Selepas hampir 10 tahun bersama skuad negara, adakah pingat perak di Guangzhou pencapaian terbaik bagi anda setakat ini?

AM: Benar, secara peribadi, kejayaan pada Sukan Asia adalah pencapaianyang paling menarik bagi diri saya. Jujur saya katakan sebelum meraih kejayaan itu, ramai yang kurang yakin dengan skuad negara selepas aksi mengecewakan pada temasya Sukan Komanwel di New Delhi. Tapi saya serta rakan sepasukan akhirnya berjaya membuktikan kami mampu mencipta sejarah untuk negara.

MA: Apa kunci kejayaan ketika itu?

AM: Daripada awal lagi, sasaran memanglah Sukan Asia berbanding Sukan Komanwel. Tapi bila skuad negara tak dapat beraksi dengan baik di Sukan Komanwel, kami mula dikritik. Namun saya serta rakan sepasukan faham keadaan ini. Di Sukan Asia, kami belajar daripada kesilapan di Sukan Komanwel, bermain secara satu pasukan dan semangat ketika di Guangzhou memang luar biasa. Hasilnya, ke pentas final dan meraih pingat perak.

MA: Sasaran peribadi anda selepas ini pula?

AM: Tentu sekali melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 di London. Pusingan kelayakan berlangsung awal tahun depan dan sekiranya saya terpilih sekali lagi untuk menyertai skuad negara, saya mahu membantu Malaysia layak ke Sukan Olimpik sekali gus memenuhi impian saya juga. Lagipun sudah lama kita tidak layak ke Sukan Olimpik.

MA: Jika anda diberi peluang beraksi untuk kelab di luar negara adakah anda akan menerima tawaran itu?

AM: Setakat ini saya tidak terfikir untuk beraksi di luar negara memandangkan umur sayapun sudah meningkat. Jika mahu pergi, lebih baik saya fikir perkara ini lima atau enam tahun lalu. Namun, andai ada tawaran, saya akan fikirkan. Kalau ikutkan saya lebih gemar beraksi di Jerman. Mereka adalah gergasi sukan hoki dan tentu banyak yang dapat saya pelajari apabila beraksi di sana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Westwood gagal layak

Posted: 05 Feb 2011 08:04 AM PST

DOHA: Pemain nombor satu dunia Lee Westwood dan pemain di ranking keenam, Paul Casey gagal melepasi had kelayakan manakala pemain nombor dua, Martin Kaymer dan pemain ranking ketujuh, Steve Stricker meloloskan diri secara tipis pada kejohanan golf Masters Qatar, kelmarin.

Ketika beberapa pemain ternama bergelut untuk menangani kesukaran lapangan Kelab Golf Doha, pemain kurang ternama dari Austria, Markus Brier mendahului dengan satu pukulan selepas tidak melakukan sebarang kesilapan dengan enam bawah par 66 membolehkannya mengumpul tujuh bawah par 137.


Brier, yang berusia 42 tahun, berada satu pukulan di depan pemain Afrika Selatan, Darren Fichardt (68) manakala juara bertahan Robert Karlsson dari Sweden (69), pemain Britain, Richard Finch (69) dan pemain Denmark, Thomas Bjorn (65) berkongsi tangga ketiga dengan 139.

Westwood menyalahkan persembahan berkarat awal musim selepas melakar pusingan 73 dan 75 menyebabkannya gagal untuk bermain pada dua pusingan terakhir dengan empat atas par 148.


Kaymer bangkit daripada pusingan pembukaan 77 untuk mencatat 70 dan berada tepat di had kelayakan 147. Jika pemain Jerman itu boleh berada dalam kelompok dua teratas pada pusingan akhir hari ini dia akan menyingkirkan Westwood sebagai pemain nombor satu dunia.


Pemain Amerika, Stricker turut bergelut dengan pusingan 76 dan 71 tetapi Casey dari Britain, juara Juara-Juara Volvo minggu lalu di Bahrain, terkeluar berikutan pusingan pembukaan 74 dan 75 pada pusingan kedua.

Westwood terlepas had kelayakan pertama dalam tempoh 13 bulan selepas cubaan eagle dari jarak 25 kaki gagal menuju sasaran pada lubang terakhir.


"Peluang saya untuk bermain empat hari berakhir," kata pemain Inggeris itu. "Sudah tentu amat bagus untuk bermain pada hujung minggu dan mengikis karat permainan saya.

"Saya tidak bermain dengan bagus hari ini dan itulah alasan kenapa saya terlepas had kelayakan." - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan