Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Monsalve sah juara LTdL 2011

Posted:

Monsalve sah juara LTdL 2011

Monsalve sah juara LTdL 2011

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


GUARDINI (depan) memenangi perlumbaan peringkat ke-10 semalam, sekali gus menggenggam gelaran sebagai Raja Pecut LTdL 2011.


KEJAYAAN memenangi perlumbaan peringkat kelima dari Tapah ke Genting Highlands sejauh 124.3 kilometer (km) pada Khamis lalu membawa tuah buat pelumba pasukan Androni Giocattoli, Jonnatha Monsalve.

Kejayaannya muncul pelumba pertama sampai di puncak Genting Highlands itu sudah cukup untuk membolehkan pelumba Venezuela itu ditabalkan selaku juara baru pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011.

Biarpun hanya berpeluang menyarung Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan selepas berakhirnya peringkat kelapan di Jasin, Monsalve terus mempertahankan jersi tersebut sehingga peringkat terakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.

"Saya gembira dan berbangga kerana nama saya kini berada dalam senarai juara LTdL. Ini merupakan kejayaan sulung saya pada kejohanan seperti ini.

"Saya mahu menjadikan kemenangan ini sebagai permulaan untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang," kata Monsalve pada sidang media semalam.

Selepas tamat 10 peringkat perlumbaan, Monsalve merekodkan catatan masa keseluruhan 30 jam 08 minit 57 saat diikuti pelumba LeTua Cycling Team, Libardo Nino Corredor (3'09:02s) dan pelumba pasukan Androni Giocattoli, Emanuele Sella (30'09:21s).

Monsalve yang turut meraih gelaran Raja Bukit (Jersi Merah) berkata, pada awalnya dia tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi untuk dijulang sebagai juara baru pada kejohanan berstatus 2HC itu.

"Saya mula melakukan persiapan bagi menghadapi LTdL sejak Disember tahun lalu. Ketika itu, saya tidak mahu meletakkan sasaran kerana saya sedar ramai pelumba-pelumba ternama turut bersaing pada kejohanan ini.

"Bagaimanapun, tumpuan dan fokus saya mula berubah sejak saya memenangi perlumbaan di Genting Highlands. Sejak itu, saya sudah meletakkan sasaran untuk menjuarai kejohanan kali ini," katanya yang gembira dapat menyarung Jersi Kuning selepas peringkat kelapan.

Pada perlumbaan peringkat terakhir yang bermula di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam semalam, pelumba Farnese Vini-Neri Sottoli, Andrea Guardini merakamkan kemenangan kelimanya pada saingan LTdL tahun ini.

Guardini berjaya melintasi garisan penamat dengan catatan masa 2'24:30s. Bagi Guardini, kejayaan tersebut menyaksikan dia berjaya menyamai rekod dua lagi pelumba yang pernah melakar lima kemenangan dalam sejarah penganjuran LTdL, Greame Brown dari Australia (2004) dan Alberto Loddo dari Itali (2007).

Lebih manis, dia turut ditabalkan sebagai Raja Pecut yang baru, sekali gus menafikan hajat Anuar untuk menyarung Jersi Biru bagi tahun kedua berturut-turut.

Sementara itu, pelumba pasukan Azad University Cycling Team, Rahim Emami muncul pelumba terbaik Asia manakala pasukan yang diwakilinya itu diangkat sebagai pasukan terbaik Asia.

Tabriz Petrochemical Team pula muncul juara keseluruhan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seers puji keberanian pelumba

Posted:

Seers puji keberanian pelumba

Seers puji keberanian pelumba


SEA KEONG (kiri) antara pelumba negara yang memiliki keberanian untuk melakukan pemecahan semalam.


MESKIPUN gagal menempatkan diri dalam kelompok terbaik, para pelumba pasukan negara tetap menampilkan semangat juang yang tinggi pada perlumbaan peringkat terakhir kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sejauh 104.8 kilometer semalam.

Para pelumba seolah-oleh tidak membantah arahan jurulatih, Graham Seers yang mahu mereka terus berjuang sehingga ke garisan penamat.

"Mereka menamatkan saingan kali ini dengan baik sekali meskipun gagal untuk mengulangi pencapaian tahun lepas iaitu berada di antara 15 pasukan terbaik tetapi sekurang-kurangnya mereka banyak belajar tahun ini," katanya.

Seers berkata, pada perlumbaan peringkat terakhir semalam, Loh Sea Keong tampil hebat, malah memiliki keberanian untuk melakukan pemecahan sehingga ke Dataran Merdeka.

Pelumba kelahiran Kelantan itu juga berjaya menjadi pelumba pertama melintasi garisan di zon pendakian kedua di Puncak Alam.

"Sekurang-kurangnya mereka sudah bersaing dengan pelumba terbaik Asia menjelang Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korat, Thailand minggu depan, berikutan penampilan pelumba dari negara Iran, Jepun dan Korea Selatan.

"Selain Sea Keong, saya juga memuji kayuhan terbaik yang diberikan oleh Mohamad Rauf Nur Misbah dan Mohd. Nur Rizuan Zainal, saya gembira melihat peningkatan mereka," katanya.

Pada perlumbaan peringkat terakhir sejauh 104.8 kilometer semalam, Mohd. Nur Rizuan Zainal menamatkan saingan di tempat ke-24, diikuti Mohamad Rauf Nur Misbah (29), manakala Amir Mustafa Rusli (67), Suhardi Hassan (101), Loh Sea Keong (108) dan Ahmad Fakrullah Alias (116) daripada 117 pelumba.

Kedudukan keseluruhan individu pasukan Malaysia pula menyaksikan Amir di tempat ke-51, Rauf (56), Rizuan (76) dan Suhardi (99).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KBS akan terus bantu anjur LTdL

Posted:

KBS akan terus bantu anjur LTdL

KBS akan terus bantu anjur LTdL


PENGANJURAN LTdL bakal diadakan secara lebih kreatif pada tahun depan.


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedia memberi kerjasama penuh dalam penganjuran kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) bagi edisi 2012 selepas melihat sambutan menggalakkan daripada peminat dan pasukan yang menyertai perlumbaan itu tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut mencadangkan penganjuran seterusnya diadakan secara lebih kreatif dengan mempelbagaikan laluan untuk menjadikan perlumbaan lebih mencabar.

"Untuk penganjuran tahun depan, kita akan bersama penganjur membantu memikirkan perlumbaan yang lebih kreatif bagi menyemarakkan sokongan peminat sukan berbasikal terutama daripada golo- ngan belia.

"Tahun ini, kita bermula di Langkawi dan berakhir di Kuala Lumpur, barangkali penganjuran tahun depan, laluan tidak semestinya sama," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang LTdL 2011 yang berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.

Ahmad Shabery turut teruja dengan ke- upayaan pelumba Malaysia memberi saingan hebat kepada pelumba antarabangsa lain.

"Walaupun pelumba negara tidak banyak memperoleh kemenangan, namun saya tetap yakin mereka pasti mampu berada dalam kelompok terbaik pada perlumbaan selepas ini jika terus diberikan pendedahan berterusan.

"Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada pihak media yang banyak membantu dalam membuat liputan sepanjang penganjuran ini," katanya.

Pelumba sensasi negara, Anuar Manan yang mewakili pasukan Terengganu Cy- cling Team (TSG) menduduki tempat ketiga dalam saingan peringkat akhir semalam yang bermula dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan berakhir di Dataran Merdeka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan