Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Tangguh dulu!

Posted: 31 Jan 2011 10:41 AM PST

HASRAT Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk membawa atlet ke Kompleks Sukan Ranau, Sabah, awal bulan depan, terpaksa ditangguhkan dulu buat sementara waktu.

Ini kerana kompleks yang menjadi lokasi pilihan latihan persiapan atlet ke Sukan Sea Palembang, November ini tidak dapat digunakan kerana segala kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya yang menghubungkan kawasan itu belum siap.


Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah, Mahmood Kalong berkata, semua kemudahan Kompleks Sukan Ranau yang mula dibina pada 2007 itu hanya siap sepenuhnya April ini.

"Saya mengalu-alukan cadangan mana-mana pihak untuk menjadikan Kompleks Sukan Ranau sebagai gelanggang latihan atlet negara tapi masalahnya kompleks itu belum ada bekalan air, elektrik dan kemudahan komunikasi.

"Semua kemudahan ini hanya akan disalurkan apabila jalan raya ke kompleks ini siap. Jarak dari jalan besar ke kawasan ini sejauh 1.6 kilometer dan jalan raya perlu disiapkan terlebih dulu.


"Kini pembinaan jalan raya itu hampir siap cuma sekarang selalu hujan lebat dan melambatkan pembinaan jalan raya itu. Saya syorkan jika ada pihak mahu menggunakan kemudahan di kompleks ini, lebih baik datang pada April depan apabila semua kemudahan lengkap," katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.


Penjelasan Mahmood itu pastinya mencetuskan persoalan kerana KOAM sebelum ini benar-benar mempertahankan program latihan itu walaupun kurang disenangi pelbagai pihak khususnya Majlis Sukan Negara (MSN) namun akhirnya akur untuk memberi kelulusan.

Berdasarkan kenyataan KOAM pada 27 Januari lalu, badan induk olahraga tanah air itu mendapat kelulusan daripada MSN untuk menghantar 15 atlet dan lima jurulatih bagi mengikuti latihan fasa satu yang akan bermula Februari ini.


Namun, tanpa kemudahan lengkap, apa yang boleh dilakukan atlet olahraga di sana? Menurut Mahmood, Ranau sememangnya lokasi latihan yang bagus buat atlet olahraga namun tidak akan bermakna jika semua kemudahan dan peralatan belum cukup.

"Kompleks Sukan Ranau mempunyai trek, padang, gelanggang futsal dan juga bola tampar. Tapi gimnasium dan hostel tidak ada dalam pelan pembinaan kompleks itu dan jika ada keperluan kami akan membinanya kemudian.


"Kompleks ini bagus untuk atlet berlatih kerana terletak di atas bukit dengan kedudukan lebih 700 meter dari paras laut tapi buat masa sekarang tidak boleh digunakan kerana belum siap. Malah, peralatan latihan juga belum disediakan," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Skuad trek perlu sahkan tiket ke Olimpik London

Posted: 31 Jan 2011 10:40 AM PST

BARISAN skuad trek negara yang tersenarai dalam program 'Road to London' perlu mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik London 2012 jika ingin meneruskan program latihan pusat yang berpangkalan di Melbourne, Australia.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, keputusan sama ada program latihan pusat skuad trek negara akan diteruskan di Melbourne atau tidak akan diputuskan 8 April ini selepas tarikh akhir misi kelayakan ke Olimpik tamat pada 31 Mac ini.


"Keputusan sama ada program latihan di Melbourne diteruskan atau tidak akan dibincangkan semula. Ia terpulang kepada ketua jurulatih John Beasley (gambar) sebelum kata putus diberikan," katanya.

Program atlet di Melbourne membuahkan hasil cukup berbaloi apabila kontinjen negara membawa pulang pingat emas menerusi Azizulhasni Awang dan Josiah Ng di dua temasya utama iaitu Sukan Komanwel dan juga Asia. Ia dilihat kejayaan terbaik negara apabila tiga lagi nama baru iaitu Mohammd Edrus Yunos, Adiq Husinie Othman dan Fatehah Mustapa disenaraikan dalam program 'Road to London' hasil daripada program latihan itu.


Kejayaan itu juga turut mendorong 100Plus untuk tampil memberi tajaan bernilai RM240,000 berupa wang tunai dan barangan kepada skuad trek negara menjelang Olimpik London 2012.


Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang ditemui ketika majlis penyerahan tajaan itu menegaskan, pembinaan velodrom bertaraf dunia yang dicadangkan di Nilai, akan tetap menjadi keutamaan kementerian biarpun ia masih dalam perbincangan dan belum ada kata putus.

Shabery berkata, selain daripada velodrom, pembinaan itu merangkumi pusat kecergasan yang turut mempunyai Institut Sukan Negara (ISN).

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan