Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Ferguson luah rasa kecewa

Posted:

Ferguson luah rasa kecewa

Ferguson luah rasa kecewa


REAKSI Rooney selepas United tewas 1-2 kepada Wolves awal pagi semalam.


WOLVERHAMPTON – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson (gambar) ternyata kecewa apabila skuad kendaliannya tewas mengejut di tangan Wolverhamton Wanderers awal pagi semalam.

Pada aksi Liga Perdana England yang berlangsung di Stadium Molineux itu, United pulang dengan tangan kosong apabila tewas 1-2.

Kekalahan tersebut sekali gus meng- akhiri rekod tanpa kalah skuad The Red Devils dalam saingan liga musim ini.

Sebelum ini, anak-anak buah Ferguson ternyata unggul dengan merekodkan 15 kemenangan dan sembilan kali seri.

"Kami memang sangat kecewa. Itu tidak boleh dinafikan lagi," kata Fergu- son.

"Namun, pemain-pemain sudah boleh berbangga dengan pencapaian yang dilakar mereka selepas berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah untuk tempoh jangka masa yang panjang. Ia bukan mudah.

Sekalipun saingan liga akan berhenti seketika bagi memberi laluan terhadap perlawanan persahabatan antarabangsa pada pertengahan minggu ini, Ferguson tetap percaya anak-anak buahnya akan bangkit pada pertemuan menentang Manchester City di Old Trafford, Sabtu ini.

"Ia merupakan satu perlawanan yang terbaik buat para pemain saya untuk menebus semula kekecewaan yang dialami hari ini (awal pagi semalam).

"Malangnya, ada pemain- pemain akan pulang beraksi bersama skuad kebangsaan masing-masing untuk menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa. Namun, ia tidak boleh dijadikan alasan, sebaliknya kami perlu bekerja keras.

"Kami memiliki ramai pemain yang tidak pada perlawanan persahabatan itu dan sudah pasti mereka akan turun beraksi pada perte- muan menentang City nanti.

"Saya akan beri pengecualian terhadap pemain-pemain yang mempunyai tugas antarabangsa," jelas Fergu- son.

Pada aksi semalam, pemain sayap Portugal, Nani meletakkan United di depan apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketiga sebelum George Elokobi menyamakan kedudukan buat Wolverhampton tujuh minit kemudian.

Nasib malang skuad The Red Devils hadir selepas Kevin Doyle meledak gol kemenangan Wolves pada minit ke-40.

Sebelum itu, Nani terlebih dahulu membuka tirai jaringan United seawal minit ketiga sebelum penyerang Wolves, George Elokobi menyamakan kedudukan pada minit ke-10.

Sekalipun tewas, anak-anak buah Ferguson masih kekal selaku pendahulu liga apabila mengumpul 54 mata, empat mata meninggalkan Arsenal yang menduduki tangga kedua. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Arsenal cari masalah

Posted:

Arsenal cari masalah

Arsenal cari masalah


DIABY (kiri) ditenteramkan rakan sepasukannya selepas dia bertengkar dengan kapten Newcastle, Kevin Nolan pada aksi di St. James Park kelmarin.


NEWCASTLE - Sekalipun selesa mendahului 4-0, ia masih belum mampu membantu Arsenal mencatatkan kemenangan ke atas Newcastle United dalam saingan Liga Perdana England kelmarin.

Sebaliknya, anak-anak buah Wenger hanya mampu mencatatkan keputusan seri 4-4 pada aksi di St. James Park itu.

Skuad The Gunners tampil dengan rentak cemerlang pada awal babak pertama apabila berjaya menjaringkan empat gol dalam tempoh 26 minit.

Ia hasil dua jaringan penyerang Belanda, Robin van Persie dan masing- masing satu gol menerusi Theo Walcott serta Johan Djouro.

Bagaimanapun, kad merah yang dilayangkan kepada perancang Arsenal, Abou Diaby pada minit ke-50 ternyata memberikan kesan besar kepada skuad kendalian Arsene Wenger itu.

Akibatnya, gawang Arsenal dibolosi empat gol pada babak kedua perlawa- nan.

Dua gol terhasil menerusi sepakan penalti yang diambil Joey Barton manakala Leon Best dan Ismael Chiek Tiote masing-masing meledak satu gol buat Newcastle.

Wenger mengakui, kelemahan mental anak-anak buahnya terutama pada babak kedua mampu menjejaskan misi The Gunners memburu trofi kejuaraan liga musim ini.

"Secara psikologinya, terlepas dua mata dalam perlawanan sebegini adalah situasi yang teruk sekali. Saya tidak dapat gambarkan betapa marah- nya saya ketika ini.

"Saya sangat kecewa dengan kepu- tusan seperti ini tetapi hanya masa depan yang akan menentukan segala-galanya.

"Memang amat mengecewakan kerana ia merupakan peluang terbaik buat kami untuk mengutip tiga mata penuh, namun kami sedar Newcastle juga beraksi dengan baik dan tidak mudah menyerah kalah biarpun ketinggalan 4-0," jelas Wenger.

Keputusan seri itu menyaksikan Arsenal masih gagal merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga, Manchester United sekalipun The Red Devils tewas 1-2 kepada Wolverhampton Wanderers awal pagi semalam.

Anak-anak buah Wenger masih kekal berada di tangga kedua liga dengan mengumpul 50 mata, empat mata dibelakang United. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Matri kecewakan jurulatih Cagliari

Posted:

Matri kecewakan jurulatih Cagliari

Matri kecewakan jurulatih Cagliari


MATRI (kiri) diraikan rakan sepasukannya, Claudio Marchisio selepas menjaringkan gol pertama Juventus ketika menentang Cagliari pada aksi Serie A kelmarin.


ROM - Penyerang baru, Alessandro Matri meledak dua gol untuk memberikan kemenangan 3-1 Juventus ke atas bekas kelabnya, Cagliari pada aksi Serie A kelmarin.

Matri baru lima hari berpindah ke kelab Turin itu secara pinjaman dari kelab Sardinia tersebut.

Kemenangan itu turut menamatkan rekod tiga kekalahan berturut-turut Juventus, sekali gus mengurangkan tekanan kepada jurulatihnya, Luigi Delneri.

Jaringan Matri melenyapkan gol awal Cagliari yang diperoleh menerusi penyerang, Robert Acquafresca sebelum Luca Toni menambah gol ketiga Juventus.

Ia adalah kemenangan penting untuk Juventus sebelum aksi bertemu juara bertahan, Inter Milan di Turin minggu depan.

"Ia mungkin menjadi lebih sukar untuk menentang Cag- liari berbanding bertemu Inter," kata Delneri.

"Siapa yang bakal kami temui tidak mengubah apa-apa untuk kami.

"Kami perlu tunjukkan bahawa kami adalah sebuah pasukan yang tahu bagaimana untuk menghadapi kesukaran, mampu untuk berdiri sendiri dan maju ke depan setiap minggu.

Sementara itu, jurulatih Cagliari, Roberto Donadoni berkata, ia adalah sesuatu yang sukar untuk melihat bekas penyerangnya, Matri menjaringkan gol apabila menentang mereka.

"Sukar untuk diterima apabila melihat Matri menjaringkan gol buat Juventus dan bukannya untuk Cagliari seperti mana yang dilakukannya beberapa hari lalu," katanya.

"Sudah tentu, kali ini Matri tidak membuatkan Cagliari gembira." - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan