Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Sukan SEA XXVI tak relevan

Posted: 07 Feb 2011 03:40 PM PST

Sukan

Datuk Zolkples Embong

Datuk Zolkples Embong

Tindakan tuan rumah mampu menyebabkan temasya hilang seri, prestij

TINDAKAN tuan rumah Sukan SEA XXVI yang berlumba-lumba mahu menjadi juara keseluruhan dengan menyenaraikan acara 'merapu' dan memihak kepada atlit sendiri, akan menjadikan temasya dwitahunan itu tidak lagi relevan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, berkata jika situasi itu berterusan, temasya yang diperkenalkan sejak 1959 itu akan hilang seri dan prestijnya sebagai acara sukan tertinggi rantau Asia Tenggara suatu hari nanti. "Kita mahu biarlah acara yang dipertandingkan konsisten dengan Sukan Asia dan Olimpik bagi memastikan temasya itu terus relevan, bukannya acara yang merapu semata-mata kerana mahu memberi kelebihan kepada tuan rumah.

"Ini bagi memastikan setiap negara ASEAN dapat menyediakan pelan jangka panjang pembangunan dan persiapan atlit yang lebih tersusun kerana Sukan SEA menjadi asas dan medium melahirkan atlit bertaraf benua atau dunia," katanya.

Zolkples berkata, pihaknya berharap Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berani menyuarakan pandangan itu pada mesyuarat Majlis dan Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Sukan SEA (SGF) di Denpasar, Bali, 25 Februari ini demi menyelamatkan temasya itu.

"Kita bersetuju dengan keputusan MOM untuk tidak mengambil bahagian dalam sebahagian besar acara yang dipertandingkan di Indonesia November depan kerana sememangnya kita tidak mempunyai atlit.
"Kebanyakan acara merapu ini bersifat sementara dan belum pasti dipertandingkan pada temasya berikutnya kerana tuan rumah lain akan memutuskannya mengikut kehendak sendiri," kata Zolkples.

Indonesia yang mengelolakan temasya itu buat kali keempat, mempertandingkan 542 pingat emas daripada 44 jenis sukan - sebahagian besarnya memihak kepada atlit mereka dengan harapan mampu muncul juara keseluruhan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

yazid

masa malaysia jd tuan rumah, ada x acara merapu dipertandingkan???

rex

boikot saje...buat ape kite nak sertai games yang hilang tarafnye...siapkan atlit kite untuk sukan lebih releven macam sukan asia...

rie ahmad

Yang penting malaysia tidak terikut kerenah tuan rumah(indonesia),apa gunanya menjadi juara jk acara yg dimenangi tiada manfaat langsung dgn pembangunan sukan dinegara kita..kita mesti bertegas pulau/boikot acara xrelevan..


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ancelotti tetap pertahan Torres

Posted: 07 Feb 2011 03:37 PM PST

Sukan

TORRES (kiri) bersalam dengan  Ancelotti  ketika menuju ke bangku simpanan sebaik  dikeluarkan pada minit ke-66 ketika bertemu bekas kelabnya Liverpool di Stamford Bridge, kelmarin.

TORRES (kiri) bersalam dengan Ancelotti ketika menuju ke bangku simpanan sebaik dikeluarkan pada minit ke-66 ketika bertemu bekas kelabnya Liverpool di Stamford Bridge, kelmarin.

"Fernando Torres bermain dengan baik namun dia memiliki masalah mencari ruang kerana pertahanan Liverpool begitu mengawalnya," kata pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti sebaik melihat pembelian mahalnya gagal menampilkan sebarang aksi istimewa dan tewas kepada Liverpool, 0-1, kelmarin.

Torres, pembelian bernilai 50 juta pound (RM245.5 juta) dari Liverpool, gagal membantu kelab barunya ketika berdepan bekas rakan sepasukannya yang pulang ke Anfield dengan kepuasan maksimum dan tiga mata berharga.

"Mereka (Liverpool) menggunakan tiga pertahanan di tengah dan kami tidak mampu menyerang. Torres cuba melakukan sesuatu dan dia membuat beberapa pergerakan yang baik," kata Ancelotti lagi. Namun jurulatih warga Itali itu percaya, pembelian mahalnya itu bakal berbaloi dan memberi pulangan lumayan kerana ia adalah perlawanan pertama Torres untuk The Blues.

Penyerang kebangsaan Sepanyol itu tenggelam dan kemudian dikeluarkan pada minit ke-66 sambil langkahnya diiringi ejekan penyokong Liverpool yang menikmati saat-saat indah dapat membalas dendam terhadap bekas idola mereka - tujuh hari selepas perpindahan kontroversi ke Stamford Bridge yang memecah rekod Britain.

Selepas Torres yang gagal menunjukkan keserasian dengan Didier Drogba dikeluarkan, pemain tengah Raul Meireles memecah kebuntuan dengan jaringan tunggal kemenangan pada minit ke-69.

"Kita perlu memberinya peluang untuk mendapat rentak dan dia mampu melakukannya dengan cepat. Ini normal. Masalah bukan daripada pemain kerana mereka semua berkualiti dan saya akan cuba lakukan segala-galanya untuk menggandingkan mereka," kata Ancelotti. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen